Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hotel booking melalui Agoda. Harga masa itu RM482.13 (weekdays) include breakfast for 2 Adult and 2 kids.
Disember birthday Husband dan semasa November PKPB dilaksanakan di Pulau Pinang tak boleh nak rentas negeri. Saya pun tak book mana-mana hotel cuma Sunway Lagoon ada la postponed ke tarikh ini tapi tak dapat la nak pergi dengan PKPB. Then, kerajaan umumkan PKPP, ahad saya book Angsana Teluk Bahang. Rabu check in. Kami memang tak plan nak pergi jauh-jauh dengan keadaan pandemik ni. Cuma dah birthday, saya pilih hotel yang belum pernah pergi dan istimewa sikit.
Lepas book hotel, saya PM di Facebook Hotel, request untuk simple decoration. Saya beri details booking seperti yang diminta. Rabu, waktu check in adalah 3 petang. 12 tengah hari kami dah keluar rumah. Selesaikan beberapa urusan, makan dan waktu masih awal untuk check in. Saya PM di FB bertanya jika boleh check in awal. Paling awal yang boleh 2 petang.
Welcome drink and sanitizer |
2 lebih gak sampai hotel. Kena tahan di entrance. Guard check list nama dulu either ada ke tak nama untuk check in. Dah ada nama, dia catat plate number kereta dan baru dibenarkan masuk. Stop di lobi, ada penyambut sambut, tolong bukakan pintu dan ambil beg dari boot kereta. Sebelum ke lobi sekali lagi staf disitu list nama utk check in. Scan MySejahtera kat sini, check suhu pun kat sini.
Access card |
Kemudian saya diminta duduk di kusyen lobi dan staf tadi minta semua IC kami untuk rekod. Kata staf, tunggu je di kusyen nanti staf datang layan. Welcome drinks dihidang dengan snek. Masa ni datang staf untuk double confirmkan details, tandatangan dan collect deposit. Deposit kena RM500. Paling tinggi pernah bayar sepanjang check in 😂. Sementara tunggu resit, Anas Auni explore keliling, saya dan suami bergambar. Saya juga diberi gift berupa gelang. Semua penginap di sini akan terima gelang ni sebagai cenderamata.
Gelang, sanitizer dan mask |
Lepas staf bagi resit deposit, dah boleh masuk bilik. Bilik di bangunan satu lagi. Nak ke bilik lalu bahagian depan yang kami stop turunkan barang tadi. Lalu kids club, kids pool. Anas Auni singgah jap pergi tengok pool. Ada staf iringi kami dari lobi ke lif. Lif kena ada access card. Bilik kami tingkat 5.
Sampai je depan bilik Anas Auni excited nak masuk, plan saya nak husband yang buka pintu bilik biar suprise menjadi. Sudahnya Anas Auni yang excited, suprise tengok decoration dalam bilik. Lepas 5 minit datang staf bawa beg.
Toiletries |
Berbaloi dengan bayaran dan 5 bintangnya. Macam-macam ada dalam bilik. Paling saya suka bath tub. Toilet dan shower asing. Bath tub di luar shower. Cuma toilet tak de pili air. Dalam wardrobe ada iron, iron board. Bathrobe ada untuk lelaki dan perempuan selain selipar bilik dan selipar nak pakai kat luar. Beg dobi pun ada dari material non woven, tapi kalau ambil kena bayar.
Free semua dalam fridge |
Dalam fridge ada baverage. Semua percuma. Sebelum check in saya lupa nak inform non alcohol. Next time, note sikit masa book yang non alcohol ye. Cawan pun banyak jenis ada. Sesuai nak candle light dinner. Semua bilik kat sini seaview. Cuaca elok boleh nampak sunset.
Dalam bilik air, toiletries macam biasa cuma extranya ada loofah, lotion, shampu, sanitary kit. Masa kami nak solat Zohor, loceng berbunyi. Buka pintu rupanya staf hotel hantar kek. Ini bukan saya request. Ini hadiah dari pihak hotel sendiri. Lagi seronok la Anas Auni. Lepas selesai solat, bergambar, terus suap kek pada Anas Auni. Husband tak makan pun kek. Kami je la jamah. Lepas solat Asar, seperti di janjikan denga anak-anak, bawa mereka ke pool. Masuk ke kids room dulu.
Cake from hotel |
Banyak mainan ada,main la puas-puas berdua. Ikutkan tak puas lagi, saya suruh mandi pool sebab pool sampai 7 malam je. Saya lak nak jenguk infinity pool di tingkat 3 bangunan lobi. Bahagian kids pool ada 2 bahagian. Bahagian yang ada slide memang untuk kids. Bahagian sebelah lagi untuk adult dengan kedalaman 1.2 meter. Anas Auni mandi juga dengan pelampung kat kolam ni.
Kids club |
Best kolam ni sebab nampak pantai. Bahagian adult budak-budak ni boleh je swim dengan pelampung. Ada je orang memancing kat pantai. Pantai pun bersih terjaga elok. Guard memang berjaga je sepanjang pantai ni. Bahagian infiniTy pool kena cross lobi. Naik lif untuk ke sana. Memang orang dewasa je la. Anas Auni masuk gak mandi dengan pemantauan husband tapi staf datang minta berjaga-jaga sebab pool dalam dan bahaya. Dah ramai sangat tegur, kami decide turun semula ke kids pool.
Boleh pergi pantai terus |
Sebelum maghrib kami masuk bilik. Bilik di kemas oleh staf. Air di tambah. Aromaterapi di pasang di dlam bilik. Ada juga diletakkan starfish dalam bilik. Boleh ambil bawa balik ye. Saya tak tau. Ingat milik hotel, biar je la. Rugi tak ambil. Lepas solat Maghrib, kami keluar dinner. Dinner kedai berhampiran je. Balik bilik, rest dalam bilik je la.
Keesokkan paginya, kami pergi breakfast. Sebut je nombor bilik. Terus dibenarkan masuk. Tak de pun tanya umur Anas Auni. Breakfast memang untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak. Makanan hidang secara buffet. Banyak staf datang serve. Makanan pun banyak choice. Cuma kita tak dibanarkan ambil sendiri. Beritahu nak apa, staf akan hantar ke meja.
Cantik deco Jendela Cafe |
Lepas kenyang makan, kami masuk bilik. Saya kemas barang. Anas Auni berendam bath tub. Kami check out dan minta kebenaran staf untuk lepak pool. Staf bagi. So, biar je Anas Auni mandi sampai diorang letih. Dah puas mandi, tukar baju kat toilet / changing room depan pool. Toilet ni pun di jaga kebersihan dan cantik.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)