Thursday, November 11, 2021

Kami dah sampai The Habitat Penang Hill

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
24 hingga 26 Oktober 2021, kami sekeluarga check in The Lost Paradise Resort. Hari kedua, Isnin saya tanya Husband, nak pergi mana-mana tak hari ni? Memula saya suggest Entopia, sebab dekat sini je. Then husband cakap yang dapat tiket free tu mana? The Habitat Penang Hill atas Bukit Bendera. Jauh dari hotel, pastu takut hujan. Check weather then redah je. Kami makan tengah hari dulu. Paksa Anas Auni makan sambil dok cerita pasal Penang Hill. Dalam kereta saya go through voucher. Rupanya kena email awal seminggu, saya whatsapp person in charge yang saya communicate masa menang giveaway. Katanya boleh redeem hari ni. 

Perbelanjaan saya disini
Parking - RM6
Funikular - RM36
The Habitat Penang Hill - RM56
F&B - RM30


Sampai Penang Hill masuk ke parking bertingkat. Kami solat Zohor dulu. Di entrance, kena check in Mysejahtera dan staff nak tengok sijil vaksinasi. Then pergi kaunter tiket. Staf inform untuk bawa semua MyKad Mykid. Hanya seorang je yang kena beratur. Beratur sini tak sampai 5 minit. Orang nampak tak ramai. Boleh bayar guna e wallet. Di ticket ada letak nombor (entry batch no). Nombor kami 24. Di skrin tulis tengah calling nombor 24. Kami pun pergi masuk barisan untuk beratur masuk ke dalam. 

Ingatkan masuk je bahagian dalam pintu terus naik Funikular rupanya dalam bangunan lagi panjnag tengah beratur. Total beratur lebih 1 jam. Kalau ada anak kecil dan mampu untuk bayar ambil je fast lane. Kami ni memang tak tau. Dari luar tak nampak pun dalam tengah line up panjang. Kalau tau memng amik fast lane je naik. Auni je la merungut lapar. Nasib baik kami ada bawa roti dan air. Bagi Auni makan roti je dulu. Ade je budak2 yang crancky mennagis. Mungkin panas atau mengantuk.

Nasib kami baik, masa masuk dalam funikular ada 2 tempat duduk.  Saya riba Auni, Anas duduk dan suami berdiri depan Anas. Tak de social distancing dalam funikular. Walaupun Seat dah penuh, diorang bagi je penumpang lain masuk dan berdiri. Perjalanan naik sekejap je. Then jalan naik atas. Kami terus cari stesen untuk The Habitat (TH) dan double confirm untuk claim voucher. Staff di entrance bagus, proceed je dan bagi short briefing tentang TH. Siap share yang boleh dapat diskaun kalau staff government. Malangnya saya tak bawa pas keje. Dia suruh tunjuk HRMIS je. 

Selesai urusan tiket kami masuk dan mula berjalan. Sepanjang 1.7 km berjalan. Ada trek bersimen, menaik, menurun dan bertangga. Di pintu masuk kami diberi peta. Kena lalui 12 checkpoint sebelum jumpa pintu keluar. Monyet je yang kami jumpa. Ada la info pasal tumbuh-tumbuhan tapi baca sepintas lalu je. Anas Auni dah letih berjalan. Auni lagi la. Minta nak dukung je. Semua ada 12 pit stop, ada diberi peta masa di entrance. Kami ikut yang paling short cut sebab takut hujan dan Anas Auni memang tak mau jalan dah. jenuh pujuk gak nak bagi teruskan perjalanan. Setiap junction ada direction. InsyaAllah tak sesat.





Ada disediakan water stesen. Boleh la kami top up air mineral yang dah habis. Kemuncak di The Tree Top Walk (gambar di bawah) ni. Kena naik tangga dulu pastu baru leh nampak view kat atas tu. Sebelum naik, staf di bawah beri penerangan. tak leh lari, lompat dan menjerit di atas tu. Kalau hujan, dia akan bunyikan loceng dan kena cepat-cepat turun. Sempit je laluan sepanjang atas tu. Nak letak tripod bergambar tak muat. Pastu gayat kot. Tinggi dan risau phone jatuh bawah. Tapi view atas tu cantik. Ada papan explain gambar apa belakang tu.



Tamat 1.7 km kami jumpa kedai merchandise dan pit stop untuk shuttle. Shuttle setiap 15 minit. Tak lama pun tunggu. Tak sempat habis bergambar dah sampai. Shuttle hantar sampai ke tempat utama. Alhamdulillah tak perlu jalan dah. Kalau jalan memang jauh dan penat gak. Kami terus pergi food court. Anas nak ice mango, husband makan laksa, saya mi kari. Mi kari terjumpa rambut. Tak jadi nak teruskan makan. Ice mango sedap. Nasib ambil 1 je. Anas Auni makan yang tu je. 

Lepas makan terus husband ajak balik. Dia tak nak pusing dah. Dia letih. Saya lak ikut je la. Anas Auni lak tak sabar nak mandi kolam. Walaupun saya berniat nak masuk kopi hutan dan makan pani puri 😂
Lain tahun la pulak kot kan. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...