Friday, October 25, 2024

Review Drama : Doctor Slump



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Drama Korea 16 episod di Netflix. Agak slow drama0 ni. Not recommend. 

Sinopsis

Jong Wo dan Hae Nul sama sekolah tapi bermusuh sebab dua² bersaing nak menjadi pelajar terbaik. Tamat sekolah masing-masing belajar medic tapi Universiti berbeza. Jong Wo terkenal di social media sebagai Pakar Bedah Plastik dan Hae Nul masih berjuang nak jadi consultant. Insiden kemalangan perubtan menghancurkan kerjaya Jong Wo dan Hae Nul letak jawatan selepas pergaduhan dengan orang atasannya. Kemusnahan keejaya menemukan mereka semula bila Jong Wo menyewa di atas rumah Hae Nul. Mereka rapat dan jatuh cinta. 

Wednesday, October 23, 2024

Review Drama : Geek Girl


Drama 10 episod yang saya tonton di Netflix. 1 episod dalam 30 minit je. Laju je boleh habiskan.

Sinopsis

Kisah tentang Harriet Manners, yang di label sebagai gadis pelik di Sekolah sebab tingkah lakunya yang janggal dari segi fizikal dan sosial. Dia ada seorang kawan baik, Nat. Kat sekolah dia selalu kena buli dengan Lexi dan Olive. Masa lawatan sekolah ke London untuk Fashion Week, dia dijumpai oleh egen model agensi, Wilbur dan Betty. Mereka menawarkan Harriet untuk menjadi model tetapi Harriet tidak berminat. Selepas insiden dihina dan dibuli di sekolah, Harriet mengajak Nat ke ujibakat model tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Harriet terpilih tapi dia merahsiakannya dari Nat. Show pertama Harriet di Kanada dan dia terpaksa memaklumkan kepada ayahnya, Richard. Ayahnya membenarkan dia ke sana tanpa pengetahuan ibu tirinya, Annabelle. Pelbagai adengan berlaku semasa pertunjukan di Kanada. Insiden di Kanada telah viral di sosial media. Bagaimana Harriet nak pulihkan semul hubungannya dengan Nat dan ibu tirinya. 

Monday, October 21, 2024

Review Novel: Sesuatu yang Sempurna


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Novel ketiga, penamat kepada kompilasi Sesuatu. Aku suka karya Anna Lee. Kompilasi ini juga best. Kisahnya unik dan kita dapat relate dengan kejadian Covid yang melanda kita dulu.

Blurb:-

Kita perlu bertahan!

Mereka belum selamat. Cabaran hebat sedang menanti. Namun demi meneruskan hidup dan bertemu insan tersayang, sesukar mana pun ujian mereka akan bertahan!

Ibra tiada pilihan, dia terperangkap dalam perjanjian yang menyebabkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Rahsia itu biar kekal menjadi rahsia. Itulah misinya. Namun apabila wabak melanda, mungkinkah rahsia itu akan terpendam selamanya?

Jangan benci sangat. Bahaya. Nanti cinta sampai mati.- Ibra

Bagi Mikha ini mungkin kifarah. Dia reda namun dalam masa yang sama membenci suami yang dicintai bukan perkara mudah. Huru-hara hatinya ini sama seperti huru-haranya keadaan negara yang sedang diserang wabak. Apatah lagi saat dia tahu si suami merahsiakan sesuatu daripadanya.

Untuk memiliki sesuatu yang sempurna dia perlu melupakan segala kesakitan.

Namun … mampukah dia melakukan?

Benci dan dendam tidak akan menjadikan kita manusia. – Mikha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...