Showing posts with label penulis melayu. Show all posts
Showing posts with label penulis melayu. Show all posts

Monday, April 3, 2023

Review Novel : Kota


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ke 4 yang saya baca di tahun 2023 bertajuk Kota karya penulis Kamalia. Ini novel ke 2 hasil karya beliau. Saya beli di Shopee selepas saya search di FB karya-karya penulis ni. 

Sinopsis

Kisah Kesuma, wartawan portal hiburan untuk Negara Kota. Di Kota, rakyat dibahagikan mengikut taraf kad pengenalan iaitu platinum, emas, perak dan gangsa. Pengkelasan ini mengikut follower di media sosial mereka. Setiap rakyat Kota diwajibkan ada akaun media sosial tersebut. Kesuma cuba merungkai misteri kehilangan beberapa penduduk kelas bawahan dan celeb Kota yang lain. 

Agak berat ceritanya dan saya jumpa beberapa words yang saya tak pernah jumpa dan rupanya memang wujuk dalam DBP. Kisahnya agak slow. Saya stop beberapa kali dan mengambil masa 2 minggu untuk habiskan bacaan 

Thursday, October 11, 2018

Review novel : Rajuk Rindu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini novel ke 16 dari Aisya Sofea. Saya beli sebab penulisnya. Tak baca pun blurpnya.

Sinopsis
Sumayyah berkawan baik dengan Ida sepanjang perkenalan merek di universiti. Apatah lagi mereka teman sebilik, Su kenal rapat dengan keluarga Ida. Su segan dengan Along, abang sulung Ida yang angkuh, bingkak dan sombong. Selepas peperiksaan akhir mereka, Su pulang ke rumahnya tetapi ibunya memberikan alamat baru selepas dihalau dari rumah mereka. Rupanya ibu Su bekerja sebagai pengasuh cucu saudaranya. Dari situ, Su tahu bahawa ibunya adalah adik tiri kepada bapa Ida dan mereka bersaudara. Hubungan Su dengan Along makin rapat walaupun Along dingin, keras hati dan panas baran. Kehadiran Sherina dengan alasan anak-anak mengeruhkan hubungan mereka. Apatah lagi Along lebih mendengar kata Sherina dari Su. Kehadiran Angah sebagai penyelamat Su dan ibunya menambahkan amarah Along. Bagi Su, biarlah masa yang menentukan hubungannya bersama Along. Dengan itu Su berpindah ke rumah Angah selepas Angah berangkat ke Australia dan bekerja di pejabat Angah. Along bertambah berang. Apatah lagi Dania hampir di culik menjadikan Su serba salah akan tindakannya keluar dari rumah Along.

Novel ni perlukan fokus masa membaca. Cerita berkenaan watak utama hari demi hari. Kalau saya tak baca 4,5 hari memang dah lupa last babak. Ok la, agak berat kisahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...