Monday, November 21, 2022

Revie Novel : Terang Bulan

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel terbitan Prolog Media. Penulisnya lelaki. Awal-awal baca saya tak sanggup nak teruskan. Seram dan ngeri. Bila dah habis part Badar rasa lega. Masuk part Sin pun saya berhenti seketika. Rasa tak boleh kerana sisi wataknya yang kotor dan banyak dosa. 

Blurbp

[B A D A R]
Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun, bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

[S I N]
Sin mempunyai segalanya; kemahsyuran, kekayaan dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul yang mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?


Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan, apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!



Boleh la nak baca tapi rasanya bukan untuk koleksi saya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...