Kisah 1 : Liza Nur
Ceritera Lea bermula dengan tragis. Dia yang sepatutnya dinikahkan twepaksa menanggung aib apabil pengantin lelaki tidak muncu. Imran dan Lea menyulam kasih selama 7 tahun tetapi tempoh itu tidak cukup untuk Imran setia. Dia masih sendiri selepas 2 tahun. Noah cuba merebut hati Lea. Cuma dia keliru samaada dia cinta atau simpati pada Lea. Bila dia nekad, Riana muncul dengan 2 pilihan.
Kisah 2 : Nurul Syahida
Kisah tentang Wulan yang hidup mengikut aturan yang telah dia tetapkan. Dia bekerja dengan aman, menjaga si ibu yang berswndirian setelag kematian ibunya. Apabila berkenalan dengan Nael, peguam yang menggelar dirinya 'relationships freelancer' muncul dan bijak menarik perhatian Wulan. Pertama kalinya, Wulan jatuh cinta dan dia dikecewakan dengan hebat. Namun Wulan bukan gadis biasa yang akan menangis air mata darah tetapi dia mencari Henry untuk membantunya membalas dendam.
Kisah 3 : Zara Amani
Nini yang bercinta selama 5 rahun dengan Faizal dan akhirnya memutuskan hubungan. Bukan dia tidak sayang tetapi dia dihalang untuk aktiviti kegemarannya. Kemudian dia berkawan dengan Afiq tetapi sekali lagi dia putuskannya. Perkenalannya dengan Achik merubah dirinya. Dia sekali lagi jatuh cinta tetapi si dia seperti tarik tali. Hingga dia nekad meluahkan tetapi tanpa jawapn dari Achik. Dia membawa diri.
Dalam tiga-tiga kisah saya suka yang nombor 2. Banyak dialog. Lebih midah paham. Kisah 1 banyak monolog hati. Kena fokus, keadaan sunyi sepi baru paham. Kisah 3 lak meleret. Lompat sana sini, pening nak paham . Pastu nama watak susah betul nak sebut. Palop, Anati, Mestin, Guten. Pastu ada nama kawan dia Ymleh. Camna nak sebut? Mula ingat typo then ada lagi word tu. Eh, memang nama orang. Benci betul kalau novel nama ntahapaapa ni.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)