Showing posts with label menang giveaway. Show all posts
Showing posts with label menang giveaway. Show all posts

Sunday, December 6, 2020

November 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan freebies

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Himpunan barang percuma yang saya dapat dalam bulan November. Ada jugak yg kena bayar shipping. 


1. Sampel susu Pediasure


Request link yang lalu lalang kat FB. Kalau nak google je website Pediasure. 

2. Nivea Virtual Run


Ni VR kat apps BookDoc. Join yg under nivea. Dah complete Run, share kat FB then PM fb Bookdoc. Kena bayar postage RM20. 

3. Home Tester Club 


Lepas jawab beberapa soalan di FB, saya terpilih untuk terima sampel Milo. Dah dapat sampel, jawab survey dan post kat Ig beserta hashtag. 

4. Motherhood #MamaCubaTry 


Apply di website Motherhood. Cari bahagian #MamaCubaTry. If terpilih kena review selepas cuba sampel. Then kena post di FB dan Ig gambar dan komen tentang produk diterima. 

5. Nestle Omega


Join Virtual Run Omega di apps JomRun. Kena bayar RM6 rasanya. Complete 300,000 steps dan tunggu la barang di atas sampai. Sebulan juga baru sampai. 

6. Colgate Miracle Repair


Giveaway di FB Watsons. Jawab soalan di link yang diberi. Sampel untuk 100 yang bertuah je. Saya jadi 3 yang bertuah. Isi berkali-kali di link tu dengan nama dan alamat yang berlainan. Itu la tuah. Kalau bertuah semua yg isi dapat. Kalau tak de tuah, satu pun tak lekat. 

7. Sampel susu Ensure


Request link yang lalu lalang kat FB. Kalau nak google je website Abbott.


8. Giveaway Haliza Industries



Jawab soalan teka teki di FB Haliza Industries. Saya yang terawal bagi jawapan yang betul. Menang 10 pek keropok. Macam-macam perasa ada. Sedap yang ayam. 




Monday, July 6, 2020

Jun 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway


1. Reward BookDoc


Dapat code Pixajoy dari BookDoc untuk 6x6 softcover photobook 36 pages. 



2. Sampel Libresse


Request sampel di link yang diberi di FB Libresse. 

3. Gift dari Huawei dan Sunway Carnival 


Beli barang di Huawei, dapat sampul duit raya. Pastu pembelian melebihi RM100 redeem metal straw. 

4. Sampel diapers Drypers


Request sebab Auni ni kadang-kadang guna gak. 

5.  Shopee MumClubs


Follow MumClubs di Shopee. Redeem vouchee RM30. Klik je barang sampai cukup rm30 pasru bayar shipping Shopee express RM3.80

6. Sampel Biore


Request di FB. Link ada di share di FB Free Sample. 

7. Sampel Lux

Request di FB. Link ada di share di FB Free Sample. 

8.  Megrhythm New Year Jurnal


Announced menang bulan Februari, boleh engrave nama di Jurnal. Kebetulan covid, PKP postpone la hadiah sampai. Bulan Jun baru terima. 



10. B infinite #RayaDiRumah


Beri details di FB dan point akan masuk ke account B Infinite. 

11. Nestle Club


Register akaun di website Nestle. Then, klik je bahagian nak beg ni. Ada limitations kot. 

12. Home Tester Club 


Sampel untuk review lepas guna. 

13. Watsons Dashing EDT


Giveaway di FB Watsons. Jawab soalan, tag kawan dan share. 


14. Sampel Rexona Dry Serum


Request di FB Rexona. Guna nama dan alamat berlainan. 

Dalam tak sempat join, busy klinik tetiba terima 14 barang 😊
Alhamdulillah 







Friday, January 12, 2018

Disember 2017 - hadiah contest, giveaway, freebies, goodies dan free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang kurang ghairah join contest. Kerja makin sibuk, bila tak sibuk masalah internet. Connection sangat teruk di lokasi saya. Bila balik rumah internet laju tapi banyak pula kerja rumah nak di uruskan. Ada je yang tak sempat check menang ke kalah. Saya percaya pada rezeki.

