Friday, September 27, 2019
Sungai Petani 5km Unicorn Fun Run
Event : Sungai Petani 5 km Unicorn Fun Run
Date : 21/9/2019
Time : 7.30 am
Venue : River Front City, Sungai Petani
Distance : 5km
Fee : RM28
First time tengok event ni dah rasa nak join sebab so cute. Tapi masa tu lokasinya jauh2. Masa tengah dalam belajar nampak iklan yang ni. Lokasi SP dan date cun, dah habis belajar. Tanya husband dan dia pun ok. Terus laju2 reguster sebab nak harga early bird. 2019 kalau harga RM28 memang murah sangat dah. Harga untuk 500 pertama je.
Race kit ambil sehari sebelum di SP. Discuss dengan husband, kami ambil cuti Jumaat dan nak check in hotel area tu. Sbulan sebelum saya book hotel. Hotel banyak dah fully booked. Saya book Lucky Hotel dengan harga RM54.78 dan jarak 200 meter ke lokasi lari. Kali ni kena bawa Anas Auni. Auni suka sangat Unicorn.
Jumaat, 3.30 petang kami sampai SP. Settlekan urusan lain di UTC then baru pergi ambil race kit. Park kereta depan hotel then jalan kaki je pergi riverfront. Saiz baju XL tak de dan akan ganti dengan saiz L atau XXL. Saya ambil L. Dapat tshirt dan wristband. Jumpa kawan kolej kat sini.
Flag off 7. 30 pagi. Nasib kami baik, tak yah cari parking. Ambil stroller dan letak Anas Auni dalam stroller. Anas nak join jalan. Sudahnya stroller bawa saja. Tengah jalan, Auni pun nak jalan gak. 9 pagi baru kami sampai finishing.
Masa sampai tengah ramai bergambar dekat entrance. Kami duduk jap rest, Anas kepenatan lepas jalan 5km. Orang dah kurang kami bergambar fan pulang semula ke hotel sebelum check out.
Labels:
#anakanakmalaysia,
acara jalan kaki,
aktiviti sukan,
fun run,
marathon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)