Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Sambutan Hari Lahir Anas Syauqi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1 Mac lalu birthday Anas yang ke 6. Saya sibuk buat persiapan untuk sambung belajar dan sambutan birthday Anas di buat seringkas mungkin. Plan untuk buat sambutan di sekolah Anas je. Awal seminggu inform guru kelas nak buat sambutan dan akan bawa hidangan bihun dan kek. Survey barang untuk goodie bag. Birthday kawan² Anas ada bagi goodie, nanti Anas tak bagi goodie kesian lak dia. Plan itu ini sudahnya beli stationery set je kat Mydin.



Untuk kek plan nak order brownies tapi yg nak buat brownies tak free lak. Beli je kek sebiji di kedai kek harga RM10 sebiji. Plan nak beli petang 28hb tapi dugaan hari tu kereta tak dak nak kuar beli. Adik saya naik basikal pergi beli. Beli kek coklat yang tak heavy deco sebab nak bawa dengan basikal.


Untuk bihun bagi duit kat mak, request nak bihun putih dan pack dalam polisterin kecil. Saya tambah air kotak teh bunga. Sebab tak prepare awal, 2 hari sebelum majlis baru kalut nak cari air kotak. Tesco, Mydin semua mahal. Lastly saya beli kat Longwan. Kos yang di keluarkan.

Stationery : RM2 x 25
Bihun, packaging : RM50
Air kotak : RM3.49 x 5 (30 kotak)
Sudu, plastik : barang sedia ada
Jumlah : RM 117.45

1/3/2019 - Jumaat


Saya cuti hari ni. Lepas hantar Anas ke pra, just remind cikgu nanti nak hantar makanan 9.30 pagi. Mak dah siap masak, saya bantu tabur garnishing. Tunggu bihun sejuk sikit sebelum nak pack masuk plastik sekali air. Saya pack bihun + air kotak + sudu, garfu dlm plastik. Semua 25 pack masuk dalam box besar. Untuk cikgu Anas pack bihun dalam bekas plastik lebih besar bersama air kotak juga. Sampai sekolah, turunkan barang dan park kereta.


Usung la kami 2 orang ke kelas Anas yang kat hujung tu. Memang berat. Sampai sekolah diorang semua dah ready nak makan. Kami potong kek dulu kemudian Anas edarkan stationery set ke semua kawan-kawannya. Lepas tu baru semua makan. Masa sesi makan ni saya dah minta diri nak balik. Alhamdulillah, walaupun adhock, semuanya berjalan lancar.


Malamnya kami buat sambutan kecil-kecilan dengan semua ahli keluarga saya. Mak masak nasi ayam dan anas potong kek. Seronok la dia dapat banyak hadiah. Tak sabar nak buka. Dari siang saudara bagi hadiah, dia nak buka tapi saya tak benarkan.


Sekalikan je dengan Auni masa nak potong kek. Auni tu seronok tiup lilin je.
Birthday Auni hujung bulan ni. Saya dah dekat Kelantan, tak sempat sambut sekali. Mungkin balik lewat sikit celebrate kalau tak dak hal apa-apa.


Wednesday, April 4, 2018

Sambutan Birthday Auni Suraya 2 tahun


Asslamaualaikum dan salam sejahtera,
27/3/2018 genap umur Auni Suraya 2 tahun. Hanya sambutan kecil-kecilan saja antara kami berempat. Bajet kurang 😊


Lepas Maghrib bawa mereka ke Secret Recipe. Ambil 2 slice kek dan minta tulis sikit. Anas request nak sugar doll. Sebab birthday, layan la. Lepas tu pacak lilin. Lilin husband beli di kedai kek. Murah sikit banding ngan beli di secret recipe. Lepas tu order air dan snap photo mereka. Nyanyi sikit lepas tu tiup lilin. Seronok Anas dan Auni tiup lilin. Kek jangan kata la. Habis hancur lunyai diorang buat. Saya pergi tambah cordon blue. Padahal sebelum tu kata kat husband tak nak order. Banyak betul hasutan syaitan.


9.45malam balik. Kek yang dah hancur bungkus gak masuk dalam box. Sayang lak nak tinggal. Dah la mahal semua sekali. Nasib la birthday setahun sekali.


Friday, March 16, 2018

Anas turns 5 - sambutan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni 1 Mac 2018, genaplah usia Anas Syauqi 5 tahun. Alhamdulillah, dengan Anas kami timba pelbagai ilmu ke ibubapaan. Sama je macam ibu bapa lain bila ada anak sulung. Sekarang dia dah besar, dah jadi abang dan satu hari ni dia akan jadi pembimbing juga pelindung kepada kami dan adiknya.


Tahun ni tiada sambutan besar-besaran. Tahun lepas dah buat big celebration. Tahun ni cuma sambutan di Taska Kemas. Baru 2 minggu Anas di sana. Saja nak bagi dia rasa pengalaman lain. Biasanya kami sambut bersama keluarga. Dia pun dah 5 tahun, dah faham banyak benda. Saya beli sebiji kek coklat dan hantar masa minum pagi.


