Showing posts with label hotel di pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label hotel di pulau pinang. Show all posts

Monday, September 6, 2021

Merdeka Staycation - Modern Hotel Georgetown

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pulau Pinang dah Fasa 2 dan PM ada umum yang dah boleh rentas daerah untuk negeri Fasa 2. Kebetulan saya ada apply cuti hujung bulan, bincang dengan husband nak check in Hotel. Saya book Modern Hotel Georgetown. Lama dah tak stay area Town. Asyik tepi pantai je. Saja nak try, sebab hotel ni recommend dari kawan Instagram. Saya book melalui Agoda. 


3 hari 2 malam - RM337

Deluxe Double with Bathtub

Penginapan dari hari Sabtu hingga Isnin.


Sebelum booking saya call hotel dulu untuk confirmation status hotel. Hotel masih beroperasi dan saya ditanya tentang status vaksin. Hotel hanya benarkan penginap yang dah lengkap 2 dos vaksin sahaja. Selepas booking dengan bayaran penuh, saya print booking form untuk urusan rentas daerah. Mengikut SOP MKN yang saya baca, tak perlu surat kebenaran untuk rentas daerah. Semasa sekatan jalan raya, tunjuk surat booking dan Mysejahtera yang tunjukkan dah lengkap 2 dos vaksin.


28/8/2021 - Sabtu

Lepas makan tengah hari di rumah, kami terus gerak ke hotel. Singgah beli jajan je kat kedai area rumah. Perjalanan ke hotel smooth. Tak de SJR, kereta pun tak banyak. Sampai hotel 2 petang. Check in pun kejap je. Masa sampai tu jam 2 petang. Memang on time untuk check in. Deposit RM100 dikenakan. Banyak parking area hotel iaitu tepi jalan. Kiri kanan banyak hotel lain dan kedai-kedai. Tak de masalah nak beli barang. Parking bayar guna smart parking. Semalam saya ada PM hotel request nak bilik yang bath tub di balkoni. Masa check in, staf dah aware request saya. 


Bilik kami level 1. Tak de lif. Sampai tingkat 1, ada lobi yang ada port yang nice untuk bergambar. Sofa pun ada kat situ untuk lepak. Bilik kami depan lobi je. Bilik dengan hiasan simple dan moden. Open Wardrobe. Stand mirror dengan hanger yang siap gantung bathrobe. Round mirror pun ada tepi television. Mini fridge hidden dalam cupboard bawah television. 2 bangku di sediakan. Atas table ada Aristo coffee machine dengan 3 capsule. 2 mineral water, cawan dan gelas wine. Kopi, teh, gula dan seangkatan dengannya tak disediakan. Nasib baik ada bawak siap-siap sebab dah plan cuti kali ni nak melepak dalam bilik je. 


Bathroom dengan glass wall tapi ada langsir untuk tutup. Katil cam saiz Queen je. Kiri kanan katil ada meja dan lampu juga plug. Plug banyak tersedia dalam bilik ni. Tepi sekali ada pintu yang berkunci dan balkoni dengan bath tub. Ada juga meja dan kerusi untuk istirehat, borak-borak minum coffee. Chandelier pun ada area sini. Saya suka corak tiles backdrop bath tub. Konsep Black and White. Kipas pun ada site sini. Untuk pengudaraaan dan privacy bahagian open area di tutup dengan blind.


Pihak hotel sedia shower gel, bathbomb dan sea salt di bath tub. Lama dah teringin nak guna bathbomb 😀 dapat gak merasa. Untuk towel mandi 2 helai, towel muka 2. Dua-dua towel muka letak depan bilik air dan balkoni. Sebab keluar bilik air kaki basah nak lap kaki. Keluar bath tub dan area balkoni pun kaki basah. Tong sampah ada 2. Bilik air dan bawah meja. Dah makan dalam bilik. Banyak la sampah. Wifi juga disediakan. Kena log in. Mula-mula tak leh log in. Lepas call frontdesk baru boleh. 


