Monday, October 15, 2018

Rawatan batuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas kami sekeluarga tak sihat. Saya pula berlaruran seminggu. Mulanya nak demam, pastu bersin, nak selsema. Berturut-turut makan ubat demam dan selsema. Bila dah mula nak batuk saya rasa tak selesa, rasa terganggu. Nak makan ubat batuk, nanti mengantuk. Susah lak nak kerja. Saya cuma ambil gula-gula berangin untuk batuk. Tapi masih tak hilang batuk.


Balik rumah baru teringat yang saya ada tanam pokok daun batuk. Google cari cara nak gunakannya. Dah jumpa, saya pun cuba. Mudah je.

Ambi segenggam daun, bersihkan dan rebus. Tutup api bila air dah mendidih. Tapis dan minum ketika suam.

Mulanya saya buat 1 jag kecil. Minhm dari petang sampai malam. Esok pagi sebelum pergi kerja, saya buat satu tumbler, lebih kurang 700ml. Minum sampai tengah hari. Petang balik kerja buat lagi secawan. Saya ulang buat selama 2 hari. Pagi dan petang. 4 kali air rebusan dan Alhamdulilah, batuk saya semakin sembuh.


Sedikit info dari WIKIPEDIA berkenaan tumbuhan ini.

Bangun-bangunbebangunpokok ubat batukraja bangunhati-hati hijau atau sedinginataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicus merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan.

Ia selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, buducencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.
Bangun-bangun mengandungi airgulakarbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.
Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...