Saya cuti hari ini, 8 pagi hantar Anas ke Taska. Lepas tu selesaikan urusan Tabung Haji. Balik rumah balut fail Anas, 10 pagi ke Taska. Ingatkan minum pagi 10 pagi. Rupanya 10.30 pagi. Tunggu la sekejap kat situ. Nak ulang alik balik rumah malas dah. Kemudian cikgu panggil untuk snap gambar. Makanan dah hidang kat semua. Lepas bergambar, semua sambung makan. Saya pun gerak balik.


Birthday Anas Khamis, Sabtu malam kami pergi makan². Hanya kami berempat. Makan western. Plan nak pergi kedai lain, tapi bad review, pergi la kedai lain. Kedai yang biasa kami pergi. 2018 kami sambut secara sederhana. Hadiah janji bila dapat gaji. Macam biasa Anas nak mainan. Mainan masa bukan birthday pun ada beli.


Friday, December 9, 2011

Happy birthday hubby

Salam..
Hari ni 9.12.2011 birthday my husband yg ke 26.
Tak tahu nak celebrate camne, even husband pon bukan jenis celebrate.
Cake pon dia tak suka makan. TT____TT
Dah la saya tak leh kuar g beli present. hukhukhuk
Malam karang kita g dinner kat ur favourite port ye sayang ^____^

Wednesday, October 26, 2011

kisah birthday 2011 saya

salam..  **panjang kot entry saya ni**

scheduled entry lepas bercerita ttg birthday saya tahun ni.
spt dinyatakan disitu sy menjemput close friend tuk makan2 di rumah  saya.
tgh hari itu saya & hubby ke rumah Kak Ina tuk mengambil kek yg saya order.
actually tak sampai depan rumah pon. di tempat parking saja.
Kak Ina memahami keadaan saya. thanks kak.
siap bagi discount lagi. appreciate sgt..

saya order russian black & white cake
flavour chocolate & cheese. saya mmg suka coklat kek.
sy cuma bg flavour kek yg nak je. Kak ina suggest ambil kek ni. so sy proceed sj.
mmg tak de minta design kek ape pun. sy nk yg simple je. ye la, dah tua kan. ngeee
so ini lah kek nye.. 2.5kg. besar dan berat ok.




ptg tu kwn2 saya dtg.. hidang spageti bolognese, bihun grg, fries dan kek sahaja.
kek tu mmg sedap. tambah2 coklat yang atas tu.
i'm happy dapat lepak ngan my friends even sekejap saja.
dah lama tak jumpa mereka. dpt bertukar crita.
dah la hubby yang hidang makan. siap tolong mak grg fries, bancuh air.
sampai my friends ckp, hubby dah macam suri rumah.
hehehe.. love u sayang.. thanks

plan nak pergi makan seoul garden mlm tu tapi tak nak la membazir.
makanan banyak di rumah dan masih kenyang.
so esoknya (25.10.2011) saya fisio.
appointment jam 9 pg.
akibat keletihan kami berdua lewat bangun. 8.45 pagi baru sedar <(@__@)>
tak sempat sarapan. T___T

fisio habis dekat pukul 12 tgh hari gak (sy sorg je yg fisio lama2) huhu
hubby g beli kek masa saya tengah fisio (kek lagi)
actually saya mmg berniat nak bagi something pada staff wad sy keje & staff fisio.
dah birthday saya, bg kek je la. hubby beli 2 biji kek.
1 untuk staff fisio, 1 untuk staff wad saya keje.
then lg 2 pieces tuk pharmacist yang slalu tolong saya. thanks Josephine Teh ^__^

lepas setel semua hubby ajak g makan kat seoul garden.
dia cakap dia lapar. alalalala.. sian dia..
kan tak sempat sarapan. even minum air pon dia tak sempat. sy je sempat. ngeee
so gerak la kami ke seoul garden Auto City Juru.
staff sgt baik.. tolong buka pintu (standard kot kedai2 buka pintu ni)
dan tolong pegang saya masa nak turun tangga.
saya kan bertongkat. tangga seoul garden tu sgt tinggi ok.
lebih tinggi dr mana tangga saya pernah panjat.
masa nak turun dia pegang bahu saya dan jaga belakang.
hubby lak jaga depan sbb takut saya tersungkur. T___T

mmg nek termuntah saya bila makan kat seoul garden ni.
dah bleh makan tanpa limit kan. tp rasa macam skit je mkn bndg ngan before this dtg,
tak pe la. byr pon 50% je. ^__^
so jom layan gambar :)




dah lama tak tangkap gambar berdua cmni. huhu


tak nampak macam tak leh berjalan pon kan? heheh


hubby tlg pilih mknn tuk wife :)

Wednesday, September 8, 2010

..hadiah besday..

actually dpt hadiah ni 1hb september lg tp memandangkan xde mende nk wat so nk bercerita la..
besday aku lambat g.. ada lg sebulan setengah.
tp mak aku da kasi adiah besday...
adiahnye













abaikan parut chicken pox di tangan ku itu..

jam tangan..
mesti dia kesian tgok anak dia xde jam..
bkn x mau beli tp dah dua jam aku putus tali tahun ni..
putus yg bkn leh tukar tali, putus mcm terkoyak tu..
huhu.. sadis tol..
anyway, thanks mummy... heheh
dgr2 cite encik tunang pon nk bg adiah besday jam tgn gak..
nmpknye encik tunang kena pikir adiah len le...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...