Friday, July 21, 2023

#RumahAnS : Pasang Epoxy Flakes di Bilik air

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Awal Julai 2023 saya ke Home Fair di Spice Arena. Asalnya pergi Travel Fair tapi serentak ada 2 event. Singgah sekali. Jumpa booth epoxy Flakes ni. Sembang-sembang dengan Sales Assistant, tanya harga, negotiate dan booking. 2 minggu sebelum ni, saya ada tengok di event lain tapi staf busy tak layan kami. 

Harga yang kami dapat 

1 warna RM900
2 Warna RM1000

Kami nak buat untuk 3 bilik air dalam rumah. 2 bilik air 1 warna, lagi 1 buat 2 warna. Total harga RM2850. Last price dapat RM2800. Bayar deposit RM100 dan terus set date untuk staf datang pasang. Baki bayaran di bayar selepas siap semua. Saya Minta staf datang pasang Isnin dan Selasa. Kena buat 2 hari berlainan, sebab lepas pasang epoxy tak boleh gun tandas selama 8 jam. 

Hari pemasangan pertama, Isnin, husband tunggu. Ikutkan appointment 2 petang, staf sampai 3 petang. 2 orang staf. Masing-masing buat seorang satu bilik air. Habis semuanya dalam 5.30 petang. Hari pertama kami minta buat dua bilik air atas. Dua² 1 warna. Toilet kami tak guna sampai esok pagi. 

Hari kedua, Selasa hanya seorang staf datang. Bilik air bawah 2 warna. 7.00 malam baru siap semua. Baki bayaran kami bayar tunai pada pekerja. Esok pagi baru kami guna bilik air bawah.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...