Monday, June 23, 2014

Anas Syauqi demam

Assalamualaikum..
Kisah anak demam pun nak buat entri T__T

Khamis 19/6/2014 2.20pm
Adik call inform Anas demam + muntah 3x. Background conversation memang dengar la suara Anas menangis. Saya balik rumah mak saya. Anas tengah tidur. Pegang badan rasa suam je. Angkat dukung memang panah membahang je badan. Terus bawa pergi Klinik Kesihatan (KK) dekat situ. Tunggu lebih kurang sejam dapat la jumpa Doktor. Antibiotik + Syrup PCM (yang memang banyak dah ada kat umah). Tak boleh bagi supp (ubat demam masuk ikut bontot) katanya unless emergency. Suhu badan 38.7. Sampai rumah bagi antibiotik dan tidurkan Anas.

Balik rumah cek suhu dah 39.2. Mandi, masuk ubat Supp PCM. Merengek, baring, tak aktif macam selalu. Makan, minum tak nak. nak BF je. Suhu badan turun kejap je. Lepas 1 jam Supp naik balik. Suhu memang tak pernah turun dari 38.5. Nak jelum Anas tak nak. Kami bagi mandi je. Malam tu saja lebih 10 kali kami mandikan. Anas memang tak de masalah nak mandi.

Jumaat 20/6/2014
Hubby EL, suhu badan Anas masih 39 ++. Saya masukkan Supp. Masa kerja memang kerap messaging hubby tanya condiotion Anas. Hubby mandikan bila cek suhu tinggi. tengahhari saya balik jaga Anas lak dan hubby pergi solat Jumaat. Badan masih panas, saya bagi antibiotik + Syrup PCM. Saya pergi kerja semula selepas hubby balik solat. Dari petang ke malam keadaan Anas masih sama, badan masih panas, suhu antara 38 le 39. Kami masih lakukan cara yang sama, mandi dan bagi ubat setiap 4-6 jam. 11 malam saya cek suhu 39.8, masukkan supp. 11.30 suhu 39.2, Anas merengek, bagi susu tak nak, mandi pun suhu tak turun. Kami ke hospital. Jumpa doktor suhu 39.5, diberi pilihan untuk terus masuk wad atau jelum dulu kat situ.

Saya minta nak jelum je dulu. Masuk bilik untuk jelum tu, saya diberi satu bekas dan tuala, di minta tanggal pakaian Anas dan di arah untuk jelum Anas. Oooo sendiri buat ke? Ingat staf yang buatkan sebab tadi masa jumpa Doktor, doktor arahkan staf yang buat. Kalau buat sendiri, kat rumah pun boleh buat. Kejap je saya buat kemudian saya ajak hubby balik. Alasan saya ajak balik :-
  • Bilik untuk jelum kecik, tak selesa
  • Ada prosedur lain tengah di jalankan dalam bilik tersebut, - ambil darah, cek jantung, urin test
  • Staf tak mesra - tak senyum, marah-marah, malas
  • Anas menangis non stop walau di pujuk. 
  • Saya rimas, Anas menangis, staf tak mesra, persekitaran tak memuaskan
Masa saya ajak hubby balik, sorang staf keluar untuk cek semula suhu badan Anas dan dia dengan saya ajak hubby balik. Dia tengking + marah. ''Jangan balik, suhu tinggi lagi 39.2, nanti anak kena sawan''
Saya tahu pasal itu, tapi saya ajak juga balik. Dalam perjalanan pulang, ada panggilan telefon dari hospital, hubby yang jawab dan katanya nak monitor sendiri dari rumah. Balik rumah kami mandikan Anas dan di tidur sampai pagi.

Bila fikir balik, macam menyesal je pergi hospital. Saya dah tau apa prosedur nya tapi kenapa saya gigih gak ke hospital. Tapi kalau tak pergi saya tak tahu rasa camna dan di rumah asyik fikir, perlu atau tak ke hospital. Kalau Anas masuk wad, prosedur cam biasa, masuk air, nagi ubat. Hanya ibu yang leh jaga di hospital. Wad memang tak selesa. Saya dengan masalah kaki dan kena handle Anas yang dah tentu meragam sebab badan tak sihat. Kurang-kurang di rumah ada hubby yang lebih sabar untuk menjaga.

Sabtu 21/6/2014
Badan Anas masih suam, suhu lebih kurang 38 ++ Kami ke kenduri rumah kawan saya. Anas mula makan nasi 3,4 suap dan buah. Tak banyak tapi makan setelah 2 hari tak makan. Mula berjalan-jalan. Lepas kenduri kami ke mall. Biar Anas aktif sikit. Ya, dia memang aktif, berjalan merata-rata, tak seperti demam. Bila malam, badan panas balik. Kembali kepada rutin biasa, mandi dan ubat. Tidur pun tak nyenyak. Kejap-kejap berjaga.

Ahad 22/6/2014
Kami ke majlis pernikahan dan persandingan saudara. Mula-mula tu Anas nampak lemah, kat sapa pun tak nak. Petang dah aktif, berpeluh. Malam panas semula tapi suhu tak la mencecah 39. Supp pun tak bagi dah 2 hari. Malam masih tak nyenyak tido.

Isnin 23/6/2014
Saya cuti. Badan Anas masih panas. Suhu sekitar 38. Mandi, makan nasi, ubat dan tidur. Itu je aktivit Anas sampai petang. Petang lebih aktif, main macam selalu. Badan masih suam. Tapi dah makan dan aktif. Alhamdulillah. Harap esok getting better. Esok kami suami isteri dah kerja.

Sepanjang Anas lahir, ini lah demam Anas yang paling teruk. Biasa demam, suhu tak cecah 39 dan tak de muntah-muntah.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...