Monday, March 22, 2021

Review novel : Bella & Love, unlikely



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni ada 2 cerita, 2 tajuk, 2 penulis berlainan. Saya beli di Shopee, new. Rasa sekarang nak beli novel best beli kat shopee. Dapat free shipping then kumpul coins. Jom cek sinopsis.


Sinopsis


Bella

Kisah tentang Bella yang ada kakak kembar. Mereka umpama Beauty and the beast. Bella yang buta fesyen, berkaca mata tebal tapi kembarnya, Amalina bergaya dan bekerja sebagai model sambilan. Teman baik Bella, Faid selalu jadi bahu untuk Bellah luahkan kekecewaan gagal bercinta. Faid pernah bercinta dengan kembarnya zaman sekolah tapi kisah mereka tamat ketika di kolej atas kesalahan Amalina. Bella selalu menjadi mangsa hinaan dan buli Amalina. Satu hari Faid ajak Bella berkahwin. Bella keberatan kerana baginya Faid simpati dan menganggap Bella adalah kembarnya. Amalina pula mempunyai misi baru, ingin menawan hati Faid semula. Siapakah menjadi pilihan Faid?


Love, Unlikely


Timah, pekerja yang berdedikasi tetapi dicemburui segelintir pekerja kerana anugerah pekerja contoh dan dinikkan pangkat lebih cepat dari mereka yang lebih tua. Walaupun begitu, Timah berasa rendah diri dengn dirinya yang chubby dan rendah. Firas dan Timah bertemu semasa kemalangan bila Firas tanpa sengaja terhantukkan kepala Timah. Sifat Timah yang selamba dan tidak cepat melatah, menambat hati Firas. Tambahan pula Timah bekerja sebumbung dengannya. Sejak itu Firas berusaha menambat hati Timah dengan restu ibu bapanya. Bagi Timah dia dengan Firas umpama langit dengan bumi. Dapatkah Firas memperisterikan Timah? 



Komen saya, untuk cerita Bella, Acik Lana memang obses dengan watak hero heroin yang kacak dan jelita infiniti. Biasa la kalau dah kacak bergaya mesti la tak de cacat cela. Umpama tonton kisah dongeng di televisyen. Kisahnya lebih kurang dengan Yo Soy Betty La Fea. Ada la beza here and there. Bila baca terawang-awang kehidupan camtu. Hakikatnya dunia sebenar bukanlah seindah itu. Untuk Love, Unlikely, ringkas saja jalan cerita tapi plot penceritaan menjadikan kisahnya meleret. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...