Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tak de dalam agenda pun nak ke Pahang. Masa Januari tengok kalendar. Rasa cam nak cuti. Terus request cuti walau belum tau nak p mana. Dah lulus cuti dan list few tempat. Then tanya husband. Husband pilih Kuantan. Saya tunjuk Zoo Teruntum yang ada Dinosaur kat husband. Kata kat dia, Anas mesti suka ni. Saya lak buka maps tengok. Jauhnya Pahang 😂
2.2.2022 baru booking hotel. Tanya kawan-kawan yang stay kat Pahang. Diorang suggest The Zenith Hotel. Tunjuk kat husband. Husband tanya location. Bila cakap dekat dengan dengan East Cost Mall terus dia setuju. Bukan apa, mudah nak cari makan nanti. Anas Auni tu lapar tak sama jadual dengan kami. Bilik ambil paling murah, Deluxe King. Bilik untuk rehat je. Siang nak jalan-jalan. Book with full payment di Traveloka. Harga di Traveloka lebih murah dari Agoda. Gap harga >RM60
Perbelanjaan
Hotel : RM850.24The Zenith 3H2M (RM459) Hyatt Regency Kuantan Resort 2H1M (RM391.24)Minyak : RM161Tol : RM109.77
Sabtu 12 Februari 2022
Bangun jam 4 pagi. Prepare seat kereta untuk Anas Auni tidur, masuk barang dan kerja-kerja lain. Jam pagi baru kami gerak. Stop solat, toilet, makan, isi minyak, mandikan Auni dan lain-lain. Sampai Kuantan 1 petang. Kami pergi makan dulu. Beli McDonald's untuk Anas Auni. Then singgah je kedai makan berdekatan. Food court dan tak banyak pilihan. Kami beli nasi kukus. Rm6.80 sebungkus.
Sampai hotel jam 2.30 petang. Tak de orang masa saya check in. Staf sangat welcoming. Tolong bukakan pintu dan always great guest. Bilik dah ready. Deposit RM200. Inform nombor plat kereta masa check in. Touch guna touch n go atau kad bank then scan di reception. Parking percuma.
Welcoming drink disediakan. Lepas parking terus naik bilik. Tak sempat round lobby pun. Just nice je bilik. Ada sofa sebelah katil untuk rest. Katil king dan ada side table kiri kanan katil. Meja, kerusi dan kabel untuk internet disediakan. Televisyen dengan limited channel, siaran televisyen tak berapa jelas, siaran radio di tv hanya 2 iaitu Lite FM dan Hitz FM. Mini fridge, mineral, kettle, mug, tea and coffee sebelah wardrobe.
![]() |
| bawah sink ada towel basket dan dustbin |
![]() |
| basic toiletteries |
![]() |
| botol kecil je shower gel dan shampoo. Kejap je abis dengan Anas Auni |
Wardrobe dengan keperluan basic cam hotel-hotel lain iaitu Iron, iron board, hair drier, weight scale, shoe polish, safety box, sejadah dan hanger.
![]() |
| perlu ke weigh scale dalam bilik hotel? |
![]() |
| Anas Auni suka pensil dengan memo |
![]() |
| shoe mist dan peralatan menjahit |
Bilik air separate toilet dan bath tub. Toiletries basic. Shower gel, shampoo dan lotion small size je. Dengan bath tub memang kejap je la habis. Sikat, toothbrush, shower dan lain-lain barang basic cam hotel lain. Solat dan rehat kejap. Lepas Asar bawa Anas Auni ke pool. Tapi pool tutup sebab hujan. Bagi diorang main di kids room kejap then husband ajak pergi pantai.
Husband search je pantai dekat google maps. Sampai la kami dekat Pantai Anak Air. Nampak buaian. Snap photo 3, 4 keping pastu drive je sepanjang jalan pantai tu. Stop di Pantai Kempadang sebab Anas nak bergmbar dengan Godzilla. Ingat nak singgah makan celup tepung tapi ramai orang. Menu banyak cuma tak menarik.
Terus drive nak balik hotel. Husband ajak makan siap-siap sebelum balik. Makan di De'Western Corner. Deco kedai cantik. Boleh nak datang untuk celebrate birthday, anniversary tapi pendapat saya rasa makanan kena banyak ditambah baik. Harga mahal sikit. Tak berbaloi bayar dengan rasa sedemikian.
Kami order burger, kueteow tomyam, pasta carbonara, fries, white coffee, limau asam boi, teh o ais. Total harga RM44.40. Lepas makan, kami gerak balik hotel solat, mandi dan rehat. Husband keluar jumpa kawan dia.
