Wednesday, January 2, 2019

Review novel : Spy Hati Dari Chantilly


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ke7 daei Mazni Aznita. Antara penulis novel favourite saya sebab jalan ceritanya lain dari yang lain. Novel ni ada kisah yang menarik. Tak rugi baca dan simpan untuk koleksi.

Sinopsis
Tiga tahun yang lalu semasa di Paris, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris-nyaris mati. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.
Selepas tiga tahun dia menjadi pelarian. Melarikan diri dari keluarga setelah merosakkan perkahwinan kakaknya sendiri. Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya Darlina, dia menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang mabuk-mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki pemabuk itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah tak disangka-sangka dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.
Mikey Mikhail seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri dari kisah silam yang menghantui hidupnya. Sepanjang hidup dia asyik memburu orang yang telah membunuh ayahnya sendiri. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya selama ini. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.
Kedua-duanya bertemu untuk saling melengkapi kisah yang tidak lengkap antara mereka. Namun kehadiran Ezekiel, membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Apatah lagi dia menemui sesuatu dalam simpanan Suri Imani yang boleh membahayakan dirinya. Kecurigaannya semakin berakar umbi buat Suri Imani. Mampukah gadis itu dicintainya lagi sedangkan fikirannya asyik merasakan Suri Imani bukan seperti yang disangka-sangka? Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka? 
Kisah ini unik dan masih tak lari dari tema percintaan. Ada kisah pemburuan, konflik keluarga dan ada juga gaduh².

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...