Hai,
Baru je habiskan drama ni. 16 episod, tonton kat Netflix. Masa dah habis tengok Dr John, dok scroll cari nak tengok apa lak next. Suggestion dari Netflix yang ni. Tengok 1st episod cam ok. Then scroll cari sinopsis. Rasa boleh layan baru teruskan. Tapi cam pening la bila watak utama sebut beberapa nama, tak leh nak catch up yang mana satu sebab banyak watak dalam ni. Setiap watak ada 2 orang. Yg main ingat la. Yg tempelan, penjahat sipi-sipi ni tak berapa nak ingat.
Sinopsis
Drama ini bermula ketika pembunuhan Raja Korea yang dilakukan oleh Lee Lim. Lee Lim berusaha untuk merebut Manpasikjeok, sebuah seruling buluh yang diwariskan oleh keturunan mereka. Ia ingin hidup abadi.
Lee Gon yang saat itu menyaksikan sendiri pembunuhan ayahnya berjaya mendapat separuh Manpasikjeok, sementara Lee Lim melarikan diri ke dunia selari. Di dunia selari Lee Lim bertemu dengan orang yang mirip dengannya. Dia membunuh dan membawa orang tersebut ke Empayar Korea. Lee Lim, disahkan meninggal di dunia.
Sebagai putera mahkota, Lee Gon harus menggantikan tahta ayahnya dan menjadi raja di usia muda. Tugas pertamanya adalah meratapi kematian ayahnya. Lee Gon membesar menjadi raja yang bijak dan disenangi ramai. Tetapi, Lee Gon trauma kerana menyaksikan kejadian pembunuhan ayahnya.
Lee Gon menemui pintu di hutan buluh secara tidak sengaja. Pintu tersebut membawanya ke dunia selari iaitu Republik Korea. Kehadirannya dengan menunggang kuda di tengah bandar menyebabkan dia di tahan oleh Jong Tae Eul.
Jong Tae Eul adalah seorang polis. Kawan baiknya Jo Eun Sub dan Kang Shin Jae. Awalnya dia membenci Lee Gon kerana sikapnya yang pelik, tetapi keduanya kemudian jatuh cinta. Lee Gon membawa Jong Tae Eul ke dunia Empayar Korea. Di sana, Jong Tae Eul bertemu dengan Jo Young, pengawal istana yang memiliki wajah mirip dengan Eun Sub.
Banyak plot yang terjadi antara watak utama sebelum pembunuhan penjahat. 2 episod terkahir macam dah tak berapa paham. Lee Gon ubah banyak benda bila dia muncul masa waktu pemberontakan Lee Lim. Banyak la yang berubah di masa depan tu.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)