Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, October 12, 2024

Review Novel : Miss Nina Cucu Tok Pa

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni saya beli di PBAKL 2024. Saya bayangkan ada magik tetapi kisahnnya biasa-biasa saja.

Sinopsis

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?

Friday, September 6, 2024

Review Novel : Masih Berharap



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Novel nukilan Farah Hussin terbitan syarikatnya sendiri. Saya beli semasa di Pesta Buku 2024. Kisah cinta, cliche cuma cara penulisannya buat kan saya masih membaca selain tiada kisah xxx. 2-3 minggu juga saya ambil masa untuk habiskan. Menunggu mood juga nak teruskan. 

Sinopsis

Perkahwinan Wirda dan Emir bukanlah paksaan tetapi mereka juga tidak bercinta. Bagi WIrda, dia jatuh cinta pandang pertama pada Emir dan dia percaya itu semua aturan Allah. Di samping menerima arahan ayahnya, Dato Ali. Dia berharap Emir juga sama sepertinya tetapi Emir pula ingin menikahi kakak tiri, Wirda iaitu Nadia. Walaupun dia sedar yang terima lamaran adalah Wirda bukannya Nadia, dia tetap terukkan pernikahan. Mereka tinggal sebumbung tetapi umpama teman serumah. Wirda sedar, Emir tidak cintakannya. Apatah lagi, dia ada terdengan perbualan Emir dengan temannya yang Emir menyesal menikahinya. Dia nekad meminta Emir menceraikannya. Penceraian itu mwnjadikan hubungan Wirda dengan Dato Ali yang sedia teruh menjadi lebih keruh. Wirda keluar dari rumah dan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Selepas 2 tahu, Emir kembali dan mengajak Wirda berkahwin semula. Adakah Wirda menerimanya? Apakah niat Emir kali ni?

Friday, June 7, 2024

Review Novel : My Mistakes


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel Prolog Media, karya Lynn Dayana. Beli masa di Pesta Buku 2023. 

Kisah cinta Ayra dan Raimi terputus selepas 6 tahun tapi masing-masing tak move on. Ayra berdendam dengan Raimi kerana tinggalkan dia tapi Ayra tak tahu, Raimi tinggalkannya atas arahan Komander, ayah Ayra. Ayra pula sentiasa rebel bila semua yang dia nak, tak dapat. Tetapi sejauh mana pun mereka larikan diri, koordinat mereka masih sama. Dan arahan Komander, sekali lagi Raimi terima, "Jauhkan diri dari Ayra".
Adakah Raimi mengikut arahan orang atasannya? Atau dia nak teruskan ikut kata hatinya?

Karya LD, adalah susah nak letak. Dah mula baca tu, memang cepat-cepat nak habiskan.

Thursday, May 23, 2024

Review Novel : Our Scar



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Koleksi novel dari Acik Lana, macam biasa kisah hero heroin perfect dari segi fizikal dan peribadi. Jalan cerita ok. Tak cliche.

Sinopsis

Keterlaluankah impian Elaina? Dia hanya inginkan kehidupan normal seperti orang lain. Berkahwin, memiliki zuriat dan bahagia sehingga ke hari tua. Malang sekali kesilapannya bermula sejak dari langkah pertama. Dia tersalah memilih suami! Akashah yang tidak pernah ikhlas sangat licik memanipulasi dirinya. Elaina benar-benar rasa tertipu. Dia telah diperdaya tanpa sedar!

Dicurangi berulangkali, diceraikan atas alasan yang remeh, semua itu belum mampu mengecewakan hati batu Elaina. Namun bila satu-satunya cahayamata dibawa lari oleh si bekas suami, langit seperti runtuh menyembah bumi. Seribu emosi meledak dalam pergelutan menuntut haknya sebagai seorang ibu.

Rahsia besar, identiti sebenar, satu per satu mula tersingkap sepanjang perjuangan epik ini. Ternyata Akashah sudah tersalah memilih sasaran. Elaina yang disangka mudah diperlekeh dan dipergunakan, rupa-rupanya jauh lebih ganas dan buas. Brutal. She’s violent!

Zack Iman yang turut terkait dengan Akashah muncul disaat konflik bekas pasangan suami isteri itu mula memuncak. Sifat berbeza Elaina membuatkan Zack Iman benar-benar tertarik untuk menggali sejarah silam gadis itu. Dia yakin ada rahsia lama telah dikuburkan oleh Elaina. Lalu ditawarkan diri menjadi ‘sidekick’ demi menumpaskan niat jahat Akashah.

