Monday, November 28, 2022

Staycation 5/2022 : Sungai Buloh - MyHIV Forum dan LWOT Hot Spring

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya join kursus di KL 15-16/10/2022. Pendaftaran RM250 di bayar oleh unit. Perbelanjaan perjalanan ditanggung sendiri kalau tidak menggunakan kenderaan hospital. Hotel boleh claim ikut kelayakan. 25/9/2022 baru cari hotel. Kursus di Sungai Buloh. tak banyak pilihan hotel sekitar tu dan kebanyakannya dah fully booked hari saya nak buat payment. Minta husband yang carikan. Nanti dia yang nak stay dalam hotel masa saya kursus. Biar la dia pilih mana yang dekat dengan kemudahan supaya mudah nak cari makan dan jalan-jalan dengan anak. Lastly saya book :


Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Deluxe King Room

3H 2M RM389.22

Minyak RM75

Parking RM17 + 9


Saya ambil cuti 14/10/2022 dan Isnin dapat cuti gantian. 


14/10/2022 - Jumaat


Bertolak dari rumah 9.30 pagi. Nak elak jalan sesak sebab orang pergi kerja. 10.30 pagi stop di RnR Gunung Semanggol breakfast. Kami makan di Ramly Restaurant. Saya kongsi dengan Auni nasi serai Ayam Grill. Anas demam dari malam semalam lagi tapi dia nak makan fries. Husband makan nasi serai dan ayam chicken chop. Semua sedap. Habis makan teruskan perjalanan. Jalan sesak di Changkat Jering - Kuala Kangsar. Repair jalan. Panjang la jugak sesaknya. Husband isi minyak di RnR Sungai Buloh. 


3 petang sampai hotel. Kecil je lobi. Check in. Bayar deposit rm100 dan boleh masuk bilik. Bilik cantik dengan warna hitamnya. Saiz tak la besar sangat. Buka pintu terus katil. Susah juga nak masukkan barang awal-awal. Muat untuk solat. Ada meja di sisi kiri kanan katil dengan cermin besar. Tiada wardrobe. Cuma tempat gantung baju dengan hanger, peti keselamatan dan mini fridge dan disebelahnya meja solek dengan set kopi. Cawan, mineral, kettle dan sudu disposable di sediakan. 


Katil king dengan 2 bantal. Walaupun masa booking letak 2 dewasa 2 kanak-kanak. Nasib la husband bawakan extra bantal dan selimut. Bilik bertingkap dengan city view. Bilik bukannya sound proof. Boleh dengar kenderaan lalu lalang dan hon sana sini. Toilet berasingan dengan shower. Hot water senang guna. Body shower built in. Banyak diletaknya. Senang dan mudah. Ada juga diberi toothbrush dan sikat.


Plan awal nak rehat then keluar. Tapi Auni dah lapar. Husband order makanan dari food panda. Dah ada makanan malas dah la nak keluar. Malam lak dia order Domino's Pizza. Restaurant Domino's sebelah hotel je. Malam tu tak keluar mana. Tengok netflix je semua.

15/10/2022 - Sabtu 


6 pagi bangun mandi dan solat. Parking kena bayar RM17. Husband hantar ke UiTM Sungai Buloh. Event saya full day sampai petang. Lepas hantar saya, husband beli breakfast siap-siap dan balik hotel. Tak tau la apa plan dia dengan anak-anak.



Talk back to back dari pagi ke petang. Perasmian je jam 10.30 pagi oleh timbalan pengarah KKM dengan kehadiran pihak media. 5.30 petang habis seminar. Singgha Eco beli jajan. Pastu pergi makan di Kedai Nasi ayam Penyet.


Sampai bilik, bersihkna diri, solat dan makan ubat. Badan rasa tak sihat. Terus tidur. Husband bawa anak-anak ke rumah abang dia. 

16/10/2022 - Ahad

Mandi, solat dan kemaskan baju-baju yang dah pakai. Sampi UiTM 8 pagi. Seminar mula 8.30 pagi. Sama cam semalam talk back to back samapi waktu lunch pun drag.


Breakfast sedap. Semalam pun sedap. Lepas lunch saya call husband pick up. Lepas solat terus shoot ke Tambun, Perak. Sampai LWOT, pergi kaunter tanya dulu boleh masuk ke tak guna Annual Pass. Bila staf kata boleh masuk baru pergi kereta kemas barang.


Baju mandi semua ada. Seluar saya je tak de. Saya tak plan nak mandi. Badan dah mula rasa tak sihat. Pakai je seluar tidur semalam dan teman Anas Auni. LWOT tengah buat persiapan untuk Halloween. Masa kami masuk dah hampir jam 6 petang. Sempat la naik carousel.


Lepas tu terus masuk Hot spring. Tak ramai orang. Layan la Anas Auni kejap nak mandi kolam kanak-kanak. Kejap nak mandi surf beach, kejap hot spring. Dah mandi pakat lapar. Husband beli nasi kandar set ayam RM12. Saya beli 2 set sosej. RM 15 per set. 1 set ada sosej, air dan whipped potato. 


Lepas makan saya pergi tukar baju. Tak tahan sejuk. Husband pun sama. Anas Auni je nak mandi lagi. Then kami pergi kumpul di tempat Fire Show. Show mula 9 malam. Pergi awal sebab nak tempat duduk strategik. Hbais fire show, salin baju Anas Auni dan terus gerak balik.


Stop RnR makan. Anas Auni lapar. Husband belikan nasi tomato dan nasi ayam. Saya minum kopi panas je. Selesai semua terus gerak balik. 1.30 pagi sampai rumah.





No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...