Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya jarang membaca karya penulis ini. Novel ini saya beli semasa kempen 12.12 di website Alaf21. 12 novel dengan harga rm24 termasuk penghantaran. Sayapilih novel dari penulis yang saya familiar. Dengan Alaf 21, kalau nama.penulisnya terpampang besar di kulit novel, kiranya penulis tersebut sudah ada nama di syarikat mereka. Kisah novel ni dari kisah benar dan di olah sendiri oleh penulis supaya lebih menarik. Banyak sangat nama watak didalam ini hingga saya keliru tentang mereka. Pada penulis, kisah di asrama banyak kawan-kawan tapi bila masuk plot penceritaan, pembaca mulai pening dan bosan, sementalah lagi mereka punya pelbagai karakter. Gaya bahasanya sarat dan kisahnya meleret. Saya setia membaca plot demi plot kerana ingin mengetahui kebenarannya. Malangny, endingnya mengecewakan saya.
Sinopsis
Aisyah pelajar tingkatan empat yang baru bersekolah di SMKTSU amat meminati bidang seni. Dia terjumpa Galeri Dania di sekolahnya dan meminati hasil seni pelukis itu hinggakan dia menyelidik berkenaan pelukis itu dengan seniornya namun tak siapa menceritakan hal sebenar pada Aisyah. Aisyah mendekati Iman, adik angkat pada Dania, yang juga pelukis lukisan. Dania dijumpai menggantung diri di dalam bilik kelas nya selepas berita kehamilannya. Seisi sekolah melontar tuduhan pada Cikgu Masriezal sebagai orang yang bertanggunjawab. Tambahan pula semua warga sekolah tahu hubungan cinta mereka. Perletakan jawatan Cikgu tersebut menguatkan lagi tuduhan itu. Selepas beberapa bulan, Cikgu Masriezal kembali ke asrama mencari Iman untuk membantunya menyelesaikan misteri pembunuhan Dania. Potret dua wajah yang Aisyah jumpa di Galeri menarik minatnya. Dia asyik meniru karya tersebut hingga terjadi beberapa insiden misteri. Kehadiran entiti misteri di asrama menguatkan lagi dakwaan Hantu Dania. Cikgu Masriezal tidak jemu mencari bukti kematian Dania. Padanya Dania bukan menggantung diri tetapi dibunuh dan mayatnya digantung bagi mengaburi mata orang lain. Beberapa suspek di kesan dan pelbagai tanda mereka jumpa. Cikgu Masriezal juga berusaha mengembalikan semula semangat Danila, kakak Dania yang tenggelam dalam duniannya sendiri selepas kematian Dania.
Kalau sukakan misteri, boleh dapatkan karya ini. Kisah misteri, banyak watak, plot, dan agak meleret kisahnya. Banyak bahasa baru yang saya jumpa. Untuk pelajar sekolah menengah elok la baca untuk menambahkan tatabahasa karangan.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)