Namun tangan yang menghulur bantuan berubah menjadi pegangan yang tak mungkin dapat dilepaskan. Zack Iman enggan berundur, enggan mengalah. Menurut kehendak hati, bermati-matian dia bergelut melindungi Elaina dari segenap arah. Malah mempertaruhkan nyawa sendiri umpama bukan lagi satu masalah. Dia memang sanggup!

Oh Tuhan, kegilaan jenis apakah ini? Cinta?

Jika sebegini hebat gelora cinta Elaina, Zack Iman rela berkorban berkali-kali. Biar hancur lumat segenap inci tubuhnya, dia tetap akan berdiri teguh di depan Elaina. Tegak. Takkan pernah berganjak.

“Don’t do something stupid. Because I will hunt you, and I will kill you!”

Itu amaran keras Zack Iman. Namun jelas sekali perjalanan penuh liku ini bukan mudah. Mampukah Elaina dan Zack Iman berdepan dengan ugutan serta keganasan si musuh yang jauh lebih berkuasa? Atau ada jiwa yang bakal terkorban dalam pertarungan yang tanpa kesudahan?

Monday, May 20, 2024

Review Novel : Log Cabin



 Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Novel Prolog Media yang dibeli masa PBAKL 2023. Kisah yang unik dan tak cliche

Sinopsis

Zara, seorang penulis novel yang baru saja kehilangan suami dan anak tersayang membawa diri ke log cabin untuk mencari ketenangan dan menyiapkan manuskrip yang tertangguh.

Namun tanpa disangka dia telah terperangkap dalam plot cerita yang sedang dikarang. Lain yang dirancang, lain pula yang berlaku.

Watak-watak utama dalam novel yang sedang dikarang tiba-tiba 'hidup' lalu mengancam emosi dan perasaannya.

“Saya ke sini untuk menyiapkan manuskrip saya. Tapi lain pula yang terjadi. Laptop saya kehabisan bateri. Nak cas tak boleh sebab tak ada elektrik di sini. Nak keluar tak boleh sebab jip rosak. Akhirnya saya tercampak ke dunia novel yang saya ciptakan sendiri.” ~ Zara

Ketenangan yang dicari di log cabin menambahkan sengsara yang sedia ada. Namun sebaik sahaja dia berjaya meninggalkan log cabin, satu demi satu rahsia terbongkar.

Monday, January 29, 2024

Review Novel : Dear Dahlia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli masa PBAKL 2023 atas suggestion penulis novel lain. Rupanya Calla Lily adalah Farah Husin. Not bad kisahnya. Masih ada cliche tapi acceptable dan bahasanya tak cringe.
Novel boleh juga dibeli di sini https://shope.ee/A9sR8Jw1n5

Sinopsis

Dahlia yang bwkerja sebagai tour guide di Langkawi dimint untuk jadi personal TA untuk Darren. Bekerja bersama Darren, dia perlu mematuhi beberapa syarat. Tujuan Darren ke Langkawi adalah untuk menjejaki ayah kandungnya. Perkenalan singkat tu buatkan mereka jatuh hati tapi masing-masing merahsiakan perasaan mereka. Hinggalah kedatangan ibu Darren menyebabkan hubungan mereka putus. Darren membenci dan berdendam dengan Dahlia tetapi Dahlia tidak membuka hatinya kepada mana-mana lelaki. Selepas 5 tahun, Dahlia membantu DD di stesen komuter dan kerana terhutang budi, DD ingin menjadikan Dahlia sahabatnya. Malang buat dahlia bila mengetahui tunnag Dahlia adalah Darren. 

Apakah kesudahan hubungan Darren, DD dan Dahlia?

