Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Novel ni beli selepas baca karya penulis yang terbaru. Saya tertarik dengan cara penyampaiannya dan cari di Shopee. Tetapi karya ni bagi saya biasa je. Tak la terlalu Wow dan masih cliche macam karya lain. Mungkin ni antara karya di permulaan penglibatannya.
Blurp
Berkomunikasi melalui telefon, Ariana a.k.a Ria pada mulanya mempunyai persepsi buruk terhadap lelaki itu yang dipanggilnya ‘katak puru’. Tetapi setelah mengenali lelaki yang tidak diketahui wajahnya itu, Ariana berubah hati. Namun, segalanya berubah akibat satu kemalangan. Ariana menyalahkan diri, lalu dia tidak menghubungi Firdaus lagi.
Pertemuan semula di kedai makan meresahkan Ariana. Firdaus selalu mendekatinya, seakan-akan tahu dia menyimpan rahsia. Sudahlah Nazrul a.k.a Hitler, sepupu Firdaus merangkap bosnya asyik menuduh Ariana ada skandal dengan bapanya. Kemalangan ‘mentega kacang’ membuat Firdaus merangka idea gila. Diberitahunya semua orang mereka pasangan kekasih. Dan selagi Ariana tidak berterus-terang, mereka akan terus kekal dalam kepura-puraan itu. Adakah Ariana akan berterus-terang tentang identitinya sebagai Ria? Atau cinta pura-pura antara Firdaus dan Ariana akan terus kekal selamanya? Dan adakah Nazrul akan terus bermusuhan dengan Ariana, atau takdir yang berlainan sedang menanti mereka?
Pendapat saya, ok je novel ni. Untuk bacaan santai boleh la.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)