Monday, October 31, 2022

Staycation 4/2022 : KL & Sunway Lagoon


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lepas beli Annual Pass LWOT dan Sunway Lagoon (SL) , saya mula plan bila nak pergi. Masa pergi last year Sunway Lagoon Anas Auni kata tak puas. Bulan Ogos kami pergi LWOT, bulan 9 saya plan ke SL. 

9.9.2022 saya book hotel guna apps Traveloka. Before tu dah survey few hotel. Buka maps, blogwalking, facebook nak cari hotel area SL selain anak² syarikat Sunway. Nak jalan kaki je ke SL. Tak nak over budget sebab hujung tahun banyak nak guna duit. Tak nak juga hotel terlalu bajet cam Tambun baru ni. Sempit sangat sampai susah nak solat. Pastu tak de lif. Last, saya book Grand Moments Hotel. Cari review di FB tak jumpa, blog pun tak jumpa. Booking berdasarkan bacaan di review apps Traveloka ja. Tengok saiz cam besar untuk kami ber4 dan harga affordable.


Hotel Grand Moments Hotel

Family studio Room

3H2M

RM327


Perbelanjaan
Hotel : RM327
Tol : RM 58.92
Minyak : RM69

14/9/2022 - Rabu

Bertolak dari rumah lepas Subuh. Santai-santai je drive. Check in hotel pun 3pm. Stop makan dan ke toilet. 1 petang sampai ke Decathlon Shah Alam. Memang plan nak ke sini dulu nak beli seluar mandi. Lepas shopping terus cari kedai makan. Masing-masing lapar. Singgah food court area situ. Saya amik nasi ayam dan suap Auni. Husband ambil nasi lauk suap Anas. Lepas tu terus drive ke hotel. 


Hotel berhadapan Sunway Pyramid. Parking tak de. Kereta bnyak double park. Nak stop untuk ke lobi tanya pun tak boleh. Sesak jalan dengan kereta. Lepas 2 kali pusing baru dapat stop untuk ke lobi. Dah lepas 3 petang. Bilik memang dah ready. Bagi IC dan deposit RM50. Resit deposit dihantar ke WhatsApp untuk claim semula. Husband drop anak-anak dan barang. Kami naik dulu bilik sementara husband cari parking. 


Parking kena bayar ke Majlis Bandaraya guna apps. Bayar hingga 6 petang je. Lepas tu dah percuma. Jauh juga husband parking. Staf hotel cakap nanti malam ada je kosong area depna hotel. Saya dan anak² terus naik ke bilik di tingkat 3. Bilik kami Studio room. Masuk je nampak Sofa L shape, meja, sinki dan tangga naik ke atas. Dah macam konsep loteng biliknya. Chalet di Pulau Redang pun konsep camni. Ada televisyen, mini fridge dan tong sampah di ruang bawah.


Tingkat atas jumpa bilik air yang berasingan shower, toilet dan sink. Then almari 4 pintu dengan hanger, katil single, katil queen, televisyen, make up table, cawan dan kettle. Air mineral juga disediakan saiz mini. 4 diatas 2 di bawah. Towel ada 4 helai. Kopi, teh dan sudu tak disediakan. Wifi ada. Tak la laju sangat tapi boleh la. Channel televisyen ada 4 je yang basic. Ada penunjuk arah kiblat. Bilik tak kalis bunyi. Dengar je bunyi kereta lalu lalang bawah ni.


Sampai bilik, mandi, solat dan rehat. Lepas Maghrib kami keluar ke Sunway Pyramid. Nak tengok jalan mana nak guna esok sambil tu nak jalan-jalan cuci mata. Guna flyover. Lintas jalan dari depan hotel terus je dalam 1km. Masuk SP jalan-jalan je. Beli baju kat Auni dan husband. 9 lebih keluar dari SP. Masing-masing dah lapar. Last makan sinag tadi kot. Bawah hotel ada kedai makan, ABC corner. Masuk duduk. Panggil pelayan 3, 4 kali tak datang. Suruh tunggu tapi pelanggan lain yang datang kemudian boleh lak ambil order dulu. Husband ajak pergi kedai lain. Kami lintas jalan ke seberang masuk kedai lain. Laju je datang ambil order. Kami order nasi goreng kampung (RM8), nasi goreng sotong (RM11), maggi goreng. Dalam 15 minit makanan sampai. Sedap semua makanan. Habis makan masuk bilik, rest dan tidur.


15.9.2022 (Khamis)

Lepas Solat Subuh, mandi dan siap nak turun breakfast. Pergi reception ambil baucar. Breakfast dapat untuk 5 orang di kedai sebelah hotel. Boleh bungkus. Ada 4 pilihan makanan je. Nasi goreng, bihun goreng, putu mayam dan idli. Air teh panas atau sirap ais. Saya bungkus je 2 nasi goreng, 2 bihun goreng, 1 putu mayam, sirap 2, teh o 3. Cas bungkus kena RM2. 


