TAJUK:- TAK MAMPU MENJAGA CINTAMU - Ayumi Syafiqah
JUMLAH MUKA SURAT : 582
BLURB:-
Cinta yang hadir bukan untuk melemahkan jiwa, tetapi untuk menguatkan hati menjalani hari-hari yang mendatang. Kerana itulah, Anatasya memilih untuk menerima Naqiu dalam hidupnya biarpun cintanya pernah dipermainkan lelaki itu lima tahun yang lalu. Dia cuba memujuk hati untuk memaafkan dan memberi peluang kepada diri untuk bahagia sekali lagi.
“Abang rindukan Tasya yang dulu. Tasya yang sentiasa ceria bila jumpa abang, Tasya yang tak pernah lekang dengan senyuman, Tasya yang suka ketawa, Tasya yang pandai ambik hati abang, Tasya yang tak pernah ragu dengan abang.” – Naqiu.
Itu yang Naqiu mahu dan itu juga yang cuba ditunaikan demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, hanya kerana satu insiden, kepercayaan yang mula dibina Anatasya musnah dalam sekelip mata. Cinta yang hadir untuk kali kedua nyata tetap tidak mampu dijaga dengan sempurna.
“Dia tak pernah berubah. Dia masih Naqiu yang dulu, yang tak pernah tahu menghargai, yang hanya tahu melukakan hati aku.” – Anatasya.
Kata maaf yang dihulur hanya dipandang sepi. Naqiu lelah sendiri. Andai melangkah pergi mampu mengubat luka di hati, untuk apa dia terus setia di sisi?
“Kenapa harus memilih jalan derita sedangkan jalan bahagia ada depan mata?”
No comments:
Post a Comment
Thanks :)