3O Mei kami pergi terjah baby fair. Ada hal hari tu yang kena amik cuti. Setel hal pertama terus gerak ke D'Piazza Mall. Sampai dalam 1 petang. Tak la ramai sangat orang tapi beratur panjang la jugak masa nak ambil goodie bag. Ok la, tak crowded sangat. Mungkin sebab Jumaat. Baju murah-murah. Yang RM5, 3 helai RM30. Socks, bib, mitten booties, rompers. Sama ja macam expo yang lepas-lepas. Diapers Mamypoko saja yang ada dengan brand Baby Organix. Tiada nama-nama besar brand yang join. Just Enfagrow. Hanya jalan-jalan, pusing-pusing. Booth pun tak banyak. Motif pergi expo selalu nak borong diapers la kan? Dah tak de brand yang nak.
|
beratur panjang nak ambil goodie bag |
Sementara tunggu hubby habis solat Jumaat, pusing la jugak, penat dukung si Syauqi lepak depan stages tengok bebudak join contest. Hajat nak bagi Anas join contest tapi untuk umur Anas dah habis awal lagi. Husband balik sokat, pass Syauqi kat dia dan pergi beli kain baju. Rasa tak lengkap lak pergi expo balik tangan kosong.
|
tshirt 3 - RM30, pants 2- RM10 dan swimming wear RM5 | |
|
Beberapa hari sebelum expo, saya dapat SMS dari enfagrow untuk redeem mystery gift. Pergi booth Enfagrow dapat tote bag. Kualiti juga bag tu. Barang beli kat expo semua sumbat dalam bag tu. Pastu pergi booth Baby Organix tukar diapers. Program tu tak di war-warkan pun. Kot la ada salesgirl yang dok depan booth tu invite mak-mak yang lalu lalang tu untuk tukar diaper. Leh gak promote barang diorang.
Lepas ambil goodie bag ada 2 kaunter untuk like page Baby & Kidz Fair pastu dapat hadiah misteri. Yang ni pun tak di war-warkan. Kot la staf dekat goodie bag tu gtau, lepas ni pergi kat hujung tu leh dapat hadiah lagi. Saya ingat sama je macam goodie bag. Rupa kaunter lain lak. Masa tu tunggu hubby register kaunter hujung sekali. Baru tau yang tu untuk benda lain lak. Terus register yang tu lak. Saya suka barang FOC ^__^
|
Barang FOC yang dapat kali ni |
Tak best bila Baby & Kidz Fair, brand tak banyak, booth kurang, goodie bag pun kurang. Dulu Mom & Baby expo yang take part setiap hujung tahun. Tapi mujur ada dari tiada~
No comments:
Post a Comment
Thanks :)