Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun ke 11 kami buat photoshoot Raya dengan Krypicture studio. Diorang open slot terus book. Deposit RM50. Bagi date, time dan terus confirm. Hari kejadian lepas solat Maghrib terus masing-masing siap. Siap awal sebab nak take time nak pakiakan tudung untuk Auni dan sampin untuk Anas. Tepat 10 malam sampai studio tapi ada yang tengah shoot. Sembang-sembang dulu dengan Abang Keri sementara tunggu family tu settle. 10.30 gak baru mula sesi kami.
Ada 2 deco, 1 arabic, 1 moden. Kami pilih yang moden walaupun arabic tu cun. Rasa arabic tu tak kena lak dengan baju kami. Sesi photoshoot bermula jam 10.30 malam dan berakhir 1 jam selepas tu. Walaupun ikut poster shoot for 20 minit je tapi sambil shoot, sembang dan tak de orang lain queue, boleh la drag time sikit. Diorang lak nak make sure pose wajib ada. Contoh pose berseorangan, couple, anak2. Kalau nak request pose camna pun diorang layan je. Lepas shoot, bayar baki RM100, sembang-sembang jap dan gerak balik.
Lepas 3 hari dapat link untuk download gambar di google acount. 97 gambar ada. Tak semua jadi, ada yang sorang pejam mata, ada yang tengok ke lain. Tapi almost jadi la kebanyakannya.
lawa...tahun nie takde pulak buat photoshoot proper...nak photoshoot last je nanti ngan cik abg pakai uniform
ReplyDelete