Untuk makan petang husband beli McD drive thru. Memang lapar pun. Last saya makan nasi 10 pagi. Untuk malam kami makan steambot dan husband ada tapau masa keluar petang. So far hari first budak-budak ni berendam bath tub dari sampai. Rehat jap then malam sambung lagi mandi. Kami suami isteri lak makan area balkoni. Memang sesuai la untuk keluarga bilik ni. Biasa la dengar bunyi kenderaan lalu lalang masa istirehat dan makan-makan kat balkoni. Nyamuk tak de even open area.


29/8/2021 - Ahad

Tak de aktiviti. Plan datang sini nak rehat je. Mandi, makan, tengok televisyen, tonton netflix. Ulang-ulang yang tu dari bangun tidur. Sarapan husband beli roti telur, roti bakar dan telur setengah masak. Bancuh coffeemate 3 in 1, minum air masak. Malam order foodpanda. Order kul 6 Marrybrown. Set nasi ayam dengan pasta. Sekali tak cukup da. Budak-budak ni lepas berendam lapar lak. Kami laki bini pun lapar. Order sekali lagi nasi ayam dengan ayam 5 ketul. 


30/8/2021 - Isnin

Check out day. Pagi ni makan je lebihan makanan semalam. Ada nasi dengan ayam. Panaskan je. Biar Anas Auni mandi bath tub. Saya kemas barang-barang dan baju. 11 pagi kmi dah check out. 

Friday, August 13, 2021

Anas Auni Birthday - Golden Sands Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Awal tahun 2021, Pulau Pinang PKP. Plan dari last year nak ke Sunway Lagoon (SL). 3 kali postponed tarikh ekoran PKP, sepatutnya ke SL penghujung Mac 2021 tapi larangan merentas negeri dan daerah. Awal Mac dibenarkan rentas daerah. Mencari-cari la saya hotel yang belum pernah stay, harga menarik dan berbaloi untuk keseronokan Anas Auni. Plan awal nak booking Hotel sekitar Georgetown tapi hati rasa berat nak stay area pantai. Tarikh yang dipilih lak weekend dan permulaan cuti sekolah. Harga untuk 3 malam menjangkau RM800 ke atas. Saya lak nak 2 malam. Dah lama tak stay hotel, kalau semalam rasa kejap sangat. Letih mengangkut barang je.


Masa tengah compare harga either Agoda atau Traveloka untuk hotel di Georgetown, terperasan di wall FB, Golden Sand Resort (GSR) ada buat macam Happy Hour tapi untuk tempoh 48 jam di website. Saya saja la masuk date yang nak tu. 2 malam dapat harga RM488.40 termasuk breakfast. Eh, murah banyak. Pastu bilik di GSR semuanya ada bath tub walaupun agak old school bath tubnya 😅. Terus bayar. Lepas tu baru inform husband dengan anak-anak. Esoknya dapat email dari GSR, saya ada request early check in dan note yg celebrate birthday anak. Dari reply, early check-in ikut keadaan masa tu. Birthday deco tak lak mention, cuma ada complimentary apa ntah. Then dia suggest ambil sebiji kek dari hotel. Saya tak reply pun.


26 Mac 2021 - Jumaat

Anas Auni pergi sekolah. Balik sekolah, siap semua baru gerak ke hotel. 3 lebih gak sampai. Orang ramai kat lobi, hujan. Saya turun dulu untuk check in. Masa lane up, staff minta isi details semua family yang nak stay dalam bilik. Dah siap isi, staf bawa saya ke bilik lain untuk check in. Dari kaunter dah nampak pool. Ramai orang. Bagi IC, dan saya dihidangkan welcome drink. Katanya bilik belum ready. Saya ke kereta nak inform husband. Baru je masuk, staff call kata bilik dah ready dan staf hantarkan ke kereta kad access. Husband turunkan barang, staf angkat beg masuk troli. Husband cari parking. Saya dan anak-anak tunggu di lobi. Anas Auni excited tengok pool.