Ahad 13 Februari 2022
Lepas mandi, solat dan kemas baju kotor nak transfer masuk kereta. Then anak-anak mandi, kami keluar cari breakfast. Plan nak ke Zoo Teruntum hari ni. Cari kedai makan sekitar hotel. Tutup. Yg beroperasi non muslim. Husband drive ke area zoo still tak de. Masuk Teluk Cempedak. Ada 1 kedai buka. No Choice, stop situ je makan. Order 3 nasi lemak, 1 nasi kukus ayam berempah, air limau ais 2, asam boi 1. Jumlah bayar RM26. Mahal jugak 😂
Lalu depan zoo. Ramai orang. Line nak beli tiket pun panjang. Parking pun full. Tak nak la sesak-sesak time covid tengah tinggi. Tak jadi nak masuk. Kami pergi East Cost Mall. Anas nak masuk Polar Bear Snowland, rumah salji dan ada slide tapi ramai orang. Limit masuk 30 minit sorang dan bayar RM20. Kena pakai jacket dan socks sendiri. Kalau tak bawa jacket dan socks kena beli. Dah ramai orang tak jadi la masuk. Bawa diorang pergi Play On ke Game Xtra ntah. Bayar RM25 sorang main la slide, ball, bicycle dan banyak lagi game dalam tu. Seronok la diorang main. Dekat 2 jam gak dok dalam tu. Sempat la kami jalan-jalan dalam parkson beli beg. Lepas Anas Auni keluar main, kami masuk Uniqlo, Padini, FOS beli baju.
Selesai shopping kami pergi makan di kedai Akob Patin. Jalan kaki je. Tak banyak lauk yang tinggal. Kami ambil nasi putih 2, ikan patin tempoyak bahagian ekor dan daging salai masak lemak. Harga sekali 3 teh o ais RM38. Japan kaki balik hotel, solat dan bawa Anas Auni mandi pool hotel. Lepas solat Maghrib kami keluar makan malam. Husband nak makan sate malam ni. Pusing-pusing kami stop di Sate Bard. Parking depan kedai. Ada 4 meja je depan tu. Staf kedai tanya nak makan di belakang pun boleh. Rupanya makan di belkang lagi best. Nampak view Sungai Kuantan dan Menara 188.
Husband order sate ayam dan daging serba 5 cucuk dan Mi Jawa. Saya order bakso special. Air saya beli di kedai sebelah Watak Kopi - Caramel Machiato RM12. Lama jugak makanan dan minuman nak sampai. Lepas bakso saya sampai, staf datang beritahu Mi Jawa habis. Husband tukar pada Mi Bandung. Lepas habis semua makanan, makanan husband order masih belum sampai. Husband pergi bayar dan inform sekali makanan yang tak sampai. Dapat la diskaun 30 sen.
Lepas tu kami jalan area tepi sungai. Tangkap gambar berlatar belakangkan signboard KUANTAN dan Menara 188. Masing-masing pakai baju tidur je sebab plan nak pergi makan je. Pastu lalu Kuantan Art Street, Anas nak singgah, nak bergambar. Turun la bergambar. Kamera, tripod apa pun tak bawa. Snap gambar Anas Auni je la. Habis round kami gerak balik hotel tidur. Husband beli burger tepi jalan sebab dia lapar. Tadi order Mi kan tak dapat. Burger lan sama stor yang kami bergambar di Kuantan Street Art.
Isnin 14 Februari 2022
Lepas Solat Subuh, mandi dan kemas barang-barang. Then kejutkan Anas Auni mandi. 9.30 pagi check out. Kami pergi makan di Joe Mee Calong. Saja nak try makanan baru. Kami try Mee Calong. Rasanya cam bihun sup. Biasa je. Tak sedap. Lepas makan kami ke Zoo Teruntum. Terus ke kaunter tiket. Tak de orang pun. Boleh bayar cashless atau tunai. Kalau cashless kena ke mesin layan diri. Harga tiket RM25 dan RM22 (Dewasa / kanak-kanak)
Lepas beli tiket kami bergambar di entrance. Masa bergambar ni, cuaca dah mendung. Lepas scan QR code, masuk dalam dan dah mula hujan rintik-rintik. Staf suggest main indoor dengan bayaran RM16 seorang. Mulanya kami tak nak. Tapi bila hujan semakin lebat, husband ajak masuk dalam. Sebelum tu husband minta kebenaran staf untuk ke kereta ambil payung dan sweater Anas Auni.
Lepas bayar dan amik resit masuk.bahagian indoor. Ada 6 games di dalam tu dan size kecil je. Mainan pun biasa-biasa je. Langsung tak mengujakan. Boleh main berkali-kali tapi dah keluar tak boleh masuk semula. Tandas TAK disediakan. Dalam tu sejuk, Auni nak ke tandas. Terus keluar la lepas tu. Nasib la masa keluar dah tak hujan. Ada Trex show. Kami pun explore dalam tu. Kawasan luas sebab dinosaur semua besar-besar. Dinosour ada di bahagian kiri dan kanan. Kami jalan belah kiri dulu. Ada dinosour yang keluar bunyi dan bergerak-gerak. Jalan ada yang turap tar, ada yang berbatu dan tanah merah. Jalan jadi becak. Kami semua pakai kasut dan kasut jadi kotor.
