Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya beli novel ni preloved di group novel FB. Beli sebab penulisnya. Pernah baca hasil penulisannya. Rasanya kena dengan jiwa saya. Masa beli ni, seller pun cakap kisahnya best. Malangnya tak mengikut piawaian saya. Bagi saya gaya bahasanya agak kebudak-budakan. Story line tak dinafikan lain dari yang lain. Kisah heroin yang ada kebolehan melihat makhluk lain.
Sinopsis
Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!
Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.
Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!
Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.
Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.
saya bagi 2/5 untuk novel ni. Boleh untuk dibaca tetapi bukan untuk disimpan buat koleksi
No comments:
Post a Comment
Thanks :)