bilik luas, katil besar, sofa bed pun best 

Kami naik bilik. Dalam lif kena touch kad baru naik. Kami tingkat 6. Jauh lif dengan bilik. Ada bath tub dalam bilik. Separate bath tub dan toilet tapi shower dalam bath tub. Toilet kecik. Toiletries basic. Saya suka soap. Towel ada 6 kot dengan 3 size berbeza. Floor mat pun ada. Wardrobe with iron, iron board, hanger, safety box dan 2 selipar. Mini fridge yang kosong, tea and coffee set. Cofee banyak gak diberi. Then television basic channel. Ada work table. Sofa bed sepanjang tingkap. Tingkap menghadap jalan. King size bed, 4 bantal. Lantai tiles saya tak suka. Sejuk kaki bila pijak. Guna selipar nk cover kaki takut kotor lak nnt nk solat. Jam meja pun ada sedia tapi jam tu out of bateri.

soap dapat 2 biji


Kami solat dan rehat. Sebelum solat check kiblat ye sebab arrow tak sama. Lepas Asar baru keluar pergi pool. Masa ni hujan rintik tapi redah jugak. Pool ada banyak dan besar dan bahagi 3 section. Splash zone kecil je, limit masuk 5 orang. Whirl pool limit 3 orang. Kids area 33 orang, adult pool 36 orang. Setiap pool ada lifeguard untuk keselamatan dan staf jaga bilangan guess keluar masuk. Anas jumpa kawan dia masa ni. Jiran depan rumah pun check in. Seronok la depa p sana sini. Saya control Auni, kami ke adult pool yang lebih besar. Tak la crowded sangat.


7 malam kids pool tutup. Naik bilik sambung berendam dalam bath tub. Lepas solat Maghrib, nak keluar cari makan tapi terserempak dengan staf hotel yang datang nak bagi kek dan kad birthday sempena birthday Auni esoknya. Terus masuk kek dalam fridge. Nanti baru tengok lain. Kami pergi Pak Mid Cafe je. Parking senang, menu pun sedap. saya order nasi goreng kampung, husband order nasi putih dengan tomyam. Lepas makan balik bilik. Huajn nak pergi mana-mana pun tak best pastu hotel ni tak banyak parking. Dengan ramai guest, kesian lak husband kena jalan jauh. Sampai bilik, bagi Anas Auni makan kek yang hotel bagi. 


27 Mac 2021 - Sabtu 


Lepas solat Subuh, rehat ja. Kejut Anas Auni bangun nak breakfast. Breakfast dari jam 7 hingga 11 pagi. Kami turun 8 lebih. Sebut nombor bilik pada yang jaga depan cafe tu then staf akan lambai panggil duduk kerusi dan meja yang kosong. Diorang communicate guna walkie talkie. Orang ramai, meja mostly dipenuhi orang. Masih berkonsepkan buffer dengan satu laluan keluar dan masuk yang berbeza untuk ambil makanan. Tapi kalau kita tak nak menu di stall tu bergerak ke depan. DImulakan dengan dessert, ada buah dan yogurt then pastri Capati, kuah dhal, porridge, bihun suip, dim sum set dengan pau, big breakfast, nasi lemak, cereal, mi goreng, cokodok, jus buah dan mesin kopi.




Lepas makan, masuk bilik mandi. 11 pagi turun ke Adventure Zone. Anas Auni kena bayar RM22.50 untuk 2 jam. Parent tak perlu bayar tapi kena accompany kids. Wajib pakai stokin. Anas Auni memang bawa dah stokin dan pakaikan long sleeve. Sebab saya dah baca sebelum ni yang kena pakai long sleeve dan stokin. Tapi sepanjang 2 jam dalam tu stokin dan face mask je wajib. Ramai je short sleeve. Harga bayaran berbeza untuk penginap hotel dan outsider. Biar je Anas Auni main sampai 1 petang. 1 petang memang ditutup untuk sanitasi.


Lepas tu kami cari makan. Sebelum pergi makan, jalan-jalan bergambar sekitar kawasan tu. cantik, banyak port boleh bergambar. Lepas makan, masuk bilik rehat dan solat. Anas Auni lak suruh tidur. Kalau tidur baru boleh mandi kolam dan pergi pantai petang nanti. Petangnya kami ke pantai dulu sebab pool ramai orang. Nak mandi kena queue dulu. Kalau ada yang keluar baru boleh masuk mandi. Anas Auni main pasir, air laut. Saya dan suami perhati je. Dah bosan kat pantai pergi pool, hot water. Pastu pergi pantai balik tunggu sunset.




