Monday, August 14, 2023
Review Filem : Avatar The Way of Water
Monday, December 5, 2022
Review Filem : The School for Good and Evil
SinopsisDahulu kala, Rhian dan Rafal sepasang kembar mengasaskan Sekolah Kebaikan dan Kejahatan, yang dicipta untuk melatih wira dongeng dipanggil Evers dan penjahat dipanggil "Nevers masing-masing. Rafal menyerang Rhian menggunakan sihir darah kerana tidak berpuas hati dengan sistem sekolah mereka. Untuk mempertahankan dirinya, Rhian melempar Rafal dari tebing.Bertahun-tahun kemudian, di Gavaldon, Sophie dan Agatha belajar tentang sekolah legenda daripada pemilik kedai buku. Sophie yang obses dengan kisah dongeng meninggalkan sepucuk surat untuk Sekolah tersebut di sebatang pokok, dengan harapan dapat melarikan diri dari kehidupan kampung biasa dan menjadi seorang puteri. Beberapa malam kemudian, Sophie cuba melarikan diri dari Gavaldon secara rahsia. Apabila Agatha mengetahui dan cuba untuk campur tangan, seekor gergasi menyambar kedua-duanya dan membawa mereka ke Sekolah.Namun, yang mengecewakan mereka, Agatha digugurkan di Sekolah untuk Kebaikan manakala Sophie dihantar ke Sekolah untuk Kejahatan. Agatha membantah, ingin kembali ke Gavaldon, manakala Sophie mahu berpindah ke Sekolah untuk Kebaikan. Pada majlis mengalu-alukan, Agatha dan Sophie bertemu Tedros, putera paling popular iaitu anak Raja Arthur. Di perpustakaan, Rafal menjelma kepada Agatha, memberi amaran kepadanya supaya menjauhi Sophie. Agatha bertemu semula dengan Sophie dan mereka mencari Guru Sekolah Rhian dan pen Storian yang ajaib. Rhian memberitahu Sophie bahawa dia hanya akan membenarkan dia bertukar sekolah jika dia boleh membuktikan dirinya seorang yang setia dengan mendapatkan ciuman cinta sejati. Sophie menjadikan Tedros sebagai cinta sejatinya dan meminta bantuan Agatha.
Monday, October 17, 2022
Percy Johnson Sea of Monster
SinopsisDi Half Blood camp semua penghuni dilindungi dari anasir jahar dari sebatang pokok di panggil Thalia Tree. Tapi pelindung dah dirosakkan. Percy dan 3 lagi rakannya termasuk adik tirinya nekad mencari penawar untuk Thalia tree iaitu bulu kambing emas di segitiga bermuda. Berjaya kah mereka kerana semua yang meredah lautan itu tidak pulang semula.
Thursday, October 13, 2022
Percy Jackson & The Lightning Thief
SinopsisPercy Jackson penghidap disleksia dan ADHD di sekolah tapi mampu menyelam dalam air tempoh lama. Suatu hari dia diserang dan dituduh mencuri kilat milik Dewa Zeus. Percy dan ibunya dibawa lari ke hutan tapi ibunya tak sempat diselamatkan. Percy tinggal di Half Blood Camp. Di situ baru dia tahu yang ayahnya dewa. Siapa yang curi?
Monday, August 22, 2022
Review Filem : Doctor Strange in the Multiverse of Madness
SinopsisStrange bermimpi dia berlawan dengan villain bersama seorang budak perempuan. Dia mati semasa ingin mengambil kuasa budak itu. Bila tersedar dari mimpi dan budak tu wujud. Budak bernama America Chavez, ada keupayaan merentasi alam. Strange membantu America dari diburu Wanda kerana Wanda nak pergi alam lain untuk bersama dengan anak-anak.
Monday, April 18, 2022
Review filem : Red Notice
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Filem ni saya pilih masa nak lipat baju. Baru laju buat kerja kalau sambil menonton. So pilih filem random je. Mana yang Netflix suggest saya buka je. Beberapa filem gak saya pilih. Tengok sikit cam tak best, cari filem lain lak. Akhirnya filem Dwayne Johnson gak menjadi pilihan saya.
