Sunday, July 6, 2014

Soda Herbs

Assalamualaikum..
Bulan puasa, cuaca panas memang tekak dahaga sahaja. Semalam saya dan suami cuba buat sendiri Soda Herbs. Kami kenal Soda Herbs masa makan di William Corners Kelana Jaya. Sedap! Rupanya senang je nak buat.

gambar dari Google

Bahan-bahan

Ais krim soda (saya beli F&N)
Asamko
Serai
Daun Pudina
Longan
Lemon

Saya bancuh dalam gelas besar. Sukatan saya camni la :-
  • Serai satu ketuk
  • Ais krim soda 3/4 gelas
  • Asam ko 2 biji
  • Lemon 2 hiris
  • Daun pudina setangkai (basuh bersih)

Masuk je semua dalam gelas pastu masukkan ais batu. Siap!

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...