Tuesday, January 16, 2024

Review Novel : Dongeng yang Sempurna


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blurp

“I hate birthdays. They just remind me of how old I am and how long I’ve been alone in my whole life.” – Azy Rania.
Sejak bertemu Farish Luqman, Azy mula percaya dengan cinta pandang pertama. Kehadiran Farish memberi satu sebab untuk dia tidak berasa sunyi lagi seumur hidupnya. Namun, tidak semudah itu jalan untuknya mengejar bahagia. Azy pasrah apabila dia tahu lelaki yang dia cintai dalam diam itu rupa-rupanya lelaki yang telah lama bertakhta di hati kakaknya sendiri. Sedar diri hanyalah watak ketiga dalam kisah cinta Maiya dan Farish, dia nekad mengundur diri. Farish pula pasrah melupakan cinta yang kian mekar untuk Azy.
Namun begitu, wasiat arwah ibu yang tidak pernah dikenali selama ini mengubah segala- galanya. Hakikat yang jodoh antara dia dan Farish sudah ditentukan bertahun-tahun lalu mengikat Azy dalam dilema. Menerima bermaksud mengkhianati. Namun jika itu satu-satunya harapan yang ada untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan mencari bahagia, Azy rela dibuang oleh keluarganya sendiri.
“Sebaik saja pernikahan itu sah, Azy bukan anak papa lagi.” – Aswad. 
Mahligai yang dibina nyata penuh dengan keindahan, sehingga takdir yang tercorak memaksa Azy untuk berkorban sekali lagi. Dia rela pergi buat selamanya andai itu dapat membahagiakan insan-insan yang dia sayang, yang pernah dia lukai. Farish terluka. Seolah-olah segala yang dia lakukan untuk Azy selama ini hanyalah sia-sia. Namun tiada apa yang mampu dia lakukan untuk membaiki semuanya.
Azy membawa diri, menjejaki sejarah yang ditinggalkan oleh arwah ibunya di bumi Australia. Mampukah pencariannya itu menemukannya dengan kebahagiaan? Atau bayang Farish akantetap menghantui hati dan fikirannya buat selama-lamanya?
“Abang tunggu Azy kat luar,” - Farish.
“Luar? Luar mana?” - Azy
“Luar hati Azy, tunggu Azy jemput masuk.” - Farish

Friday, December 8, 2023

Review Novel : Mimpikan Cinta Siri 4

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 


5 cerita bergabung di dalam satu naskhah.


• Kala Hati Dah Terjual – Lynn Dayana
Il luv you. I hate you. Rasa cinta berubah seiring masa bila hati ada banyak penjuru.

• Bahagia Milik Kita – Ella Affandy
Baru mengikat kasih sebagai suami isteri, Zachary dan Liana diuji dugaan. Mampukah pasangan ini membawa kisah cinta mereka ke pelayaran bahagia atau akan terus diamuk badai yang bakal menenggelamkan bahtera mereka?

• Jadi Gadis Pilihan – Illa Shanahila
Naina, gadis pilihan Tuan Adrian. Selepas pelbagai cerita buruk tentang Naina diketahui Tuan Adrian, adakah Naina masih menjadi gadis pilihan?

• Tersilap Cinta – Cik Amal Amina
Irsa dan Iyyad, dua nama yang ditakdirkan untuk bersatu. Tapi, adakah cinta itu milik mereka?

• Roti Gardenia Sambal Bilis – Najwa Ulfah Abdul Rahman
Pertemuan di taman tasik menemukan si pelukis 'bisu' dan si penulis tak bernama. Namun ada yang terjadi, buat si pelukis bisu menjauhkan diri. Bagaimana akhirnya kisah ini?

Thursday, November 9, 2023

Review Novel : Especially For You

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Novel ini saya beli di Pesta Buku hari tu. Rasanya beli di booth Poreng Kertas kot. Pertama kali rasanya baca karya Rin Ahmad. Ok, not bad. Saya suka. Dua-dua bukan kisah cliche.

Can't Fight This Feeling - FarahHusain. 

Kata Adam, first impression are lasting.
Gara-gara tanggapan pertama yang tak indah, layanan Adam pada Adiana tak pernah yang elok. Ada sahaja yang tak kena tentang Adiana pada mata Adam. Cara dia berpakaian, cara dia bercakap, sampaikan kasut yang dipakai Adiana pun serba tak kena di mata Adam. 

Kata Adiana, first impressions are always unreliable.
Pertama kali jumpa Adam, Adiana dapat rasakan dia adalah jejaka idaman kalbu. Tapi bila Adam layan dia dengan dingin, terus dia pangkah besar-besar. Elok-elok Adiana ada crush pada Adam, terus rasa nak crush sahaja jejaka itu secara literal!