Habis jalan belah kiri, hujan. Berteduh di pondok. Depan pondok ada buaya tembaga dan ungka. Hujan stop Anas nak explore bahagian atas pulak. Husband dah tak nk jalan. Dia dah basah baju kena hujan dan sakit kepala. Saya je la bawa Anas explore atas. Ad patung haiwan saiz besar. Ada gajah, kingkong, badak air dan banyak lagi. Ada yang keluarkan bunyi. Ada yang tak de. Bahagian atas lagi ada haiwan hidup cam rusa, ostrich, arnab, ayam. Turun bukit Anas ajak tengok Dinosour bahagian kiri. Masa ni hujan dah turun balik. Tapi Anas ajak redah jugak.
Bawa je la Anas redah hujan dan bergambar. Lepas selesai round, pergi kat husband dan ajak keluar. Kami singgah ke kedai Cendol Air Putih, Husband order cendol pulut dan rojak. Saya ambil ABC Jagung, karipap kentang dan karipap ikan serba 1. Anas try, dia rasa sedap. Tambah lagi 4 biji. Dia sorang je makan semua 4 biji. Nak balik bungkus lagi 10 biji. Masuk kereta dan terus ke Hyatt Regency, hotel kedua kami di Pahang. Saya teringin sangat nak check in sini. Dapat semalam pun jadi la. Dalam masa 2 hari sebelum baru saya booking. Luckily, masih ada bilik. Booking bilik paling murah 🙈
3 petang sampai hotel. Terus check in. Deposit RM150. Keliru sikit nak ke bilik sebab lobi di tingkat 3. Bilik di tingkat 1. Kena ke bangunan side lain untuk naik lif. Pastu tak leh silap lif, nanti tak jumpa bilik. Rehat jap dalam bilik dan solat. 5 petang bawa Anas Auni jalan-jalan tepi pantai dan mandi pool. Husband tak ikut, dia nak rest kat bilik. Ada 1 family je kat pool dengan kami. pool besar juga dan dalam. Nampak pool kanak-kanak side satu lagi tapi di tutup.Then husband turun dan kami pergi pantai. Seronok la Anas Auni dapat main pasir. 7.30 malam kami masuk bilik bersihkan diri dan solat.
8.30 malam keluar untuk dinner. Sebelum tu singgah KFC Teluk Cempedak beli makanan untuk Anas Auni. Diorang malam-malam bukan nak makan nasi sangat. Auni nak burger, Anas nak fries. Husband yang pilih kedai makan. Tekak dia nak makan ikan bakar. Ikut Maps je. Sampai ke Ikan Bakar Cheng. Tak de pelanggan pun. Mulanya takut gak nak masuk tapi tawakkal je. Alhamdulillah di layan dengan elok dan semuanya puas hati. Makanan sedap, cepat dan tenang je makan. Sampai kami habis makan nak balik, masih tak de pelanggan datang. Selesai makan terus balik bilik hotel.
Selasa 15 Februari 2022
Lepas solat Subuh, mandi dan saya kemas kain baju, beg dan barang-barang. 11.30 pagi check out hotel. Cuaca mendung tapi saya dah list tempat yang saya nak pergi bergambar sebelum balik Penang. Nak bergambar di Starbucks Teluk Cempedak, signage TELUK CEMPEDAK , buaian tepi pantai depan Dinosour Encounter. Parking area Teluk Cempedak kena bayar RM2.50 ye.
Puas bergambar di tempat-tempat pilihan saya kami ke destinasi pilihan husband lak iaitu Kedai Mustafa Cendol. Order Cendol, Pasembor, Megi goreng dan Nasi Goreng. Dah kenyang kami mulakan perjalanan pulang ke Penang. Santai-santai je drive. Husband pilih jalan jauh sebab nak singgah Lemang To'ki di Bentong. Lepas 3 jam sampai kedai. Seronok masuk sini sebab ada banyak barangan antik dan helikopter. Yang tak best banyak lalat. Kami order 1 set lemang dengan rendang ayam, ayam bakar, sup tulang dan 2 nasi putih. Kami laki bini je makan. Anas Auni langsung tak nak. Ok je rasa menunya. Ayam bakar sedap, sup ok tapi ada tauge. Saya tak suka tauge.

Lepas makan sambung perjalanan pulang. Anas Auni beberapa kali bangun tidur. 11.00 malam sampai Penang. Singgah makan Char Kuew Teow di Jawi. hampir 1 pagi baru sampai rumah. Keluarkan barang dari kereta, mandi dan tidur.


























No comments:
Post a Comment
Thanks :)