Wednesday, September 19, 2018

Malaysian Day 2018 Fun Walk Celebration


Tarikh : 16/9/2018
Flagg off : 7 pagi
Tempat : Auto City, Juru
Jarak : 5km
Bayaran : RM26.50 (+ GST)


Event ni saya daftar awal lagi, rasanya bulan April saya daftar. Masa tu GST masih ada. Cepat je daftar bila event buat area seberang ni. Bayaran pun kurang dari RM30. Hari collect baju ada perubahan tapi tak de masalah sebab Howei sentiasa update melalui email. Kena rajin cek email la ye.


Sehari sebelum acara collect baju. Dari 10pagi hingga 10 malam. Kami pergi lepas 2 petang. Orang pun tak ramai. Tunjuk receipt melalui telefon dan siap. Dapat baju, lucky draw number dan sticker bendera Malaysia.


Hari acara, hujan dari malam. Husband plan nak hantar anak-anak rumah family saya je sebab dah hujan kan. Saya lak nak bawa je. Kalau hujan biar saya jaga bawah khemah je nanti. Sambil-sambil tu saya semak update di Fanpage organizer samada acara jalan ke batal. Sampai sana beratur untuk ambil wristband dan bendera. Dan emcee umum acara ditunda 8 pagi. Sementara tu dipasangnya lagu patriotik. Berteduh la bawah khemah ramai-ramai.


7.55pagi acara diteruskan. Peserta dilepaskan. Payung bawa 2. Husband bawa satu sambil tolak stroller Anas. Payung saya letak kat stroller Auni. Saya susah tolak stroller dan pegang payung. Saya basah dalam hujan renyai. Laluan 5 km kami di kawasan kilang. Jalan tak sibuk dan bahaya. Tak banyak kenderaan. Semuapun jalan santai je. Ada je yang pulun lari. Kami baru 5miniy jalan, mereka dah sampai finishing. Acara pemberian medal berjalan lancar. Dah 2 event anjuran organize ni saya join, memang smooth aturcaranya termasuk pemberian medal. Itu yang paling penting. Banyak orang terus balik lepas dapat medal.



Hanya dapat medal. Tiada goodie bag atau makanan. Pisang dan plain water dah diberi semasa 2km terakhir. Cadangnya nak tunggu lucky draw. Ada zumba. Lepastu tengok hadiah lucky draw tak menarik teruk husband ajak balik.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...