Friday, September 9, 2022

Short Escape : Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasa cam lama dah tak pergi Perlis. Tambahan pula banyak dah port OOTD kat sana. Jak husband pergi seminggu lepas cuti sekolah. Plan nak jalan-jalan, bergambar dan makan. Menu utama semestinya makanan Thailand. 

18.6.2022 - Sabtu 

Bertolak dari rumah 10 pagi. Dalma perjalanan ke Perlis, scroll sosial media cari kedai makan. Jumpa. Set maps dan drive ke lokasi. Kami pilih Cik Jah Nasi Ayam Bakaq. Banyak menu tapi kami pilih set nasi ayam. Anak-anak nak minum air yogurt shake. Auni nak mango, Anas nak strawberi.

Nasib order nasi 1 set. Anas Auni kenyang dengan air. Nasi makan sikit je. Nasi 1 set harga Rm10. Nasi tambah RM1. Air yogurt RM7, Cincau RM2.

Staf semua baik budi bahasa. Kedai bersih, besar dan selesa. Menu yang di order pun sampai cepat. Dah kenyang makan kami ke destinasi seterusnya, iaitu View Point Wang Kelian. Nampak ramai kawan-kawan OOTD kat sini buatkan saya terasa nak kesini juga. Parking disediakan di bawah. Masa parking, tak banyak kereta. Cuaca pun redup.
Kena daki ke atas lebih kurang 300 meter. Sampai je kat tas tak ramai orang, panas terik. Dah tak de orang cepat-cepat pacak tripod nak bergambar. Panas sampai susah nak buka mata. Budak-budak ni memasing bawa sunglasses. Mama je la tak de sunglasses lagi. Snap sana sini, tetiba ramai lak muncul. Dengan panasnya snap ala kadar je. Husband cepat-cepat ajak turun. 
Elok sampai bawah, hujan. Mujur dah snap semua tempat. Jom ke next destination, Agrovet Park. Tak de dalam plan pun nak datang sini. Lalu nampak terus belok masuk. Percuma je masuk. Anas Auni suka sebab banyak haiwan. Makanan haiwan je kena beli kalau nak feed. Luas sini. Kalau rajin jalan la sampai habis. Ada kuda, rusa, arnab, angsa, kerbau, ostrich, kura-kura, hamster. Makanan haiwan RM2 je. Bawa air ye dalam ni. Confirm dahaga. Yang menjual air tak banyak. Surau dan tandas pun ada.
Lepas letih jalan disini kami cari port nak isi perut. Ingat nak makan dekat Padang Besar. Sampai dah, banyak lak kereta. Nak parking pun tak de tempat. Bas pun banyak. Fikir-fikir kalau masuk dalam mesti kedai makan ramai orang, lama lak tunggu nak siap makanan. So, kami change plan. Pergi kedai lain.
Kami ke Nipah Klasik. Husband order Nira Nipah RM5, teh o ais, nescafe ais, mi kuah. Harga mahal gak la. Menu tak kena tekak saya. Husband dengan anak-anak je makan. 
Lepas masing-masing kenyang kami ke Jeti Kuala Perlis lak. Nak  cari menu saya lak. Jalan dari hujung sana ke hujung sini sudahnya order nasi putih RM2, sup sayur RM9, mentarang bakar RM18 dan sotong celup tepung ja RM6. Husband dah kenyang. Kalau dia lapar, boleh la order ikan dengan lain-lain. Lepas makan kami gerak pulang ke rumah. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...