1. GSCinemas - Paddington Bear 2


FB GSC yang tak jemu anjurkan contest setiap minggu. Kali kedua saya menang. Kali ni merchandise Paddington Bear 2.



2. Stage Activity Today Baby Expo


Saya join aktiviti pentas di baby fair dan menang diapers.

3. Today Baby Expo - goodie Bag


Lepas shopping barang pergi kaunter dan daftar bersama resit. Kali ni goodie bag penuh cerelac. Nasib la dapat biskut, Auni boleh kunyah - kunyah.

4. Sampel liquid talc Ezerra

request di Link Fb

5. PDRM Fun Run 2017


Bayar RM20 dan dapat semua di atas. Harga asal RM70, minggu terakhir kawan tanya nak join ke tak dengan harga RM20.



6. Home Tester Club - Free Sampel



Lama dah tak dapat. Selalu terlepas pandang email yang di terima. Kali ni dapat sampel percubaan Sumber Ayu Whitening Pearly White.

7. Jesin Group - Week 1


Giveaway mingguan Jesin Group. Saya join guna 3 akaun FB dan tiga-tiga menang. Kena cari perbezaan gambar. Susah juga nak jumpa, minta tolong adik carikan sekali. Masa ni mak suruh join guna FB dia juga. Hadiah kena collect di ofis mereka. Saya ambil bagi pihak mak.

Saya, suami dan mak

Isi dalam beg. Kalendar meja, key chain, sticker kereta


8. TLM Food & Beverage Expo


Like, share post contest dan saya antara pemenang saguhati. Hadiahnya goodie bag. Gambar barang dapat dah delete.

9. Elite Predict & win



Teka sapa menang game bola. Kalau ada luck, tersenarai la sebagai pemenang.



10. 12 Days of Christmas Giveaway - Day 7 Winner


Giveaway di FB Photobook, hari² ada dan hari² saya join. Hari ke 7 saya menang. Terima email untuk code. Expired bulan 1. Saya menang kalendar dengn wood stand. Tak rasa macam nak buat pun.

11. Acson MWA Contest week 2


Undi Acson di link yang di beri dan 10 pemenang dipilih setiap minggu. Saya dan suami menang minggu ke2. Hadiahnya Car boot organizer.




12. Gempak Star - Teka dan menang


Contest di aplikasi Line. Jawab soalan dan menang. Setiap minggu ada contest ni. Nasib je la menang ke tak. Ini kali kedua saya menang.



13. Michelin


Saya menang saguhati

14. Sampel Madu


Klik link yang lalu lalang kat wall FB, isi details dan dapat sampel.

15. PenDrive - Answer, Share, tag


Nama husband yang menang tapi saya la yang buat semua 😉. Jawab soalan, tag kawan dan share. Just our luck. Hadiahnya pendrive dan kalendar.



16. Hiku


Tag 5 kawan di post giveaway dan share. Saya aim hadiah beg sekolah untuk satu lagi post tapi dapat yang ni. Boleh la dari tak de kan?



17. Command


Susun gambar dalam post giveaway dan nama husband bertuah.



18. Mighty White Ombahwa contest



Ada soalan di entry giveaway setiap minggu. Jawapan ada pada video. Post jawapan di entri contest. Hadiahnya tiket Lost Worls Of Tambun.

19. City Walk


Dengan bayaran rm10 dapat baju, key chain, mineral, roti, apple pai dan nugget McD

Alhamdulillah. Menutup tirai 2017. 2017 penuh kegembiraan, dunia yang lain dalam contest. Ada kalah dan menang. Adat bertanding. Saya terima rezeki yang tertulis buat kami. Jumpa lagi 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...