Namun apabila takdir meletakkan kedua-dua mereka dalam situasi yang sukar nak dielakkan, mampukah mereka menukar first impression masing-masing atau kedua-duanya akan kekal dengan persepsi sendiri?

2. Love Is All Around - Rin Ahmad.

Ada tiga perkara yang Lia Arissa benar-benar positif pada kala perkataan positif sangat sensitif di zaman pandemik ini. 

Pertama, dia dah serabut sangat dengan teman serumahnya Laila yang asyik cari gaduh.
Dua, Alan Eusoff muncul dan memberi dia ‘rasa’ yang berbeza.
Tiga, si abang sangat tak sukakan Alan Eusoff.

Dia rasa dia boleh saja hadap Laila dan boleh menangi hati si abang walaupun dia tak pasti apa masalah mereka berdua tapi, perkara nombor dua itu dia sendiri ragu-ragu. Jadi wujudlah tiga perkara negatif apabila melibatkan Alan Eusoff.

Satu, apa signifikan Alan dengan kisah The Khadijah Wannabe dan The Men Misery?
Dua, bolehkah Alan buat dia lupa akan kisah cinta silamnya?
Tiga, apabila Arissa positif yang dia sukakan Alan dan setiap kali bersama kata Arissa, “Love feels easy and simple like breathing.” Malangnya balas Alan, “You are not my happy place.”

Positive vs. Negative. Yang mana satu pilihan Arissa?

Thursday, October 19, 2023

Review Novel : Kerana dia Aina Isabelle


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Novel yg dibeli di pesta buku 2023. Bukan dalam listsaya tapi sebab nak cukupkan bilangan buku untuk diskaun, saya grab ni hasil recommend dari staf situ. Kisah cluche kahwin paksa then fall in love. Saya ambil masa yang lama untuk habiskan bacaan. Banyak part xxx 
Saya tak rasa saya akan baca lagi novel ni. Bukan akan let go atau serah pada library.

Blurb

"Sekarang ibu dah tak ada. Aina tertanya-tanya
tentang apa yang Sarah pernah katakan sebelum ni."

Dengan rasa berat hati, Aina akhirnya meluahkan.
Mata Zafran membulat luas apabila nama Sarah 
disebut Aina. Sejak peristiwa Sarah memunculkan diri di rumah, tidak pernah sekali pun Aina bercakap mengenainya.

"Apa dia?"

"Betul ke abang akan ceraikan Aina bila ibu dah 
tak ada?" Aina memperlahankan suaranya.
Serentak itu, Zafran bangun terduduk.

"Jadi, itu yang sayang fikir selama ni?" Suara Zafran tiba-tiba meninggi dan bernada tegas. Riak wajahnya serius.

Aina mengetap bibir. Dia turut duduk berhadapan 
Zafran.

"Mungkin itu juga yang ibu fikir." Aina membuat 
kesimpulannya sendiri.

"It’s not going to happen, Aina Isabelle! And please stop the nonsense! Jangan fikir semua tu!" bentak Zafran tegas.

"Abang..."

"Sayang, tolong pegang dan percaya cakap abang. 
Setiap perkahwinan akan ada kepincangan di mana-mana, tapi percayalah cakap abang, kita akan cuba harungi bersama." Zafran menggenggam tangan Aina erat. Mahu Aina percaya dengan kata-katanya. Dia tidak dapat menjangka apa yang bakal difikirkan oleh Aina lagi selain kata-kata Sarah. Hanya masa yang dapat membuktikan 
segalanya. Dia benar-benar sayangkan Aina.

"Janji abang takkan tinggalkan Aina?" Zafran mengangguk lantas mengusap pipi Aina yang sudah dibasahi air mata.

"Seandainya satu hari nanti abang ada buat salah, 
melukakan hati sayang, abang merayu dengan sayang, tolong jangan tinggalkan abang. Don't ever dare think about it. Abang akan cari dan ikat sayang. Biar sayang tak boleh jauh dari abang. Biar sentiasa di depan mata abang." Zafran mencuit hidung Aina yang mula kemerahan. 

Lapang sedikit dada Aina mendengar luahan 
Zafran itu.

'Masakan aku boleh pergi jauh daripadamu, Zafran. Hati ini telah lama dirantai.'

"I love you, abang." Aina meluahkan isi hatinya yang tidak dapat disembunyikan lagi. Sungguh, dia amat mencintai lelaki itu.

"I love you more, Aina Isabelle.”

