Assalamualaikum dan salam sejahtera
Novel yang memuatkan 6 kisah dari 6 penulis berbeza. Sesuai dengan tajuk, missing pages. Lepas baca rasa cam. Ada muka surat tak ada. Kisah tergantung. Pastu p facebook cari nama penulis dan tengok update. Masuk Shopee cari prolog Media, cari karya penulis dan add to cart. Dalam kesemua 6 penulis, Anna Lee je saya pernah baca hasil nukilannya.
Kisah 1 : Astra
Adry yang berkomunikasi dengan Had di online chatting. Mereka berada di tahun berbeza. Had pada tahun 1984 manakala Adry tahun 2015. Hubungan mereka terhenti bila Had mati. Adey membantu Had.
Kisah 2 : Noah : Permulaan
Yasmin yang digelar pheromones. Kekwat, bossy dan cantik. Noah pun tampan, baik dan anak mak. Noah jatuh cinta pandang pertama pada Yasmin. Yasmin pun sama. Tapi ego nak mengaku. Lepas 1 peristiwa diorang declare as a couple tapi Yasmin rimas dengan Ibu Noah. Mak Yasmin pun tak restu, diorang break. Kisah ni tergantung dan camtu je ending. Maybe ada sambungan yang saya tak tau.
Kisah 3 : Surat Cinta untuk Lela
Lela jadi wedding planner perkahwinan kawan sekolah mereka. Semasa jalankan persiapan, masing-masing tidur di hostel. Lela ke tandas dan dia terjatuh. Sedar-sedar dia di hospital, Adly adalah tunangnya dan banyak sejarah dah berubah.
Kisah 4 : Anya Dahlia
Anya Dahlia, pelukis, dah bertunang dengan Naufal. Sifat sebenar Naufal muncul selepas mereka bertunang. Ketika Anya dikasari Naufal, datang seorang lelaki menyelamatkan Anya dan mengaku sebagia suaminya. Sejak dari itu Naufal tidak lagi mengganggu Anya. Anya mencari lelaki itu dan ditinggalkan bersama klu. Bersama klu itu, Anya mencari jawapan.
Kisah 5 : Nota yang hilang
Bhinda yang bekerja di kedai buku. Boss dia Fendy cam tak suka dia. Tapi dia buat derk sebab nekad nak kumpul duit. One day masa kemas meja, jumpa buku nota. Dia lak ikut arahan dalam tu. Semua dia buat walaupun semua arahan minta dia cuba benda yang lain dari lain. Bagi dia, penulis nota tu sangat memahami dirinya. Tapi saya yang tulis nota tu?
Kisah 6 : Duniabaru
Sambungan dari novel / kisah sebelum ni yang saya belum baca. So, tak paham sepenuhnya. Sepasang suami isteri yang memiliki cincin. Bila pakai cincin diorang travel pergi duniabaru. Di sana, cincin mereka di perlukan untuk menyelamatkan ntawa penduduk di situ. Nama watak2 agak susah nak sebut dan perlukan imaginasi sebab haiwan dalamnya ada imaginasi.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)