Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Novel nukilan Farah Hussin terbitan syarikatnya sendiri. Saya beli semasa di Pesta Buku 2024. Kisah cinta, cliche cuma cara penulisannya buat kan saya masih membaca selain tiada kisah xxx. 2-3 minggu juga saya ambil masa untuk habiskan. Menunggu mood juga nak teruskan.
SinopsisPerkahwinan Wirda dan Emir bukanlah paksaan tetapi mereka juga tidak bercinta. Bagi WIrda, dia jatuh cinta pandang pertama pada Emir dan dia percaya itu semua aturan Allah. Di samping menerima arahan ayahnya, Dato Ali. Dia berharap Emir juga sama sepertinya tetapi Emir pula ingin menikahi kakak tiri, Wirda iaitu Nadia. Walaupun dia sedar yang terima lamaran adalah Wirda bukannya Nadia, dia tetap terukkan pernikahan. Mereka tinggal sebumbung tetapi umpama teman serumah. Wirda sedar, Emir tidak cintakannya. Apatah lagi, dia ada terdengan perbualan Emir dengan temannya yang Emir menyesal menikahinya. Dia nekad meminta Emir menceraikannya. Penceraian itu mwnjadikan hubungan Wirda dengan Dato Ali yang sedia teruh menjadi lebih keruh. Wirda keluar dari rumah dan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Selepas 2 tahu, Emir kembali dan mengajak Wirda berkahwin semula. Adakah Wirda menerimanya? Apakah niat Emir kali ni?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)