Thursday, March 2, 2023

Review Drama : The Glory


Drama pertama tonton 2023. 8 episod je untuk part 1 ni. Kena tunggu part 2. Permulaan agak slow. Saya stop episod 1 dan tengok filem lain. Tapi ramai cakap best, saya gigih tengok gak. Selepas episod 5 baru rancak. Dan tak sabar nak tau next. Malangnya cerita tergantung. Kena tunggu episod 9 bulan 3 nanti.

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah yang bercita-cita menjadi arkitek. Dia menjadi mangsa keganasan sekolah menengah yang dilakukan oleh rakan pelajarnya. Dia berhenti sekolah menengah kerana buli. Dia kemudian merancang untuk membalas dendam terhadap mereka dan juga orang yang menjadi saksi namun tidak melakukan apa-apa.
Setelah dewasa, salah seorang pendera itu telah berkahwin dan mempunyai anak. Kanak-kanak itu kini adalah pelajarnya. Episod balas dendamnya bermula dengan mendekati suami dan anak kepada musuhnya. Berjayakah dia?

Best kisahnya walaupun ada ganas-ganas sikit.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...