7.30 malam masuk bilik. Sambung mandi dalam bilik. Lepas solat keluar dinner kedai area hotel. Balik bilik rehat dan tidur.





28 Mac 2021 - Ahad




Lepas solat Subuh, saya kemas barang dan baju. 8.30 pagi kejut anak-anak untuk breakfast.Menu lebih kurang semalam gak. Yang penting Yogurt ambil banyak. Lepas kenyang masuk bilik mandi bath tub then siap-siap nak check out. Check out smooth je. Orang pun tak ramai.




Thursday, September 17, 2020

Semalam di Bayview Beach Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ini kali kedua kami bermalam di BBR. Yang pertama semasa celebrate birthday husband tahun 2018. Kalau nak baca boleh tengok POST INI. Kali ni sebab menang contest. Saya menang tempat ke dua. Hadiahnya penginapan 2H 1M di Seaview suite. Sebabkan Covid19, maka lama tak cuti-cuti Malaysia dan nak jalan jauh pun tak berani. Maka, claim la hadiah ni untuk penginapan pertengahan September.



Bulan Ogos, saya email ke BBR untuk booking, beri sekali date yang saya nak check in. Dah confirm dapat booking ID. Mengikut email, saya kena print voucher dan bawa semasa check in. Plan nak top up lagi semalam tapi tengok harga cam over budget. Then terfikir, baik try hotel lain yang belum pernah stay. Discuss dengan husband dan dia proceed BBR semalam, hotel lain semalam.



12 tengah hari bertolak dari rumah. Singgah sana sini 2.30 petang baru sampai Hotel. Husband turun barang dan saya ke reception untuk check in. Bagi IC dan Voucher, kurang 5 minit dah boleh masuk bilik. Masuk bilik Anas Auni jelajah dulu. Tak sempat nak snap photo. Bilik lebih luas dari hotel-hotel yang selalu kami stay. Pintu banyak keluar masuk, tu yang Anas Auni suka.


Ada living hall with television and seaview balcony. Bilik tidur lak katil super king with partial seaview. Dalam bilik tidur pun ada television. Channel basic freeview dan radio. Tak de astro channel. Bilik air separate dengan bath tub dan toilet. Wardrobe depan toilet sekali iron. Lain-lain basic sama cam Hotel lain la, toiletries, kettle, hair dryer dll.



Masuk bilik rest dan solat. Anas Auni dah tak sabar nak mandi. Dah siap pakai swimwear, hujan lak. Bagi diorang mandi bath tub je dulu. 5 petang hujan dah reda, baru turun pool. Kat pool tak de SOP pun. Penuh je orang di tiga-tiga pool. Bila makin ramai orang, ajak Anas Auni ke pantai. Ramai gak orang tapi kawasan pantai luas boleh la berjarak. Anas Auni seronok la dapat main pasir dengan air laut.



Tetiba hujan terus kami lari naik. Nasib la hotel banyak sedia kerusi berpayung sekitar kolam. Boleh la berteduh tapi badan memang dah basah mandi pool tadi. Teruskan je la mandi hujan dan pergi baby pool. Mandi kejap baby pool, repeat kids pool sebelum naik bilik. Kat bilik sambung bath tub dan shower.



Lepas Solat Maghrib, keluar cari makan. Plan nak makan di Becha Lama. Sampai je sana dah tak wujud kedai tu. Kedai baru Tound Island. Orang ramai, rasanya kedai Mamak Raja Lawak sebab nampak dia kat situ. Patah balik cari kedai lain area hotel. Sepanjang jalan semua kedai ramai orang. Ramainya pelancong kat Batu Ferringhi malam ni.

Akhirnya jumpa kedai yang tak ramai orang, area Petronas. Kami order nasi goreng kampung, char kuew teow dengan nasi goreng ayam. CKT biasa je. Nasi goreng sedap. Cuma Nasi Goreng kampung bukannya nasi, ikan bilik dan kangkung. Nasi ada daging dan telur mata. Anas Auni mengantuk dah. Cepat-cepat makan nak balik bilik. Masa ni orang dah mula ramai.

