Monday, March 18, 2019

Bercuti di Lost World of Tambun 2019 - Day 2



25/2/2019 - Isnin

Bersambung dari entry sebelum ni. Hari kedua di LWOT Hotel. Bangun pangi pergi sarapan dulu. Makanan biasa-biasa je. Ada cereal, sup, telur, nasi goreng, kopi, buah-buah dan banyak lagi. Saya bawa bekas, tapau nasi goreng, sosej dan scramble egg.  Bekal untuk Anas Auni kalau lapar nanti. Lepas makan masuk bilik simpan barang, tukar baju dan check out. Lepas check out, jalan kaki ke LWOT. Saya beli tiket online dan di sini nak scan barcode kena print baucar yang beli tu. Kena pergi bahagian admin kalau tak silap saya untuk print lepas tu ke kaunter semula untuk dapatkan wrist band. Buang masa dah kat sini. Kalau orang ramai kena line up balik.


Lepas pakai wrist band, check beg, barang, bekas nasi selamat seludup. Masuk je kami terus nak ke petting zoo (PZ).  Sebelum PZ lalu tempat tales of thribe semalam. Ada show yang akan mula lagi 5 minit. Kami stay situ jap tengok show. Lepas shoe baru masuk PZ. Luas kat sini. Lama juga masa yang di ambil nak round. Ada hamster, rabbit, ayam, ular, tapir dan pelbagai jenis haiwan lagi. Kami pergi Tarantula Alley dalam PZ gak. Lagi luas dalam ni. Ada tasik, dan beberapa haiwan lagi. Cantik kawasan tasiknya.


Lepas habis pusing PZ, pergi tengok Giraffe & Friends. Cuma ada zirafah dan unta je kat sini. Reban ayam pun ada kat sebelahnya. Ada la jual makanan kot nak bagi makan kat haiwan sini. Sebakul RM5 kalau tak silap. Habis kat sini kami ke kandang Harimau. Ada Tiger Show. Sama je show macam last year. Auni tertidur kat sini. Habis show bawa Anas Auni makan ais krim dan suap nasi goreng.


Lepas tu bagi mandi kat side kanak-kanak. Lepas tu pergi pusing Adventure River guna pelampung. Anas Auni naik pelampung. Kami jalan kaki je la redah air tu. Habis pusing lastly bagi Anas Auni main pasir kat Sandy Bay. 5 petang saya pergi mandi, salin baju. Bawa Auni sekali. Husband kemas barang. Saya dah selesai, husband mandikan Anas dan tukar baju. 6 petang gak la baru kami bergerak keluar. Sebab esok kena kerja tu yang bertolak awal. Anas Auni walaupun letih seronok je main lagi. Pergi Mcdonald beli makanan kat Anas tapi dia dah tidur. Auni lagi awal tidur. Perjalanan pulang husband singgah Taiping beli Yong Tau Foo.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...