Wednesday, September 13, 2023

Review Novel: Mahkota Kertas


Novel yang dibeli ketika pesta buku. Beli sebab nak banya karya penulis. Saya ada baca beberapa karyanya sebelum ni. Not bad kisah ni. Laim dari yang lain. Banyak juga watak dalam novel ni.


BLURB

“I heard stories. Dah ramai pelajar kat sini yang ternampak hantu tu.” - Maissa
“Hantu apa? Pocong? Toyol? Puntianak?” - Shad
“Saya tak payah cari puntianak, sebab makhluk tu dah ada kat depan mata saya sekarang.” - Maissa
Bermula dengan dialog ringkas itu, hati SHAD FAKHIRI mula dicuri oleh gadis penuh misteri bernama NUR MAISSA. Apa saja dia sanggup buat untuk buktikan yang dia ikhlas untuk berkawan. Tapi ternyata Maissa bukan seperti gadis-gadis lain. Kalau biasanya mereka semua lebih memilih untuk keluar berjanji temu di restoran-restoran mahal, harapkan jambangan bunga ros atau teddy bear besar setiap kali merajuk, Maissa lebih suka memilih untuk melawat bilik mayat, mengunjungi rumah-rumah kosong yang dikaitkan dengan kisah-kisah hantu dan lepak di kawasan perkuburan. Nama gelaran gadis itu, Maissa the ghostbuster.
Pelik, tapi yang pelik itu jugalah yang buatkan Shad semakin jatuh sayang dari hari ke hari.
“Trying to prove that you’re not a damsel in distress?” - Shad
“What if… I’m the damsel who loves her distress?” - Maissa
Namun, di sebalik hati Maissa yang keras dan mulut yang sentiasa lantang bersuara, ada satu kisah silam pahit yang tersimpan jauh. Sepasang mata yang selalu merenung tajam itu jugalah yang menitiskan air mata hampir setiap malam. Tatkala jiwa Maissa kian rapuh, Shad muncul dalam hidupnya dan menjadi satu-satunya insan yang sudi meminjamkan bahu.
“Awak dah terlalu banyak menderita, May. Awak biarkan hidup awak tanpa rasa bahagia. Awak lalui hidup ni dengan cara awak sendiri tanpa peduli pun tentang orang lain. It’s time to change it. Face your fear and fight it. And when it’s over, I’ll be here waiting.” - Shad

Itu janji Shad. Mampukah janji itu terus dipegang hingga tiba masanya untuk Maissa belajar buka hatinya dan mula mengenal cinta?

Monday, August 28, 2023

Review Novel : Kompilasi siri 3 Mimpikan Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada 4 siri novel ni. Saya beli sebab setiap siri ada karya penulis kegemaran saya. Beli masa di pesta buku dengan diskaun. Tak ingat berapa diskaun tapi murah banyak dari Shopee.

4 cerita bergabung di dalam satu naskhah.

· Denda Cinta – Sufea Hareez
Misi Aqil, menjejaki kisah ayah kandung yang telah meninggal. Bila bertemu Aisha, hatinya jadi nanar, tingkah serba tak kena. Kerja gila Aqil menyebabkan Aisha dalam dilema. Jika silap langkah, dia bakal didenda.

· Begitulah Cinta – Hezzy Azra
Kerana hati sudah terpaut, Que sanggup memohon kerja di kafe milik Addra. Berbalaskah perasaan Que bila Addra hanya menganggapnya sekadar pekerja?

· Lelaki Itu – Nani Yuhanna
Memegang status bapa tunggal, Hilman tak pernah pasang angan-angan untuk bercinta lagi. Mampukah dibuka semula hatinya saat mengetahui cinta Kriesya padanya?

· Tak Terhitung – Hani Fazuha
Hajar yang polos. Ditinggalkan suami pun dia masih bersangka baik. Dan pertemuan yang tak disangka dengan Doktor Hadif mencipta satu dimensi baru dirinya. Namun, bahagia itu tidak mudah walau banyak jalan yang boleh dipilih.

Monday, August 21, 2023

Review Novel : The Sleepwalker


BLURB;

Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh! 

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu! 

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran. 

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia. 

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’. 

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran. 

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam? 

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja? 

Thursday, August 3, 2023

Review Novel : Senandung Kau dan Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli di pesta buku baru² ini. Saya beli sebab keluaran Prolog Media (PM). Ini novel ke 8 saya baca tahun ini.