Sampai bilik tidur. Nak tengok television pun channel basic dari freeview. Kami buka radio je. 


13 September 2020 


Lepas Solat Subuh buka sliding door tengok suasana pantai. Nyaman, indah dan tenang. Kejut anak-anak untuk breakfast. Kami dapat breakfast untuk 2 dewasa. Anas tak cas pun. New Norm tak de buffet. Staf datang tanya nak menu western atau Asia. Dah pilih Asian kena pilih lak nasi goreng ke char kuew teow atau bihun goreng. Western pilih roti bakar, croissant atau denise. Telur pilih fried, scramble atau apa ntah satu g. Juice orange atau epal. Hot water free fill. Buah memang serve by plate. Dah biasa buffet, bila kena pilih rasa cam tak puas lak. Padahal tak habis pun makan semua ni. Bila buffet boleh ambil banyak pilihan dalam kuantiti yang sikit. Memang akan habis la semua makanan. Yang bagusnya bila serve ala carte meja cepat kosong. Kalau buffet, lagi tak try semua menu, lagi tu tak bangun 🤭



Lepas makan, naik bilik tukar baju masuk pool semula. 2 jam je mandi pool sebelum sambung mandi bath tub dalam bilik dan ready untuk check out. 11.30 pagi check out dan terus cari lunch. Tak kenyang makan telur je pagi tadi.



Monday, September 7, 2020

Short vacation : Royale Chulan Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Penghujung Ogos, saya book Royale Chulan Penang Hotel. Last minute booking. Book seminggu sebelum stay. Kisahnya Anas Auni asyik bunyi bila nak pergi hotel, tambahan pula kawan sekelas yang juga jiran kami ada stay hotel before tu. Bila kawan bercerita, Anas pun nak la jugak bercerita. Saya pun dah rasa lemau every week aktiviti yang sama.


Check in 29/8/2020, check out 30/8/2020. Long weekend sebab esoknya Merdeka. Plan semata2 nak stay dalam hotel je. Kalau keluar pun expect dah yang orang ramai, jalan sesak. Saya search hotel di Agoda dan Traveloka nampak promo discount untuk Medical Hero di Traveloka. Pernah la register masa PKP dulu. Tapi tak tau pun camna nak redeem. 


Tak pasti lak harga memang murah ke tak. Stil under budget, so amik je la. Sebelum ni kami pernah check in dah. Tapi tak ingat lak bilik jenis mana. Yang pasti Pool view. Kali ni ambil seaview + city view. Harga yang perlu dibayar Rm 204.40 Deluxe Double tanpa breakfast. 

Check in 3 petang. Just on time kami sampai. Tak de beratur panjang terus je daftar dan masuk bilik. Parking disediakan di multi levels carparks. Masa daftar kena fill up nombor plat kereta. Nak keluar hotel, pergi reception untuk scan. So, percuma parking disini untuk in hotel guest.



Masuk bilik, solat dan siap2 untuk masuk pool. Lupa lak nak check pool beroperasi ke tak. Call reception, dah pool buka with SOP.  4 petang baru masuk pool, di level 2. Limit 10 orang je dalam pool. Masa kami sampai, ada 1 family je. Sempat la kami pun berendam. Lepas 45 minit, orang makin ramai. Dah ramai orang, tak de pun staf hotel datang tegur jangan mandi ramai2.


Masuk bilik, bersihkan diri, solat Asar dan terus keluar cari makan. Plan nak pergi kedai makan lain tapi masuk makan kedai lain. Sebab kedai yang makan ni nampak dari jauh cam best je. Order nasi putih, ikan siakap 3 rasa dan tomyam sotong. Laju-laju makan sebab Anas Auni mengantuk. Crancky la jadinya. Habis makan, balik hotel tengok television yang ada basic channels astro. 

Esok pagi lepas subuh lepak tepi tingkap tengok sunrise. Best bilik ni sebab ada kerusi malas tepi tingkap. Sedap la santa. Husband keluar beli breakfast. Balik bilik dia cerita kad bilik tercicir. Minta kad baru kat receptionist dan katanya kena cas RM15 nanti. Lepas makan, bawa Anas Auni ke pool. 


