Plan nk ke Kelantan berkali-kali tertangguh. Alhamdulillah kali ni berjaya sampai. Trip JJCM. 2 minggu sebelum bertolak baru book hotel. Tak de proper plan pun macam-macam holiday sebelum ni. Trip redah je. Ada la save beberapa kedai mkan yang nampak orang share di social media
Hotel
Ibis Style Kota Bharu
family room
2 malam
9.9.2023 - Sabtu
Bertolak dari rumah 7.40 pagi. Stop breakfast di Baling. Kami berdua je makan. Anas Auni tidur dalam kereta. Lepas makan sambung perjalanan. Cuaca mendung. Tak hujan tak panas. Banyak kali stop, ke tandas, Auni muntah. Stop beli Pizza kat Anas di Tanah Merah. Masa tunggu pizza, saya ke Mr Froyo. Saja nak try sebab nampak ada orang beli aiskrim cam sedap je nampak. Beli saiz paling kecil. Small dapat la 1 topping. Saya pilih topping nestum dan ais krim tu boleh pilih nak yogurt atau strawberi. Saya pilih yogurt. Lepas bayar, staf bagi lagi satu, aiskrim strawberi dan topping coklat.
Pit stop pertama di Jeram Mengaji Agro Park. Nak bergambar je. Sebab katanya cam Kundasang. Tapi Kundasang pun tak pernah pergi. Tak tau la sama ke tak. Bergambar je kat sini dan teruskan perjalanan ke Hotel.
Stop kedai tepi jalan sebab Husband nak makan Mi celup. Dia sorang je makan. Saya kenyang lagi. Sampai hotel 4.30 petang. Kena bayar RM6 duit pelancongan negeri Kelantan. Deposit RM50. Bilik dah ready boleh terus masuk. Husband parking kereta. Parking ada dalam building dan luar bangunan. Tak de cas parking. Di Lobi ada welcome drink, sofa, reading area, kids area, vending machine. Boleh la layan diri. Ada yang berbayar, ada yang percuma.
Plug ada USB charger pot |
tak de mineral. guna mesin air je. suhu ada 4. mesin kopi kena bayar setiap capsule yg guna |
Masuk bilik, mandi dan solat. Lepas solat saya ajak husband ke kedai makan. Plan nak ke Suwarin Jinda Cafe. Tahu dah kedai ni sentiasa rami orang. Kami sampai dalam 6 lebih. Parking disediakan percuma. Lepas parking masuk kedai, ada kerusi untuk menunggu. Nampak ada tulis nombor giliran tapi tak nampak nombor. Pergi tanya di kaunter, staf ambil bilangan orang dan bagi nombor. Dapat nombor tunggu giliran di bangku. Lepas 10 minit nombor dipanggil. Terus duduk dan staf ambil order. Terus dapat resit lepas order.
Paling cepat sampai daging dengan miang pla seafood. Husband ingat set tu ada ikan tapi tak de. Tambah lagi satu set siakap. Set siakap sampai dulu, lain-lain belum sampai. Sebab lapar, kami makan dulu. Ingat nak tunggu semua menu sampai baru nak makan. Lepas 4 menu sampai baru air sampai. Mujur dah ambil air kosong. Separuh jalan makan baru sampai sup kosong, telur dadar dan nasi. Semua dah kenyang. Bungkus je bawa balik bilik. Sos dan daging sedap. Miang pla pao ikan ok. Mudah makan sebab tak de kulit ikan dengan garam tu. Sotong liat. Kerang ada yang busuk. Udang tu di rebus je. Lain² menu tak try. Masa kami makan orang makin ramai. Kat luar berbaris panjang. Habis makan singgah Kubang Kerian jumpa jiran jap bagi barang kirim. Pusing area Stadium, tak de pa pun nak singgah. Terus balik hotel.
10 September 2023 - Ahad
Lepas solat Subuh dan mandi, kami keluar untuk breakfast. Saya nak ke Kopitiam Kita. Nak makan Roti Titab. Parking disediakan area depan kedai. Kena jalan sedikit. Kalau nak parking sekitar kedai boleh, kena bayar duit parking Majlis. Tapi masa kami sampai tu, parking penuh. Masuk dalam kedai, masih ada beberapa meja kosong. Duduk di meja, ada kertas dan pensil. Layan diri. Order sendiri then staf datang ambil kertas. Air je staf order dan ambilkan. Makanan kena order dan collect sendiri. Saya dan suami order Roti Titab Klasik. HUsband makan nasi lemak juga. Auni makan roti jala. Anas telur separuh masak
Lepas makan, singgah ke Pasar Siti Khadijah. Auni nak beli key chain untuk kawan-kawan dia. Kami bertiga je turun. Dah dapat barang masuk kereta ke lokasi lain pulak. Saya nak ke Pantai Senok. Nak bergambar. 30 minit juga perjalanan. Jalan tak sesak. Dah masuk Kampung, Anas Auni nak makan. Stop kedai dalam kampung tu je. Anas Auni order Maggi Kari, husband order bihun celup.
Lepas makan kami ke Pantai Senok. Tak ramai orang. Kami cari port yang tak de orang. Stop dan bergambar. Kejap je. Dalam 10 - 15 minit. Lepas tu dah tak tau nak pergi mana. Husband ikut je maps yang ada tulis attractions. Then stop di Hattori Cafe. Sya ad shortlist kedai ni untuk JJCM. Tapi masa smpai ni kedai baru buka. Tak de sebarang menu lagi. Bergambar je depan tu then masuk kereta. Ingat nak pergi tempat lain tapi dah hujan. Terus balik ke hotel.
11 September 2023 - Isnin
Lepas Mandi, solat Subuh, packing barang dan ready untuk check out. 7.43 pagi selesai urusan check out.
Stop di Zawani Nasi kukus dan nasi berlauk untuk sarapan. Hajat nak nasi kukus tapi belum ada. Ambil nasi dan ayam goreng. Husband ambil bihun goreng, teh tarik. Total rm9.
Pagi ni kami plan nak ke Dabong. Drive je. Semalam dah study serba sikit. Ikut je maps. Rupanya dah laluan nak balik utara. Di Tanah Merah je terus ke Kuala Krai. Kalau nak balik Penang kena ke Jeli. Laluannya ok, tenang. Kmi sampai di Dabong
wah...bestnya...linda mmg lama plan trip ke pntai timur...tp tak jadi2 lagi...kene tgu husband pencen baru boleh on...
ReplyDeleteBanyak tempat nak explore kat Pantsi Timur. Sekali pergi mesti tak cukup nak cover semua
Delete