Saya klik Buy Now, transfer duit pada 2/6/2014. Di situ katanya akan dapat barang selepas 10 hari dari tarikh beli. Maka, beli 2hb + 10 = 12. 12/6/2014 barang belum sampai.
klik kalau nak tengok lebih jelas. |
Katanya dah terima email dan akan siasat, akan hubungi balik dalam masa 2 hari bekerja. Saya juga ada hantar email kepada company yang jual beli barang tu, Mato Grosso tapi haram tak dak reply langsung. 13/6/2014 saya terima email dari Shenta, wakil Groupon yang handle kes saya kot. Ini emailnya.
Sama je la macam email awal tu, jabatan yang berkaitan nak siasat, dapat penyelesaian nak inform balik. 16/6/2014 Shenta email semula dan inform yang barang akan sampai 25/6/2014. Ini emailnya
Saya pun ok, sebelum puasa dapat barang. Kemudian, sampai pulak email dari groupon yang inform barang akan sampai 23/6/2014. Eh, lagi cepat? Mana satu ni? Tak pe la tunggu je.
23/6/2014 5pm, barang tak sampai. Saya email Shenta, inform pasal 2 tarikh berbeza tu dan status barang dah hantar ke belum. Kalau dah hantar, nak tracking number, kalau belum nak balik duit. Malamnya dapat reply dari Saiful (wakil Groupon) katanya ikut email 25/6/2014, kalau tak sampai beritahu mereka. Langsung tak inform saya tentang tracking number.
25/6/2014 7pm, barang tak sampai dan saya email Saiful dan Shenta. Saya inform yang saya dah tak nak tunggu saya nak duit saya balik.
26/6/2014 Dapat reply dari Saiful yang stok barang tak dak dan akan pulangkan duit dalam bentuk My Credit. Kalau saya setuju dalam masa 48jam akan aktif My Credit. Yang saya paham konsep My Credit, macam kad debit la. Dalam akaun Groupon saya ada duit RM99 (harga barang yang tak sampai-sampai), kalau nak beli barang masa buat payment klik la My Credit, akan tolak dari situ. Kalau harga beli lebih dari nilai tu bayar cam biasa.
Saya reply, saya tak nak. Saya nak cash transfer dalam akaun saya atau pos cek ke alamat saya. Dapat balasan yang saya akan terima duit dalam masa 14 hari bekerja. Saya reply ''make sure duit masuk dalam akaun Maybank saya sebelum 21/7/2014''. I'm Waiting~
Ahad, 6/7/14, saya buka m2u nak buat payment beli barang, perasan yang ada duit masuk 3/7/14 RM99. Description TT online. Cek email, Groupon tak email pun. Saya tak tahu itu duit apa. Saya email tanya tentang refund pada 7/7/14. 8/7/14 dapat reply dari groupon team, katanya bank yang akan refund duit, pihak groupon hanya request. Duit akan masuk dalam masa 14 hari bekerja. Maka, saya anggap duit yang masuk dalam akaun bank saya pada 3/7/14 ialah refund dari pihak groupon.
Erm... Serik? Tak kot. Sebab tak rugi satu sen pun. Groupon reply setiap email saya. Itu memang saya puji.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)