Monday, November 20, 2023

Staycation 7/2023 - MRoof Hotel + LWOT + Bagan Datuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hotel ke 7 kami check in tahun 2023. Plan asal nak ke Kelantan sempena. Cuti Awal Muharram hari Rabu dan terus lajak sampai weekend. Tapi Anas dan Auni ada ujian pertengahan tahun. Mujur belum book hotel. Cuti pun saya cancel dan decide ke Ipoh je. Annual Pass expired next month. Nk explore LWOT lak. Rabu baru cari hotel. Weekend dan short period, maka tak banyak pilihan hotel dengan kriteria yang saya nak.

Plan nya nak ke Ipoh lepas Solat Jumaat. Mungkin sampai petang atau Maghrib. Hotel area bandar yang banyak pilihan. Area Tambun tak banyak dan Tambun susah juga nak cari makan malam yang best. Sabtu nak berkubang dalam LWOT mungkin sampai malam atau siang saja. Ahad check out hotel dan nak jalan-jalan sekitar Ipoh. Saya nak ke Tasik Cermin, husband ajak ke Bagan Datuk. Nanti kita tengok keadaan camna.


Saya book M Hotel & Resident, Deluxe room plus. Tengok gambar ada king bed dan sofa. Ok la untyk kmai 4 beranak.

21.7.2023 - Jumaat

Bertolak dari rumah 3 petang. Saya call hotel inform yang kami check in lewat. 4 petang singgah R&R Bukit Merah. Beli kudapan di Ramly Kiosk dan ke toilet.


Sampai hotel lebih kurang 5 petang. Saya ke lobi dan terus check in. Kejap je prosedurnya. Tak perlu deposit. Parking di sediakan depan hotel. Tak berbumbung dan percuma. Masuk bilik solat dan rehat. Saya dan anak-anak naik tingkat 12 ke swimming pool. Tak mandi pun. Saja tengok. Pool dalamnya 1.2 meter. Ada gym dan laundry room juga di sini. Sabun dan Softener disediakan. Lepas Maghrib kami keluar cari makan. 

Makan di Cafe Sungai Manjoi. Order set je untuk 2 orang makan. Ada ikan siakap, sup ekor, udang goreng tepung, telur dadar, nasi dan air tembikai. Sup sedap. Lain-lain biasa je. Lepas makan husband bawa ke Kinta Riverfront. Pernah datang sini masa Anas kecil. Just tengok tak singgah pun. Masing-masing letih. Drive balik hotel dan rehat.

22.7.2023 - Sabtu

Lepas mandi dan solat Subuh, saya siapkan pakaian Anas Auni. Plan nak ke Lost World of Tambun. Siapakn juga pakaian mandi, toiletries. Lepas anak-anak bangun, mandi dan cari kedai untuk breakfast. Just drive dan stop kedai yang jumpa tepi jalan area Tambun. Menu kami Nasi lemak, sambal sotong kering, roti bakar, mi kari dan bihun sup. RM27.80 harga sekali air.
Lepas makan terus ke LWOT. Park kereta dan masuk. Tak ramai sangat orang. Ada family day dan team building. Tukar baju dan ke Petting Zoo. Husband tunggu luar, saya bawa Anas Auni tengok haiwan. Ada bearcat, buaya, biawak dan banyak lagi yang saya tak ingat nama. Tak habis pusing pun sebab dah penat. Lagipun dah pernah masuk sebelum ni.



Kami terus ke Hippo Valley tapi Anas sangkut kat lombong bijih timah. Sudahnya patah balik ke tempat mandi. Bertukar tempat mandi sampai 5.30 petang. Tukar baju dan solat sebelum keluar cari makan. 

Makan malam di kedai Daud Tomyam area Stadium Indera Mulia. Order nasi, tomyam, udang petai, telur dadar. Bungkus juga kerabu megi. Balik hotel, solat dan tidur.

23.7.2023 - Ahad


Lepas mandi, solat Subuh kemas baju sebelum check out hotel. Plan nak ke Galeri Rumah Lat. Singgah sarapan dulu di kedai yang jumpa dalam perjalanan ke Baru Gajah. Order Mi kari dan bihun sup. Sampai di destinasi yng dituju. Ramai orang, weekday kan? Parking tepi jalan. Cuaca panas. Masuk percuma. Ada 2 tempat je. 1 rumah Kampung Boy. Kena beratur nak masuk. Panjang barisnnya. Satu lagi Galeri. Ni boleh je masuk banyak mana orang pun. Kena buka kasut, berhawa dingin dan banyak bahagian. 

Ada bahagian sejarah Dato Lat, anugerah yang beliau terima, meechandise, karya beliau dan tayangan video. Nak bergambar pun tak boleh sangat. Orang ramai. Beli merchandise je iaitu Mug dan beg. Fridge magnet dah habis. Kemudian terus keluar dan pergi lokasi lain. 

Husband nak ke Bagan Datoh. Jauh jugak jaraknya. Dalam perjalanan kami singgah Kapal Korek Tanjung Tualang. Saja singgah nak tau tempat apa. Kapal Korek terakhir yang ada di malaysia. Boleh tour dalam tu. Boleh juga jalan dalam tu. Di sebabkan kami mengejar masa, tak masuk pun. Ada bayaran masuk dikenakan.

Kami teruskan perjalanan ke Bagan Datuk. Sampai sana, solat dulu then tanya di kaunter tiket tentang tempat-tempat dalam tu. Ada 3 tarikan utama iaitu Sunflower Garden, Aquarium dan 3D. Harga tiket dewasa Rm20 kanak-kanak RM15. Kalau just nak masuk Sunflowe Garden, harga tiket RM13 / RM10. 

Dalam sunflower Garden, bnayak spot OOTD. Sangat luas dan masa kami pergi tu cuaca panas. Berpeluh la. Dapat wristband untuk masuk. Ini antara gambar-gambar kami di dalam Sunflower Garden 



Dah habis pusing dalam tu kami ke tempat seterusnya Aquarium. Kena drive kereta pergi sana. Kecil je dalam akuarium tu. Dan dalam akuarium tu juga ada dinding 3d. Tak banyak pun gambar tapi boleh la. Ikut saya tak masuk pun xpa dalam akaurium ni. 

Dah habis pusing dalam akaurium kami ke dataran Bagan Datuk. Ramai orng kat sini. Nak parking pun susah. Kami tak kadi stop sini dan teruskan perjalanan pulang ke Penang.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...