Showing posts with label kerosakan rumah baru. Show all posts
Showing posts with label kerosakan rumah baru. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Review novel : Aku Bukan Mistress


Novel ketiga karya Acik Lana yang saya baca. Saya dah jatuh cinta dengan gaya bahasa dan penceritaan beliau. Catche, easy dan simple. Kena dengan selera saya. Apa yang saya perhatikan novel AL semuanya tebal². Bila dah baca baru saya perasan dia detailkan kisah wataknya. Cerita setiap watak dari hari ke hari di ulas secara terperinci. Rupa-rupanya novel ni pernah dijadikan drama. Tajuk ke bertukar jadi 'Dia Isteriku'.

Sinopsis
Mya dibeli oleh Mikail dengan hara 50 ribu dari bapak ayam yang bernama David. Mya di jual oleh suami mak ciknya kepada David untuk melunaskan hutang. Sejak itu dia menjadi hamba Mikail. Mikail yang garang, ego dan tegas. Tugasnya ibarat pembantu rumah dan malamnya harus melayan kehendak batin Mikail. Mikail seorang yang baran, tegas dan sentiasa mahukan keinginannya dituruti. Dia berkawan baik dengan Adam yang juga sukakan Mya. Adam menyembunyikan perasaanya dari Mikail. Dia pernah merogol Mya ketika Mikail mabuk. Dia tidak lagi pulang ke kampung. Selepas 2 tahun, Mikail mula sedar dia sebenarnya dia tidak boleh kehilangan Mya. Mya pulang ke kampung selepas mendapat berita kematian neneknya dengan keizinan Mikail. Di kampung Mikail mengetahui rahsia Mya dari sepupunya, Yati. Kisah Mya mengorat ayah tirinnya sehingga di tangkap khalwat. Sejak itu Mya diusir kampung. Mikail berang dengan berita itu. Mikail berjumpa dengan sahabat Mya di Kuala Lumpur dan kisah sebenar terbongkar. Berita Mya dipinang Syamil mengejutkan Mikail dan dia mula tidak senang duduk. Dia mengajak Mya bernikah tetapi Mya menolak. Mereka dinikahkan di pejabat agama selepas ditangkap khalwat. Perkahwinan mereka dirahsiakan dan hubungan mereka di tentang hebat oleh ibu Mikail, Datin Adibah. Tambahan pula Suzanne anak saudaranya membongkar tentang Mya dan Mikail yang tinggal sebumbung. Datin Adibah bertambah berang bila Mikail mempertahankan Mya dan bertambah marah bila mengetahui mereka sudah bernikah. Campur tangan Dato Luthfi lebih menjadikan Mikail berang. Apatah lagi, ayahnya ingin mengambil bayinya. 

Bagaimana kesudahan hubungan mereka selepas ditentang ibu bapa Mikail? Hubungan Mya dengan ibu saudaranya? Kisah Adam merogol Mya? Cerita ini best, menarik dan tak rugi memilikinya. Nak let go pun sayang. Tapi saya tak rajin nak baca berulang kali.



Wednesday, October 25, 2017

Defect rumah selepas 18 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ada kongsi kisah defect rumah masa mula-mula dapat kunci. Boleh baca di link SINI. Defect rumah hanya boleh di betulkan selagi tiada penambahan dilakukan. Rumah kami dah extend belakang, tambah plug point, dan beberapa penambahan lain. Pendapat saya sebarang masalah yang jadi kami kena selesaikan sendiri. Bila dah tinggal di Taman dan ada group whatsapp sesama ahli taman, semua berkongsi masalah yang dihadapi. Bila hujan lebat, bahagian tangga akan basah dengan air hujan. Tempias dari bahagian atas.

Depan bilik air master bedroom

Untuk rumah kami selepas 6 bulan tinggal area master bedroom akan ada air mengalir. Sikit dan hanya jadi bila hujan sangat lebat. Mula-mula tak perasan pun sebab masa hujan lebat kami tiada di rumah atau masa tidur. Sekali tu bangun tidur nak mandi terpijak air depan bilik air. Pandang atas baru perasan, ada leaking rupanya. Kawasan bocor tu pun dah jadi bertompok kuning. Beberapa kali jadi dan kami masih tak selesaikannya. Danh 18 bulan duduk dalam rumah, masa tu hujan lebat sangat dan beberapa kawasan di Pulau Pinang banjir. Air leaking non stop. Berhelai towel guna nak lap.

Dalam bilik air tengah


Saya minta husband cari kan tukang dan saya diberitahu kos bayaran 18k. Kos untuk buka bumbung, simen dan pasang semula bumbung. Saya suruh cari tukang lain. Di group whatsapp Taman tetiba timbul isu ni. Ramai yang kongsi masalah yang sama. Semua sebulat suara nak buat aduan pada pemaju. Snap gambar dan email. Dalam bilik air tengah pun bocor dan berlubang.



2 hari lepas adua, saya terima panggilan dari pemaju. Katanya kontraktor nak datang repair dan kena ada di rumah masa mereka datang. Mereka hanya ada 2 hari untul betulkan kerosakan. Kami bincang suami isteri sapa yang boleh balik tunggu mereka datang repair. Then inform pemaju hari apa yang free. Pemaju kata kalau hujan kena tunda hari lain. Pekerja tak leh panjat bumbung kalau hujan.


Hari kejadian berdoa la saya siang malam moga-moga tak hujan. Tak mau la tunda hari lain. Kerja banyak bertangguh dan bukan mudah pihak atasan nak lepaskan balik awal. Saya sampai rumah dan lepas 20 minit mereka sampai. 3 orang, 1 orang Malaysia, 2 lagi foreigner datang tengok dalam rumah. Tengok mana tempat leaking dan kawasan mana yang ada masalah. Dalam sejam kerja mereka selesai. Mula-mula repair mana yang bocor atas bumbung lepas tu masuk dalam rumah repair yang kesan dari bocor. Siling bilik dah berkulat dan warna kekuningan. Mereka cat semula. Siling bilik air tampal balik dan cat. Selesai semua kena sign salinan email yang saya hantar.

Selepas

Lepas mereka beredar, hujan lebat. Alhamdulillah, rumah saya dah selesai. Sekarang dah sebulan, bila hujan jenguk gak siling kot la bocor lagi. Jiran depan rumah kata dia dah complain lebih dari 5 kali repair, rumah dia masih bocor. Harap-harap kami tak macam tu la buat masa terdekat ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...