Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni saya beli di Pesta Buku di booth Poreng Kertas. Sale RM10 satu. Grab je dan baca masa di hotel dan perjalanan pulang ke Pulau Pinang . Novel cetakan 2014, 10 tahun lalu. Penulis novel pun masih muda dan ini novel pertamanya. Bahasa budak² sekolah. Penulisannya belum matang. Plot cerita juga masih bnayak yang perlu dibaiki. Storyline ok.
Sinopsis
Dhiya yang berkawan baik dengan Faris dari Matrikulasi. Dari teman baik dia jatuh cinta pada Faris tetapi Faris ada Aireen. Mika pula teman sekolah menengah Dhiya, hubungan mereka tidak baik. Selalu bergaduh. Jodoh mereka kuat bila mereka ditempatkan bersama di Matrikulasi dan UMT. Kebetulan pula ibu masing-masing berkawan baik. Mika tahu Dhiya cintakan Faris. Selepas Aireen dan Faris bertunang, Dhiya luahkan perasaan pada Faris semasa Faris ingin melanjutkan pelajaran ke Luar negara. Adakah cintanya berbalas?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)