Showing posts with label makanan halal di pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label makanan halal di pulau pinang. Show all posts

Friday, August 17, 2018

Jalan-jalan Penang 2018 - Day 3


7/8/18
Selasa

Lepas solat Subuh, mandi dan kemas sikit pakaian. Turun breakfast di cafe. Bawa siap-siap baju mandi. Plan lepas makan nak bagi budak-budak mandi pool. Kecewa sikit pagi ni pergi cafe. Tak dak makanan yang saya makan semalam. Roti ada. Chicken meat loaf tak de. Di ganti dengan ayam rebus ke goreng ntah macam nasi ayam punya ayam. Bahagian sup pun tak de. Di ganti dengan tomyam. Makan nasi goreng dan cereal bersama fresh milk.


Lepas makan, bagi budak-budak mandi. Kejap je mandi sebab sejuk. Masuk bilik sambung mandi shower air panas. Saya kemas pakaian dan beg. Kemudian check out. Tunjuk resit dan wang deposit di kembalikan selepas house keeping check bilik. Kot la ada barang hilang kan? Lepas selesai check out, plan nak survey kamera di Komtar.


Banyak kali gak pusing cari parking. Sini memang strict. Parking kena kat kotak parking dan letak kupon. Kalau tak, kena saman. Dapat parking, pergi komtar dan kedai sekitarnya. Sejam gak berjalan. Anas Auni dah mengamuk masa kat kedai last. Cepat-cepat balik ke kereta. Auni dah tertidur. Ingat nak pergi la tempat lain tapi saya sendiri letih jalan dalam panas dan budak-budak pun mood tak okay. Terus bertolak balik rumah.

Friday, May 25, 2018

PIFF


PIFF iaitu Penang Internal Foos Festival di buat di beberapa tempat di Pulau Pinang pada Bulan April. Hanya 2 tempat saya pergi iaitu di Butterworth dan Design Vilage. Event selama 2 hari. Di Butterworth saya pergi dua² hari. Perniagaan dimulakan jam 5 petang. Yang di jual semua makanan. Ada di bahagikan pada 2 iaitu makanan Halan dan tidak. Semua makanan di jual harga RM2. Best kan? Ada dimsum, sate, burger, mi goreng, laksa, putu mayam, pau, buah, cucur dan banyak lagi.


Selepas seminggu di buat di Design Village. Di sini semua food truck. Sangaf besar. Banyak food truck dan bercampur makanan halal dan tidak. Meja makan di sediakan. Di sini harga ikut mereka. Dan semuanya mahal. Satu makanan pun saya tak beli. Ada stage dan dirasmikan oleh CM Lim Guan Eng.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...