Showing posts with label shoot. Show all posts
Showing posts with label shoot. Show all posts

Friday, May 26, 2023

Photoshoot Raya 2023 - Krypictures

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ke 10 kami shoot di studio dan phootographer yang sama. Nampak je post untuk booking slot, awal saya deposit dan book date. Date biasanya kami ambil yang pertengahan. Kali ni tak de pakej cuma deco je ada 2. Harga tahun ni RM150 20 minit shoot. Deposit RM50 untuk lock date.



Kami pilih deco A. Time minta slot malam selepas Tarawikh, 10 malam. Kami sampai awal. Rest jap dalam kereta. 9.45 malam terus naik atas. Ada customer tengah shoot. Kami tunggu jap kat luar. Cukup time masuk dan terus shoot. Kejap je shoot kali ni. Anas dan Auni pun dah pandai dengar arahan. Mudah je la shot. Cukup time, borak-borak jap dengan mereka suami isteri. Pastu bayar baki dan balik. Ada lagi 1 couple tengah tunggu nak shoot jugak.




Esok tengah hari Kak Yati bagi link gambar. Cepat-cepat download kat hone dan laptop. Tak nak sejarah 2019 berulang kembali. Disebabkan kami jadi pelanggan ye ke 10 tahu berturut-turut guna servis Krypictures, Kak Yati hadiahkan kami 1 frame. Saiz dia tak inform. Dia minta bagi nombor gambar pilihan untuk dia hadiahkan. Alhamdulillah.




Sunday, May 7, 2023

Photoshoot Raya 2023 - MM Studio


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Tahun 2023, kami masih meneruskan tradisi photoshoot Raya sejak dari 2014 lagi. Cuma kali ni Alhamdulillah ada rezeki lebih, tambah lagi satu studio. Yang lama masih setia dan saja add on lagi 1. 

Yang baru ni tak pernah try dan kenal pun photographer nya. Nampak iklan lalu lalang di Ig. Whatsapp tanya harga, lokasi dan tema. Berkenan lak dengan 1 tema tu. Tanya husband, dia ok je. Terus book slot lepas dapat date yang nak. 

Kami ambil shoot malam hari Sabtu, time lepas Tarawikh. 30 minit jugak jarak dari rumah ke studionya. Studio kat Kulim. Saya tak familiar jalannya. Ikut Google Maps je. Pakaian siap-siap dari rumah. Kasut je bawa dan pakai di studio. 


Sampai parking dan terus naik tingkat 1. Muda lagi photographer nya. Semua pun tengah tunggu kami. Ada 3 tema dan saya dan pilih siap nak yang klasik. Sampai je betulkan sampin Anas, tudung Auni dan terus shoot. Sebelum siap, photographer ada tanya nak request tak shot apa². Saya request nak shot basikal dengan anak².  Dalam 30 minit selesai semua.

Masuk kereta, singgah makan dengan baju raya sedondon kami. Siap makan, balik rumah. Eaok tengah hari photographer hantar goggle drive gambar. