Tuesday, May 7, 2013

Review Diapers

Hal diapers pun nak masuk dalam blog ke? hehhehe.. Sejak jadi mak budak ni benda tu penting kot. Ini antara perbelanjaan besar gaji bulanan. Hari-hari cek peti pos tengok flyer dari mall mana yang bagi discount banyak untuk diapers. Bila tengok mall A tu harga sangat murah, mula la borong berkoyan-koyan. Anak masih kecil, sehari paling kurang guna 5 helai. Kalau poo poo kerap atau ayah nya yang jaga lagi la banyak guna. Sebagai wanita eceh harus la rancang perbelanjaan keluarga dengan berhemat (macam manifesto pilihanraya lak)..Setakat ni Anas baru guna beberapa jenis diapers je. Alhamdulillah Anas takde nappy rash. Yang first pakai

Pet Pet

Beli masa preggy lagi. Bagi saya ini diapers terbaik sebab tape boleh buka tutup, tebal, tak bocor dan murah. So far harga termurah yang saya dapat untuk size NB dan S, RM 26.90. Yang tak bagusnya sekali Anas poo poo bocor, kena seluar ada sekali tu sampai ke pusat bocornya. Mungkin sebab Anas poo poo banyak, ye la, 3-4 hari sekali baru poo poo.

Whoopee

Brand ni beli masa Baby expo. Beli 2 pack saiz S RM50. Saiz paling kecik S, NB xdeTak berapa suka brand ni sebab cepat basah. Tak sampai sejam dah rasa basah bila pegang dan ada kalanya bocor. Yang bagus cutting kecik (Anas kecil, so S pun muat masa dia dalam pantang) dan tape boleh buka tutup.

Babylove Night Tape

Ini pun antara brand yang terbaik. Saya beli masa Baby Expo 2 pack RM 30. Yang ni kami guna masa malam dan kuar jalan-jalan sebab tahan lama, tak bocor, tape boleh buka tutup. Bangun pagi pun masih kering cuma diapers berat je. Ada lagi 1 pek belum buka, lepas ni ada sale nak beli lagi.

Hey Baby
Diapers paling murah saya pernah beli. Tak silap harga RM20 untuk S 82pcs. Saja nak try untuk kegunaan siang. Bagi saya ok. Setakat guna ni belum bocor lagi sebab 3,4 jam sekali saya dah tukar baru. Yang tak best tape, dah tape tak leh buka dah. Kalau buka nak adjust memang koyak dan tak leh tape dah.

Huggies Total Protection
Ini dapat sampel dari klinik. Komen saya macam whoopee gak.

Diapex Easy


Corak cantik. Erkk.. bleh lak camtu. Semalam try yang free sample. Tape saya suka. Macam biasa saya tukar setiap 4 jam, punggung Anas kering, tak de merah. Boleh di pertimbangkan untuk beli lagi lepas ni.

Diapex Premium

Saya borong masa baby & kidz fair. 2 bag RM50. 1 pack ada 44pcs untuk Size M. Pakaikan Anas waktu malam dan jalan-jalan. Tahan lama macam Babylove night tape.Yang tak bestnya bila bangun pagi ada bau yang tak best. Ye la dah banyak Anas kencing, mama pulak bangun pagi baru nak tukar. Ngee

Huggies Dry
Sekarang Anas pakai diapers ni size M sebab cutting kecik. Diapers lain size M semua cutting besar. Tak cun dengan Anas. Memang terbaik, penyerapan, tak de rashes. Hari tu terlupa nak tukar diapers untuk malamnya, pagi tu tukar diapers dah berat tapi punggung Anas masih kering. Akan di pertimbangkan untuk bagi Anas guna long term. Harga agak mahal. Tapi bila sale memang harga turun habis murah. Paling murah saya jumpa M80 - RM29.90

Drypers
Brand yang mampu milik, penyerapan bagus. Harga paling murah jumpa M80 RM30.90

Itu saja brand diapers yang Anas pernah guna.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...