Sinopsis
John Hartley berusaha keras untuk menangkap pencuri barang-barang seni, Sarah Black. Dia menyamar untuk memerangkap Sarah tetapi misi Hartley gagal. Malah Sarah memerangka Hartley seolah-olah Hartley yang mencuri harta tersebut sehingga dipenjarakan. Hartley dianggap sebagai penjenayah dan diberi 'Red Notice'. Di dalam penjara, Hartley meminta bantuan Nolan Booth yang juga pencuri barang seni yang bukan calang-calang. Mereka berdua berkerjasama. Mereka merancang untuk menangkap Sarah semasa Sarah cuba mencuri Telur Cleopatra. Berjayakah mereka memerangkap Sarah?
Saya recommend filem ni. Ada plot twist.
Thursday, April 14, 2022
Review Filem : The Princess Switch 3 Romancing The Star
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Filem ini saya tonton selepas marathon filem yang sama sebelum-sebelum ni. Rasa nak santai-santai boleh la tonton. Tak yah sesak kepala nak fikir. Boleh gelak-gelak.
SINOPSIS
Apabila harta warisan kerajaan dicuri, Permaisuri Margaret dan Puteri Stacy meminta bantuan sepupu Margaret, Fiona untuk mendapatkannya semula. Fiona yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahannya dalam filem lepas sanggup menolong dengan syarat kawan-kawan baiknya juga ikut turut serta. Fiona meminta bantuan bekas kekasihnya yang mahir dalam 'hacking'. Dapatkah mereka menyelamatkan barang bernilai tersebut tanpa kantoi?
Recommend
Monday, April 4, 2022
Review filem : The Christmas Chronicles 2
SinopsisKate dan Jack (saudara tirinya) sedang bercuti dengan ibu bapa mereka di pantai. Dalam perjalanan pulan ke hotel, kenderaan yang mereka naiki memasuki lingkaran waktu. Mereka jatuh ke Kutub Utara, dimana Santa dan isterinya tengah sibuk membuat persiapan Krismas. Santa membawa Kate dan Jack mengelilingi kawasannya. Rupanya kedatangan mereka berdua ke Kutub Utara telah dirancang oleh Belsnikel. Dia merancang untuk mencuri bintang di pokok Santa Claus dan ingin membuatkan semua orang melupakan Krismas. Santa meminta bantuan Elf untuk menghentikan rancangan jahat Belsnikel. Dapatkah Kate dan Jack menghalang Belsnikel?
Thursday, March 31, 2022
Review filem : The Christmas Chronicles
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya kalau boring, memang suka cari filem yang boleh buat saya tersenyum. Dari kecil saya suka filem yang fantasi dan magik. Jom tengok ulasan saya tentang filem ini.
Sinopsis
Selepas kematian ayah mereka, Teddy tidak lagi mempercayai Krismas. Dia berhenti menulis surat kepada Santa Claus. Tetapi tidak kepada adiknya Kate. Kate percaya pada keajaiban hari Krismas. Satu malam, Kate ajak abangnya Teddy merakam video semasa Santa datang memberikan hadiah kepada kanak-kanak. Tanpa sengaja, mereka berdua terjatuh kedalam kereta rusa Santa. Santa yang terkejut dengan kehadiran mereka, kemudian hilang kawalan dan kereta rusa tersebut jatuh, rosak dan Rusanya lari. Aktiviri mengagihkan hadiah pada Malam Krismas akan gagal jika kenderaan Santa ridak dibaiki. Kerana rasa bersalah, 2 beradik membantu Santa.
Best. Lepas tonton ni terus saya cari yang nombor 2.