Ramai lak orang kat pool tapi tak de lak orang jaga. Lepas sejam mandi ajak masuk bilik dan siap2 nak check out. 12 tengah hari check out tapi kat receptionist tak de lak minta bayaran kad yang hilang. Saya pun tak tanya terus keluar je. 😂


Keluar hotel Anas Auni lapar, drive thru McD, lepas tu Anas nak bergambar kat Street Art. Hari cuti tau dah orang ramai, tapi Anas tak percaya. Pergi la jugak, 1 port tu tak dak orang, bergambar situ je then terus pergi kenduri kahwin anak bos husband. 


Monday, December 24, 2018

Celebrate birthday husband - Bayview Beach Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bulan 12, bulan kelahiran husband. Seperti kebiasaan kami akan pergi holiday. Di sebabkan bulan Disember, musim cuti sekolah dan musim hujan, kami holiday dekat-dekat je. Mula plan nak bercuti di Alor Setar, Resort lak fully book. Lepas tu nak naik Cameron Higlands, cancel sebab peak season. Tak nak bazir masa atas jalan. Lastly saya decide bercuti di Batu Ferringhi je. Rasa macam lama dah tak bercuti kat sana. Dalam masa 3 minggu saya survey hotel yang bersesuaian dengan budget. Syarat utama hotel mesti ada pool untuk Anas Auni. Finally, saya pilih Bayview Beach Resort. Dalam bilik ada bath tub, outdoor pool pun ada. Saya survey di beberapa website berbeza. Agoda, Booking, Traveloka, Expedia dan website Bayview sendiri.


Saya dapat best price di website Bayview + breakfast. Malangnya masa tu duit dalam akaun bank tak cukup. Hari lain nak book, harga dah bertukar, bertambah RM100. Traveloka antara harga terendah selepas guna code diskaun tapi tanpa breakfast. Husband nak sekali dengan breakfast. Best choice adalah Agoda. 2 hari Superior Room Double bed with breakfast RM5++. Guna shopback dan dapat cashback 11%.

9/12/2018 - Ahad

Check in time 3 petang. Bertolak dari rumah 12 tengah hari, pergi makan dulu. Jalan sesak jugak. 1.30 petang baru sampai. Terus pergi kaunter reception. Untuk check in cuma ada 2 kaunter. Beratur di first lane dan 20 minit juga nak sampai turn saya. Husband dah siap park kereta dan saya masih belum sampai giliran. Tunjuk slip booking, bagi IC beri nombor telefon, nombor plat kereta dan bayar deposit + caj pelancongan negeri RM3/malam. Terus boleh masuk bilik.


Selepas check in bawa Anas Auni pusing tengok pool. Dua² excited tengok pool banyak dan besar. Masuk bilik solat dan tukar pakaian mandi. Masa kat reception request nak King Bed tapi masuk bilik tengok katil saiz lagi besar dari King. Katil size double Queen. Wardrobe ada iron dan iron board. Bathroom ada 3 section, bath tub, shower room dan sink dengan hair drier. Toiletteries, towel macam biasa. Pelapik kaki getah di sediakan. Sejadah tak perlu request, memang dah sedia dalam laci. Coffee set dan kettle ada simpan dalam laci. Saya pun tak perasan. Anas yang jumpa. Mini fridge pun dalam almari. Ada sofa 2 bersama table. Meja untuk menghadap laptop pun ada. Sliding door hubungkan dengan balkoni. Di balkoni ada meja kerusi untuk ambil angin tapi bilik kami menghadap bumbung. Bilik murah jangan berangan nak view cantik-cantik. Channel tv ada 17. Yang bersiaran 15 je rasanya.


Pool di Ground Floor. Lobi hotel di level 1. Bilik kami tingkat 2. Tingkat lagi atas maybe view lebih cantik. Lain kali request tingkat paling tinggi ok. Lepas tukar baju, terjah pool. Pool ada 3, Play Pool, Baby Pool (0.45m dan 0.9m), dan adult pool (1.5m - 2.0m) Pergi Play Pool dulu sebab colourful, ada slide, fountain. Anas Auni seronok ada slide. Minimum je tapi budak-budak suka. Terjumpa jiran taman. Dia pun stay sini 2 malam. Borak-borak jap pastu saya minta diri nak pergi pantai. Tadi ajak husband dia kata pagar lock. Kadang husband ni dia malas pergi, dia temberang. Saya pergi sendiri bawa Auni.  Elok je pagar tak lock. Bagi Auni main pasir, air laut jap. Pastu datang kuda terus dia menjerit takut.