Blurp : (c&p dari FB Prolog Media )

Sebuah kaset yang menggerakkan cerita cinta. Sebuah lagu yang mengembalikan kenangan lama.
Helmy dan Nilam berjanji untuk mengikat hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin. Namun, siapalah yang dapat menduga masa hadapan. 
Hubungan mereka terputus di tengah jalan. Bukan kerana orang ketiga. Bukan kerana cinta telah pudar, tetapi kerana Helmy hilang tiba-tiba.
Kehilangan Helmy menjadi tanda tanya apabila keluarganya juga turut keluar dari rumah mereka dan tidak dapat dijejaki. Nilam yakin ia ada kena-mengena dengan pesanan yang ingin disampaikan oleh Helmy malam sebelum lelaki itu hilang.
14 tahun kemudian, lagu kenangan mereka menemukan Helmy dan Nilam semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Mereka mendewasa dan menjalani kehidupan masing-masing tanpa satu sama lain.
Namun pertemuan semula itulah membuka semula satu per satu sebab kehilangan Helmy sekeluarga. Lebih mengejutkan ia berkait rapat dengan keluarga Nilam sendiri.
Dengan segala apa yang berlaku, dapatkah kisah cinta mereka bersambung kembali?


Bagi saya biasa saja kisahnya. Kisah unik, tak cliche tapi kurang menarik bagi saya.

Thursday, July 27, 2023

Review Novel : Tak Mampu Menjaga Cintamu



TAJUK:- TAK MAMPU MENJAGA CINTAMU - Ayumi Syafiqah 

JUMLAH MUKA SURAT : 582

BLURB:-

Cinta yang hadir bukan untuk melemahkan jiwa, tetapi untuk menguatkan hati menjalani hari-hari yang mendatang. Kerana itulah, Anatasya memilih untuk menerima Naqiu dalam hidupnya biarpun cintanya pernah dipermainkan lelaki itu lima tahun yang lalu. Dia cuba memujuk hati untuk memaafkan dan memberi peluang kepada diri untuk bahagia sekali lagi.

“Abang rindukan Tasya yang dulu. Tasya yang sentiasa ceria bila jumpa abang, Tasya yang tak pernah lekang dengan senyuman, Tasya yang suka ketawa, Tasya yang pandai ambik hati abang, Tasya yang tak pernah ragu dengan abang.” – Naqiu.

Itu yang Naqiu mahu dan itu juga yang cuba ditunaikan demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, hanya kerana satu insiden, kepercayaan yang mula dibina Anatasya musnah dalam sekelip mata. Cinta yang hadir untuk kali kedua nyata tetap tidak mampu dijaga dengan sempurna.

“Dia tak pernah berubah. Dia masih Naqiu yang dulu, yang tak pernah tahu menghargai, yang hanya tahu melukakan hati aku.” – Anatasya.

Kata maaf yang dihulur hanya dipandang sepi. Naqiu lelah sendiri. Andai melangkah pergi mampu mengubat luka di hati, untuk apa dia terus setia di sisi?

“Kenapa harus memilih jalan derita sedangkan jalan bahagia ada depan mata?”


Monday, July 24, 2023

Review Novel : Nafsu


Novel 7/2023

Nafsu - Ayumi Syafiqah 

Tiga saudara Waji, Nas, dan Umai mengikat sumpah untuk tidak bercerita tentang kejadian yang berlaku pada malam kehilangan Sari sampai bila-bila. Tragedi berdarah itu biarlah terkubur begitu sahaja.

Sepuluh tahun berlalu, semuanya berubah apabila Sari pulang ke rumah.

“Cik Sari… Cik Sari dah balik ke rumah.”
“Sari masih hidup,”
“Jadi dia tak mati malam tu?”
“Kalau pun dia tak mati malam tu, macam mana dia boleh survive sepuluh tahun dalam hutan tu? Sepuluh tahun! Tak masuk akal!”

Perjalanan Nashita mencari jawapan kepada kisah silam membawa langkahnya ke pintu Vila Mandura – sebuah vila kepunyaan keturunan keluarga Mandura.

Monday, May 1, 2023

Review Novel : Sebelum Lamaran Diterima

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel ini saya beli di Lazada. Murah banyak dari harga asal. Tak de recommend dari sesiapa atau mana-mana website tapi saya rasa nak cuba karya lain penulis ni. 


