Monday, December 19, 2022

Staycation 6/2022 : Konvokesyen Ulu Kinta & Lost World Hotel



Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Entri saya saya dah taip awal² tetiba hilang masa edit. Saya dah lupa bila nak taip semula. Ogos dapat info yang boleh semak nama untuk konvo, isi kehadiran dan buat bayaran RM300. Tarikh Konvokesyen 28 Oktober 2022. Kemudian saya beli voucher hotel di Matta Fair. Cari photographer, pakaian untuk hari konvo dan phoroshoot. 


27 Oktober 2022 - Khamis



Tiada cuti tanpa rekod yng diberikna untuk urusan konvokesyen. Saya ambil 2 hari cuti. Hari ni ada sesi taklimat dan pengambilan jubah dari 9pagi - 3 petang. Gerk dari rumah 8 pagi. Sesak-sesak di jalan waktu orang pergi kerja. Sampai di ILKKM Sultan Azlan Shah lebih kuran 10 pagi. Anak-anak tidur. Saya je yang turun. Pendaftaran bagi IC dan semak details. Betul semua data dapat kad yang ada bar xode, pelekat kereta dan 2 pas tetamu. Kemudian kena masuk untuk taklimat.



Kena tunggu dewan ramai orang baru taklimat mula. Taklimat tentang perjalanan program esok. Kena bawa sling bag untk letak phone, kad jubah, kad barcode. Nak masuk pintu mana, parking mana, apa yang eprlu buat atas pentas. Dan lain² peraturan. Dah hbais taklimat terus ambil jubah dan mask. Lepas check semua cukup terus saya ke kereta. 

Masa ni WhatsApp dengan photographer, Angah. Awalnya deal untuk jam 5. Then diawalkan sebab musim hujan petang-petang sekarang. Dari kul 2 ke 12 tengah hari. Plan nak terus shoot tapi jubah kedut. Angha suggest pergi iron di kedai dobi area Gunung Lang. Kedai ke2 baru terima jubah saya. Sementara tunggu jubah diiron kami pergi makan di kedai berhampiran. 



Lepas habis makan, pergi ambil jubah yang dah siap iron. RM15 untuk iron. Rm4 untuk kemeja husband. Terus drive ke Gunung Lang. Elok je parking dan Angah belum sampai. Sempat la saya siapkan Auni. Husband siapkan Anas. Terus shoot area yang tak de orang. Ada juga beberapa orang tengah shoot situ.


Tetiba hujan. Masuk bawah bumbung, Angah cakap tak elok lak gambar sebab ramai orang. Mujur hujan stop dan kami teruskan shoot. 2 kali saya rasa nak pitam. Entah sebab cuaca atau saya yang berpeluh-peluh dengan baju kurung, jubah, tudung, topi. Tak sampai sejam pun saya minta stop. Memang dah rasa tak mampu. Angah pun kata nampak saya pucat. Angah janji bagi gambar malam nanti.


Masuk kereta, buka jubah, topi, tudung dan hala aircond ke muka. Lepas tu baru rasa ok sikit. Terus ke hotel untuk check in tapi husband singgah beli makan siap-siap dengan jajan. Dia malas nak keluar dah kalau Anas Auni lapar. Sampai lobi Lost World Of Tambun Hotel tengok ramai orang. Beratur dalam 15 minit baru selesai semua. Kena bayar deposit. Selesai urusan lobi,  husband parking kereta dan masuk bilik. 




Sampai bilik terus mandi. Rasa badan melekit dan busuk.  Kemudian Solat dan rest. 6 petang ingat nak masuk LWOT Hot Spring tapi hujan lebat. Lepas solat Maghrib, hujan dah reda. Kami jalan dari hotel ke entrance LWOT. Di Entrance saya tanya staf boleh tak guna annual pass untuk entrance sebab sekarang tengah ada event Halloween, Scream Fest. Staf cakap boleh dan terus cari orang nak bagi tiket entrance kami yang dapat masa check in.






Scream Fest boleh masuk 8.30 malam. 8.45 baru start show. Lepas show boleh masuk ke attractions yang sedia khas untuk Halloween. Semuanya seram la. Auni takut. Kami masuk 2 attractions je then lepak depan pentas. Malas dah nak jalan. Kemuncak show adalah fire show. Memang cun apinya. Best tengok. 



Habis show Anas Auni nak mandi Hot Spring. Sementara tu saya dan husband discuss menu untu dinner. Malas nak keluar hotel dah lepas masuk bilik nanti, order foodpanda je. Masuk bilik, mandi dan makanan sampai. Lepas makan tidur. Pagi esok nak kena gerak awal. Kena ada di ILKKM SAS 7 pagi walaupun event mula 9 pagi.



28 Oktober 2022 - Jumaat


Lepas Subuh husband hantar saya ke ILKKM. Hujan pagi tu. Berpayung la husband dan saya dari kereta ke kawasan berbumbung. Licin, jauh, becak dan usung jubah. Banyak betul cabaran. Then husband terus balik hotel semula. Hotel ada breakfast dan Check out 12 tengahari. Sampai ILKKM saya tercari-cari tempat berkumpul sebab masa taklimat arahan masuk ikut pintu belakang bukannya pintu depan. 





Tanya orang sana sini, jauh la jugak berjalan. Nasib la masuk pintu terus nampak coursemate. Pakai jubah, borak-borak, bergambar. 2 tahun tak jumpa kan. Banyak la kisahnya. 5 orang je yang hadir konvo dari 25 yang belajar sekali. Selepas sejam baru dipanggil beratur masuk untuk ke dewan utama. 


Berarak masuk ke dalam dewan, ambil tempat, bergambar lagi, menunggu ketibaan VIP. Selepas VIP tiba, nyanyian lagu negaraku dan majlis bermula. Mujur tiada ucapan. On time majlis mula. Sidang pertama adalah graduan basic. Habis pelajar basic semua rehat. Tapi tak boleh keluar. Ada persembahan nyanyian. Masa ni group kami dipanggil untuk bersedia tepi pentas. Masa ni saya ditegur supaya alihkan beg ke side kiri sebab nampak tak elok atas pentas. Susah la nak alihkan beg dengan jubah, selendang, topi. Sudahnya saya buka beg dan tinggal tepi meja urusetia sekali dengan handphone. 



Selesai naik pentas, kami kembali semula ke tempat duduk. Malangnya beg tak boleh ambil selagi majlis belum selesai. Tak dapat nak update husband untuk check out. 10.30 pagi majlis selesai dan kami berarak keluar dewan. Kena tunggu tetamu selesai keluar dewan baru dibenarkan masuk semula dewan. Dah ambil beg dan call husband.


Husband tengah kemas barang. Belum check out. Anak-anak pun belum bangun. Sementara tunggu husband saya pusing la sekitar ILKKM. Ada gak jumpa kawan-kawan mana yang belum balik, mana yang datang ambil jubah. Sempat la bergambar dan tolong mereka ambil gambar dengan keluarga masing-masing. 


12 tengah hari baru husband sampai. Masa ni ILKKM dah sesak sebab graduan sesi pertang dah sampai. Belikan air dan makanan untuk diorang sebab semua pun tak makan lagi. Kami terus balik, Stop RnR solat dan mandi. 4 petang sampai Taiping. Husband singgah beli Yong Tau Foo. 6.30 petang sampai rumah. 









No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...