Monday, September 13, 2021
Review Filem : Afterlife of the party
SinopsisCassie dan Lisa Bff dari kecil dan sekarang dah bekerja dan tinggal serumah. Mereka amat meminati penyanyi Koop! Cassie seorang Party Planner dan Lisa adalah trainee Paleontologist dan bekerja di museum of natural history.Pada suatu malam Cassie ajak Lisa keluar party sempena minggu Birthday-nya walaupun Lisa berat hati tetapi tetap join. Lisa kecil hati apabila Cassie nak party dengan kawan2 yang fake. Mereka bergaduh, dan Lisa pulang sendirian. Selepas pulang lewat dari Party dalam keadaan mabuk, Kemudian apabila bangun dari tidur esoknya dia terhantuk kepala di mangkuk tandas dan mati.Cassie kemudian bangun di dalam bilik dan bertemu dengan Val, guardian angel nya. Cassie dapat tahu dia dah meninggal setahun lalu dan dia tidak berada di syurga atau neraka. Cassie berada di antara di mana dia mendapat peluang kedua untuk membetulkan keadaan dengan orang2 yang terpilih semasa hidupnya iaitu Lisa, Ibunya Sofia dan bapanya Howard. Dia perlu menyelesaikan semua unfinished businessnya dalam masa 5 hari sebelum tarikh hari-jadinya tiba. Setiap nama dalam senarai akan hilang apabila Cassie telah mendapat closure.
Monday, June 21, 2021
Review filem : iBoy
Recommend dari Netflix group. Katanya sesuai untuk tontonan keluarga. Tapi, boleh la. Jangan expect lebih2.
Sinopsis
Kisah seorang remaja secara tak sengaja jadi saksi kejadian rogol oleh geng mafia. Masa nak lari dari geng mafia sambil sedang menelefon polis dia dah terkena tembakan. Tembakan kena sipi kat tengkorak belah telinga dia menyebabkan dia koma. Dia dihantar ke hospital dan diperlukan menjalani pembedahan.
Masa dah baik selepas pembedahan, doktor terangkan ada serpihan dari dalam telefon yang melekat terus kat otak dia. Nak buang merisikokan tapi kalau nak biarkan pun tak berbahaya.
Lepas dah discaj dia discover yang dia ada superpower yang boleh manipulate frequency dan peralatan elektrik. Dia gunakan kelebihan ini untuk revenge dan lawan balik geng mafia yang tembak dia dulu.
Thursday, January 28, 2021
Review filem : The Princess Switch
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah PKP ni weekend tak ke mana la kita. Baca novel, tonton movie lepas settle kerja rumah. Kadang kerja rumah belum settle pun pegang fon tengok movie. Dah tengok filem ni separuh baru perasan macam dah pernah tengok. Tapi, ok la, movie best tak bosan pun nak tengok sekali lagi.
Sinopsis
Stacy, baker dari Chicago, baru putus cinta dengan Paul dapat invitation ke pertandingan cake Krismas yang di 'submit' oleh assistant nya Kevin. Masa kat Belgravie, Stacy terserempak dengan Dutchess, Margaret yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Prince Edward. Margaret yang nak menjalani hidup seperti rakyat biasa minta tukar identiti dengan Stacy. Stacy lak setuju dengan syarat Margaret sponsor kelas Ballet anak Kevin. Masa tukar identiti ni, Margaret jatuh cinta dengan Kevin dan Stacy jatuh cinta dengan Edward. Selepas 2 hari mereka kena tukar semula identiti dan masa tu rahsia dah terbongkar.
Lepas ni nak tengok The Princess switch again 😊
Friday, April 10, 2020
Review filem Korea : 6. The accidental detective 2 in Action
Musim PKP ni ramai la share movie, drama yang recommend untuk ditonton. Mana yang saya search kat VIU ada, saya tengok la. Bestnya filem ni kejap je habis. Kalau drama banyak episod, lambat sikit nak khatam. Ada tang nombor 1,tapi saya tak tengok pun. Paham je jalan cerita walaupun tak tengok yang 1.
Sinopsis
Kang Dae Man, Seorang pemilik kedai buku yg berminat untuk selesaikan kes. Dia menjual kedai bukunya tanpa pengetahuan isterinya dan membuka agensi penyiasatan bersama kawannya yang juga seotang anggota Polis bernama Noh Tae Soo. Mereka berusaha keras mencari kes, malangnya tiada kes dan menyalahkan satu sama lain. Hingga lah mereka mendapat 1 kes. Dengan bantuan Yeochi mereka mendapat beberapa petunjuk hingga dapat merungkai kes tersebut. Beberapa masalah mereka hadapi iaitu dengan pasangan masing-masing dan dari pihak polis.
Saya bagi 8/10. Boleh la menonton bosan-bosan ni. Ada la lawak, tak la bosan.