Sinopsis

They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself.
Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah.

“Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?”- Julia
“Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?” - Julia
“Sounds like a mummy’s boy.” - Cami

Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai. Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obsess dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati!

“Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type.”- Cami
“Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman.”- Kai

Bagi Kai, bertemu Cami bagaikan satu anugerah yang selama ini dinanti. Apatah lagi dalam masa yang sama dia sedang berdepan dengan dilema untuk menyertai konsert tribute buat arwah ayahnya, Allahyarham A. Iskandar, seorang penyanyi yang pernah terkenal suatu masa dulu. Bersama Cami, dia mula menelusuri kehidupan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dan mula membongkar rahsia yang selama ini tersimpan kukuh.
Hari demi hari yang berlalu, hati Cami yang tegas dengan prinsip mula goyah. Dia jatuh cinta tanpa sengaja!

“You sound like a jealous girlfriend,” – Kai.
“Good night, Kai.” – Cami.

Tapi sebelum lamaran diterima, Cami perlu jawab soalan hatinya sendiri. Betul ke cinta, atau suka semata-mata?

Monday, April 3, 2023

Review Novel : Kota


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ke 4 yang saya baca di tahun 2023 bertajuk Kota karya penulis Kamalia. Ini novel ke 2 hasil karya beliau. Saya beli di Shopee selepas saya search di FB karya-karya penulis ni. 

Sinopsis

Kisah Kesuma, wartawan portal hiburan untuk Negara Kota. Di Kota, rakyat dibahagikan mengikut taraf kad pengenalan iaitu platinum, emas, perak dan gangsa. Pengkelasan ini mengikut follower di media sosial mereka. Setiap rakyat Kota diwajibkan ada akaun media sosial tersebut. Kesuma cuba merungkai misteri kehilangan beberapa penduduk kelas bawahan dan celeb Kota yang lain. 

Agak berat ceritanya dan saya jumpa beberapa words yang saya tak pernah jumpa dan rupanya memang wujuk dalam DBP. Kisahnya agak slow. Saya stop beberapa kali dan mengambil masa 2 minggu untuk habiskan bacaan 

Tuesday, March 21, 2023

Review Novel 1/2023 : Kelab Duka Lara


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel keluara Prolog Media (PM). Saya tak perlu fikir 2 kali untuk membeli karya PM walaupun saya tak kenal penulisnya. Saya suka genre PM. Dah beberapa penulis baru saya kenal dari mereka dan terus hunting karya-karya lama mereka. Dan ini salah satu penulis yang saya baru kenal dan saya suka hasilnya 

Sinopsis

Kisah dongeng zaman dulu 'Batu Belah Batu Bertangkup' (BBBB) di gabungkan dengan kisah moden.
Zain Pekan yang disumpah oleh BBBB. Dia kena selesaikan 3 misi sebelum dibenarkan berjumpa dengan ibunya yang di telan BBBB. 
Misi terakhirnya dengan Dian. Dian juga membantu Zain menamatkan sumpah nya.

Kakau fikirkan tak sangka lak ada yang kreatif nak gabungkan kisah klasik dan moden dalam sebuah novel. Menarik.

Thursday, December 1, 2022

Review Novel : Dr. Alpha Male


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ke 26 yang saya baca tahun 2022. Novel ni hadiah semasa birthday saya yang lepas. Pertama kali saya baca karya Anjell. Best seller juga kebanyakan novelnya.

Sinopsis

Hazel, pelajar ijazah, dah bertunang dengan Iwan. Perkenalan dengan Hilman kerana kemalangan ais krim magnum bukanlah kenangan terinadah. Dan lebih malang, Hilman adalah pensyarahnya. Kejadian hitam di kampung menyebabkan hubungannya dengan Iwan putus dan dia mengalami Post Traumatik Disorder. Ditambah dengan beberapa adengan gangguan dari stalker fobianya pada lelaki bertambah teruk. Pinangan Hilman diterima oleh ibu bapanya. Namun hubungan mereka dirahsiakan kecuali kepada keluarga mereka.
Siapa stalker Hazel? Adakah semuanya dirancang?

Banyak penggunaan bahasa inggeris dalam novel ni. Bukan simple english word. Word yang saya perlukan Google Translate nak terjemah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...