Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Karya Anna Lee yang kedua. Saya beli preloved di Shopee. Kisah rare sikit, pasal kawan-kawan kat kolej. Tak de la sangat kisah cintan cintun. BUdak-budak sekolah sesuai la baca.
Sinopsis
Hanna, Nita dan Fara sahabat baik di kolej. Mereka terlibat dengan rancangan gila Suzy yang mencabar mereka bertiga untuk ke Korea semasa cuti semester nanti dan bergambar dengan artis K-Pop. Hanna menyahut cabaran itu dan bermula dari itu, mereka bertiga bersusah payah mencari wang untuk cukupkan perbelanjaan mereka. Pelbagai perkara berlaku semasa tempoh itu. Berjayakah mereka ke Korea atau mengalah je dengan Suzy?
Saya rate 3/5. Sesuai untuk bacaan santai tak peningkan kepala.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)