Patah balik pergi Play Pool, mandi sikit pastu ajak husband dan Anas pergi Pantai bagi diorang main pasir, air laut. Saya ajak Anas mandi laut. Auni tak nak. Ramai orang di pantai. Ada yang naik kuda, banana boat, parasiling. 6 petang kami naik hotel lepas bersihkan diri. Masuk bilik, solat, rest jap. Ingat nak bagi Anas Auni tidur tapi tak tidur pun budak² tu. Lepas solat Isyak, kami keluar cari makan di Restoran Becha Lama. Kami pernah makan kat sini 3 tahun lepas. Saya order menu yang sama. Memang puas hati. Sedap sangat pasta special Becha Lama. Spagheti sos bolognese ada meatbal dan cheese. Husband order chicken wing dan nasi goreng daging merah. Lepas makan kami balik bilik. Rehat je. Letih mandi pool tapi anak² tidur lambat gak.



10/12/2018 - Isnin

8.30 pagi turun brekafast. Waktu breakfast dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Ramai orang, tinggal tempat hujung-hujung. Kerusi meja banyak cuma agak jauh dengan meja buffet. Anas Auni masih tidur. Kami bergilir amik makanan. Ada roti canai, nasi lemak, bubur, salad, mi kuah, salad, cereal, buah, roti, yogurt dan macam-macam lagi. Banyak menu ada. Telur ada stesyen khas. Kena beratur dan inform nak telur masak camna ikut list yang di paparkan. Saya ambil roti, salad, meat slice, sosej dan air fresh orange. Air je ada 3, 4 jenis. Auni bangun dan saya bawa round suruh dia pilih makanan. Dia request cereal dan air susu. Auni suka sebab untuk kanak-kanak di sediakan cawan, pinggan dan mangkuk colourful.


Lepas makan roti saya makan scrambled egg dengan potato au gratin. Pertama kali saya makan, sedap. Masa pergi ambil baru letak yang baru, ada cheese topping atas. Saya memang suka makan cheese. Husband makan mi kuah. 2 kali dia tambah, katanha sedap. Saya tak rasa pun. Saya cari kopi. Jumpa mesin kopi. Seronok betul nampak mesin kopi.  Anas tak makan apa pun. Baru bangun tidur bad mood. Janji nak pergi playroom. Playroom buka 10 pagi. Husband pergi kereta ambil stokin. Kena pakai stokin masuk dalam tu. Kalau tak bawa stokin kena beli RM10.


Playroom ada 2. Satu untuk umur 3-6 tahun, satu lagi 6-12 tahun. Masuk percuma. Kena daftar nama, umur dulu. Masa kami masuk tak de orang pun. Lepas tu baru datang 3,4 orang. Anas Auni main sampai bosan. Saya pun bosan tunggu dalam tu. Main fon je la sampai bateri habis. Lepas tu diorang nak masuk yang sebelah untuk umur 6-12 tahun. Cakap tak boleh tapi masuk gak. Saya pun masuk la pantau keadaan. Tak de orang lain, diorang 2 je. Nasib la yang jaga tu tak marah. Ada buku cerita untuk baca, congkak, carom dan mainan lain. Ajak Anas Auni naik dengan janji nak mandi pool lak.


1 petang turun pool dan hujan renyai. Redah gak mandi dan lepas 10 minit hujan berhenti. Plan nak mandi sampai petang tapi husband lapar. 3.30 petang naik bilik mandi dalam bath tub lak. Lepas solat keluar cari makan area Tanjung Bungah. Banyak je kedai yang buka. Kami try makan menu baru Kaeng Som. Lain-lain menu biasa kailan ikan masin, sotong goreng tepunh, daging masak merah. Saya hirup Kaeng Som, dalam kereta baru rasa lidah pijar. Ajak husband cari ais krim. Nak sambung mandi kolam tapi hujan lak. Lepas Maghrib masih rasa kenyang. Husband ajak masuk Hotel Hard Rock. Jalan kaki je dari hotel kami stay. Snap gambar lepas tu masuk kereta cari makan. Nak makan kedai semalam tapi tutup lak. Park kereta dan masuk kedai depan hotel je. Husband sorang yang makan, saya order minuman panas. Auni dah terlena. Habis makan dan minum balik bilik rehat.

