Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli di PBAKL 2023. Lama dah 'add to cart' di Shopee tapi tak check out. Masa PBAKL ada diskaun 30%. Tak fikir panjang, terus grab. Karamel dah pernah baca dalam kompilasi cerita novel Jemari Seni dulu. Sama je jalan cerita ada ubh sikit-sikit ikut peredaran zaman dan ada penambahan sikit ending. Gaya bahasa tulisn Nasz santai. Dua² cerita pun ok, sedap di baca.
Karamel - Nasz
Ana menjadi secretary & document apa ntah untuk Encik Arif. Tapi Arif ni suka cari pasal. Benda ntah apa aap dia suruh Ana buat. Pernah dia suruh Ana tukar tayar kereta, hantar dia balik Chemor, bancuh air, buat pembetulan ejaan jam 2.30 pagi dan banyak lagi yang tak logik akal. Padahal dengan Orang lain, elok je dia layan. Rupanya, Arif ingat Ana ni mak tiri dia. Sebab dia pernah ternampak Ana dengan ayah dia di hotel.
Dahsyat - Hani Fazuha
Kata Adelia, Azam Haqq itu adalah lelaki merbahaya. Menakutkan tetapi dalam waktu yang sama, sangat melindungi.
Kata Azam, Adelia itu adalah Ariana, wanita jelmaan yang muncul dalam hidupnya suatu ketika dulu dan merosakkan fungsi otaknya.
“Kenapa kau tinggalkan aku dulu?” – Azam.
“Saya Adelia Farhana, bukan Adelia Ariana.” – Adelia.
Cinta dan dendam buatkan Azam mahu terus hidup dalam kekeliruan. Adelia harus menjadi seperti apa yang dia mahu.
“Saya dah jadi isteri awak, Azam. Apa lagi yang awak mahu?” – Adelia
“Tell me what I have to do to deserve you.”- Azam.
Setelah apa yang berlaku, setelah apa yang Azam lakukan, layakkah dia meminta sesuatu yang tidak sepatutnya daripada Adelia?
Jika kita mahukan pelangi, kita perlu bersabar dengan hujan.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)