Tuesday, October 9, 2018
Pink October Fun Run 2018
Tarikh : 6/10/2018
Tempat : IPPT, USM
Flag off : 7 pagi
Jarak : 5km
Bayaran : RM40
Event ini anjuran IPPT, USM dengan kerjasama Mekarsari Bertam. Boleh daftar online dan manual. Manual kena ke IPPT. Mulanya saya daftar online tapi tak berjaya. Daftar di website IPPT, USM. Banyak lak step yang berulangkali isi tapi bila tekan next hilang semuanya dan kena buat berulangkali. Sudahnya saya fed up nak isi dan malas nak join. Beberapa hari sebelum close registeration, staf IPPT ke tempat kerja husband. Husband register manual. Pengambilan baju di buat 3 hari dan husband minta tolong kawan dia ambilkan.
Hari larian, kami bertolak dari rumah selepas Subuh. Tinggalkan Anas Auni di rumah mak dan terus ke IPPT. Parking banyak di sediakan dan PERCUMA. Selepas ucapan perasmian dan semua peserta dilepaskan jam 7.40pagi. Husband lari dulu dihadapan dan tunggu saya di kilometer terakhir.
Sebelum ke finishing, kami bergambar di signage IPPT dan lepas ambil medal pergi tunjuk gambar untuk claim hadiah. Kami dapat keychain je. Seleoas Zumba, ucapan VIP dan pemberian sumbangan kepada penaja-penaja utama.
Kemudian diteruskan Acara Soliditari Walk antara pesakit kanser dan VIP. Belon dilepaskan selepas habis berjalan dan kesemua mereka bergerak ke dewan pameran. Beberapa booth di sediakan untuk saringan kesihatan, info dan maklumat berkenaan cancer. Derma darah juga ada. Husband ada pergi derma darah.
Acara terakhir dan ditunggu-tungu iaitu cabutan bertuah dan kami suami isteri tak bertuah langsung. Banyak hadiah ada. Antaranya motosikal, basikal, televisyen, hamper, blender, pressure cooker, power bank, OTG dan banyak lagi. Habis semuanya dan kami gerak balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)