Showing posts with label naik bot. Show all posts
Showing posts with label naik bot. Show all posts
Monday, July 1, 2019
Short Trip ke Narathiwat, Golok, Thailand
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Weekend yang panjang bagi saya 😂 sebab sorang² je kat asrama bila satu aras semua balik kampung, holiday dan etc. Ajak kawan pergi JJCM dan dia suggest masuk Golok. Plan awal nak masuk secara Halal dan Sah. Set time dan hari. Hari kejadian, dia cakap nak masuk secara illegal. I follow je.
Drive ke Rantau Panjang, lalu Imigresen. Park kereta kat rumah² orang dengan bayaran RM5. Pergi kat jeti, naik bot eh sampan kat Sungai Golok. Jarah 50 meter je kot. Sampai balik sana, bayar RM2 sorang. Pastu tunggu Sofia, kawan kepada adik kawan saya 😅. Sofia naik motosikal. Kami berempat naik motosikal tanpa helmet.
Tempat first Wawa Seafood, sebab masing² belum makan. Malangnya menu siap jam 12 tengah hari. Lebih kurang 30 minit. Ok la, just tunggu, minum², snap gambar.
Tepat 12 tengah hari (waktu Thailand) semua makanan sampai. Tomyam sedap sangap. Ikan Tilapia bakar lembut dan fully cooked. Kena makan dengan suhun ikan tu then cicah sambal hijau. Somtam biasa je. Order 2 somtam, somtam.ikan masin dan somtam buah. Satu lagi menu Lab daging. Daging cincang rasa macam kerabu. Harga semua lebih kurang RM70 termasuk nasi 3, air 4.
Lepas makan kami ke Sawasdee Coffee and tea untuk dessert. Kami order 4 menu yang berlainan dan portionnya sangat besar. Tak habis pun kami makan semuanya. Sedap lepak situ cozy, hipster, aman dan tenang. Port yang cun nak bergambar. Sebelahnya tempat massage tapi harga agak mahal. Menu yang diorder Bingsu strawberi dan mango, banana toast with chocolate dan Kung Chae Nampla. Bingsu tu ais krim ais agat ada pulut dan buah. Saya suka yang mango. Manis sedap. Mango banyak dan mango yang masak ranum. Memang manis terasa. Yang strawberi agak masam. Banana toast adalah roti dan diletak hirisan pisang dicurahi sos coklat sedap gak. Kung Chae Nampla pulak adalah Udang mentah cicah sambal belacan. Lepas makan tak rasa pun udang tu mentah.
Lepas kekenyangan dan kesejukan kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 7 eleven. Banyak list makanan nak beli tapi malangnya rak banyak kosong. Ambil mana yang ada je la. Yang tak de dalam list pun amik. Camna? Lepas beli belah di 7e, kami dihantar semula ke jeti. Naik bot dan pulang ke Malaysia dengan bayaran RM2. In case pergi tak dak kenalan boleh je naik Grab. Grab mereka tu motosikal ye dengan cas RM5 atau RM10 sorang bergantung pada jauhnya lokasi.
Labels:
7 eleven Thailand,
danok,
krabi,
naik bot,
naik sampan,
rentas sungai kolok,
shopping di 7e,
siam,
Sungai kolok
Friday, January 26, 2018
Sehari di Pulau Aman
Tarikh : 20/1/2018
Parking : RM2
Tiket bot : RM14 [Dewasa : RM7, Kanak² (7-12 tahun)]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hujung minggu yang lalu saya dan keluarga berkesempatan meluangkan masa di Pulau Aman. Last datang sini 2016 kot. Masa tu Auni belum setahun. Trip kali ni dah dirancang oleh ayah saya. Awalnya ingat nak tidur kat sana tapi ada event lain pula hari Ahad. So, kami tak bermalam tapi keluarga saya stay sampai Ahad. Family saya sampai awal di sana. Diorang dari rumah gerak 7 pagi. Kami 7 pagi baru bangun tidur.
Siap mandi, pack barang masuk dalam kereta. Angkat Anas Auni. Biar je diorang tidur dalam kereta. Tuju ke rumah kawan dulu nak pas barang. Kemuadian baru terus ke Jeti Pulau Aman. Parking di kawasan yang disediakan dengan bayaran RM2. Angkut barang ke Jeti. Saya bawa beg galas yang ada baju sepersalinan kami berempat. Diapers Anas Auni, tuala dan toiletteries. Husband bawa baldi yang ada jala dan pengorek.
Sampai di tempat bot, tunggu dulu bagi cukup orang baru bot jalan. Masuk bot dan lepas 10 minit sampai. Auni takut naik bot. Air belum pasang. Selut je sepanjang pantai. Turun bot dan tuju kedai makan dulu. Order nasi goreng udang. Lambat gak sampai order. Tak best. Udang dibuatnya celup tepung. Sebelum ni makan Udang lain masakannya. Nak habis makan, ayah saya sampai dan kami tuju ke tempat family saya tengah lepak.
Ada yang cari siput, ada yang berbual. Siput nangka tengah banyak masak ni. Port nak lepak pun tak best sebab berbatu je. Sakit punggung. Semut lak banyak. Habis Auni kena gigit. Saya tak cari pun siput. Port tak ok. Kena mencangkung dan saya sakit kaki. Tengok dan berbual je dengan saudara mara yang lain.
1.30 petang boleh masuk chalet. Mak saya masak nasi dan panaskan lauk. Saya bagi mandi Anas Auni. Anas berkubang dalam air tadi. Lepas dah mandi, suap mereka makan nasi dan yang lain² ada yang sambung memancing, pasang tangkul ketam. Lepas makan biar je Anas maun sekitar beranda dengan cousinnya. Saya tidurkan Auni dan rest kejap.
6 petang kami gerak balik. Elok.sampai jeti hujan yurun lebat selebat lebatnya. Ulang alik husband lari pergi ambil kereta dan payungkan kami. Masuk kereta Anas tidur. Auni dah puas tidur, main mainan. On the way balik tapau McD untuk dinner.
Labels:
batu kawan,
cuti,
ketam,
mi udang,
naik bot,
nasi goreng udang,
Pulau aman,
pulau pinang,
tempat menarik,
udang,
udang lipan
Subscribe to:
Posts (Atom)