11/12/2018 - Selasa




8pagi turun cafe breakfast. Orang tak ramai sangat macam semalam. Menu lebih kurang macan semalam je. Cuma roti canai ganti dengan roti jala. Potato Au gratin ganti dengan potato apa ntah. Pastu ada nasi goreng. Saya beratur kat stesen telur. Baru tau macam-macam telur ada. Sempat google sebelum order. Selama ni tau telur rebus, telur dadar dan telur separuh masak je. Lepas makan mandi kolam sampai 11 pagi. Masuk bilik rendam bath tub. Saya kemas baki barang². Banyak yang dah kemas awal pagi tadi. Cuma nak masuk baju basahan je. 11.45 pagi check out hotel. Tunjuk resit dan dapat semula deposit. Kami sekeluarga puas hati percutian kali ni. Hotel best, berbaloi dengan bayaran. Tak serik nak check in lagi.





Tuesday, June 12, 2018

Iftar di Olive Tree Hotel



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2018, bulan Ramadhan kali ni hanya berbuka di rumah, rumah keluarga saya dan rumah keluarga mentua. Rezeki husband menang baucar berbuka di Olive Tree Hotel, Penang untuk minggu ke tiga dan terakhir. Pengumuman pemenang pada 2 minggu terakhir Ramadhan. Kena collect baucar dan book tarikh untuk berbuka. Kami request nak collect dan berbuka hari yang sama.


Mulanya bagi tarikh berbuka 8hb Jun. Lepas 24 jam dapat feedback booking full untuk date tersebut dan saya tunda ke 10hb Jun iaitu hari Ahad sebab Sabtu ada majlis berbuka bersama keluarga besar belah ayah saya. Masa booking inform meja untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Saya diberitahu untuk Anas perlu bayar rm49 sebab umur 5 tahun ke atas di cas.


Ahad, 8/6/18 kami bertolak awal. Pergi Tesco dan Prangin Mall. 5.30 petang baru sampai di Hotel. Parking kereta dan tunggu di lobi. Lobi full dengan orang nak check in. Ada function rupanya. Kami decide pergi solat dulu di tingkat 8. Lepas solat, pergi collect baucar di lobi. Tunggu kat lobi sampai waktu yang dibenarkan masuk. 7 petang baru boleh masuk. Pergi tuju terus ke meja yang ada nama kami.


Pergi tengok menu dan ambil makanan untuk Anas Auni. Auni nak makan kek, sate, buah. Lepas tu bagi Anas Auni makan aiskrim. Saya pergi ambil sate dan kambing grill. Husband ambil nasi dan lauk. Menu ada banyak la jyga. Nasi dan lauk lebih kurang 7 jenis. Leoas tu ada gado², lemang, ketupat, rojak, buah-buahan, kek, fries. Bahagian luar makanan panas. Ada kebab, bubur lambuk, Kambing grill, sate ayam daging, roti john, char kuew teown, mi kuah. Air lak ada teh tarik, laicikang, ais kacang dan ais krim potong. Lauk nampak lauk reheat. Husband je yang makan.


Azan Maghrib oleh kanak-kanak yang buat persembahan nasyid di lobi hotel. Lepas azan saya minhm air dan makan kebab. Then pergi solat Maghrib. Habis solat baru pergi makan. Makan char kuew teow, ketupat, daging dan air teh tarik. Husband lak pergi solat selepas tu. 9 malam kami gerak untuk pulang. Pergi kaunter bagi baucar. Staf semak booking untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Dia nak tengok kanak-kanak. Tunjuk Anas dan Auni, katanya tak perlu bayar. Kami terus balik rumah lepas tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...