Masuk bilik makan breakfast then siap-siap untuk masuk ke Sunway Lagoon. Kami masukmikut pintu Surf Beach. Lebih dari 3 company buat team building. Expect akan beratur ramai. Tapi laluan tiket tak ramai. Check beg la panjang sikit tapi laju je. Pergi nak scan kad dan cap jari tak lepas. Staf kata sebab first time masuk dan tak pernah buat pengesahan ibu jari. Kena pergi section kaunter tiket. Bagi IC semua. Staf snap gambar dn whatsapp ke LWOT. 1 jam juga kami menunggu tunggu verification dan validation dari LWOT ke SL. 


Lepas 45 minit saya dah mula call hotline. Lepas cerita masalah saya hadap, staf yang jawab phone call saya pass ke department lain. Dengar lagu beberapa kali dan talian saya diputuskan. Lepas tu call terus tak dapat. Staf kaunter berkali-kali minta maaf. Kalau tahu dari semalam saya datang untuk validate macam LWOT hari tu. Ingatkan validate di LWOT terus link ke SL.  

Masuk SL, bawa Anas Auni tukar baju. Plan awal tak nak pakai baju mandi g sebab nak jalan-jalan bergambar. Dah habis bergambar baru tukar baju terus mandi. Tapi sebab 1 jam terbazir tunggu di bahagian tiket, Anas dah bebai. Husband janjinyerus mandi lepas dapat masuk. Kami terus ke Section Nicklodeon Lost Lagoon. 


Last year datang sini last sekali. Masa sampai hujan lebat. Tak dibenarkan mandi bila hujan lebat. Kali ni terus bagi mandi dulu puas-puas. Naik semua slide mana yang Anas boleh naik. Auni boleh naik dalam park kanak-kanak je. 2 jam masa dihabiskan di sini. Kami pindah ke surf beach. Sebelum tu singgah Marrybrown dan Burger King beli makan. 


Makan area surf beach smbil tengok Anas Auni mandi depan ni. 3 petang Anas ajak pergi Wildlife Park. Ada bird show. Baru 10 minit tengok show, hujan lebat. Show stop. Semua lari. Kami pun lari selamatkan barang-barang especially beg baju, tuala dan makanan. Port paling dekat Rimba kot. Ada iguana, hamster kat sini. Anas Auni layan tengok haiwan dan ular pun ada. 



Bahagian Wildlife Park ni tak explore pun. Dah basah kalau jalan dalam ni sejuk kena angin. Nak jalan kena masa awal-awal. Lepas tu kami redah hujan lebat ke Zulu Walk dan masuk Water Park. Cari tempat berbumbung. Anas Auni lari mandi di Little Zimbabwe dan Kalahari Kids. Semua attractions sini diorang try. Hujan masih turun. Kami biarkan je. Pantau dari jauh. Bila lapar lari datang makan minum dan pergi mandi semula. 



5.30 petang kami gerak ke tandas tukar baju. Full house tandas malangnya pakaian lembab dan basah kesan hujan tadi. Ala kadar je tukar. Siap semua terus cross the road balik hotel. Mandi semula, solat Jamak dan rehat. Anas Auni tertidur dah sejam lepas masuk hotel. Husband keluar ke dobi dan beli dinner.



16.9.2022 - Jumaat



Hari ni hari Malaysia. Public Holiday satu Malaysia. Lepas Subuh saya kemaskan beg dan barang-barang. Asingkan pakaian nak pakai san ready nak check out. Breakfast pagi ni tak ambil pun. Check out 11 pagi, collect deposit dan simpan barang dalam kereta. Awalnya kami plan nak masuk ke Sunway Lagoon. Nak jalan-jalan kawasan haiwan sambil bergambar. Then nak main carousel dan lain-lain. Dari kereta cross road ke Sunway Pyramid. Anas Auni request nak main dalam mall. Hari pertama diorang ada main sebelah Starbuck. Tak puas main katanya. Husband pun ok. Sebelum tu kami jalan-jalan dalam SP. Ada promo ayam Tyson. Kenyang la makan sampel ayam goreng. Ada photobooth boleh bergambar.

Pastu masuk kedai Childhood. Anas Auni main Baba Ice Cream stall kot. 1 token RM2. 3 token dapat la 2 kon ais krim. Boleh la habuan Anas Auni sorang sikit. Lepas tu bawa diorang main palyground sebelah Starbucks. Dari tempat Anas Auni main ni nampak main entrance SL. Ramainya orang beratur beli tiket, check beg. Inform husband dia cakap tak yah la masuk. Nanti buang masa line up. Nak bergambar pun tak best orang ramai. 



Abang husband call, kami gerak ke Ampang jumpa dia dan lunch. Lepas lunch, sembang-sembang kami gerak ke destinasi seterusnya, Sekinchan. Request kat husband nak makan mentarang. 6.30 petang kami sampai. Pusing cari kedai yang ok, tak ramai orang, menu pelbagai. Order mentarang bakar 1kg, belangkas kecil bakar, nasi putih dengan tomyam. Lepas makan kami teruskan perjalanan balik Penang. Sampai rumah 11.30 malam.





No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...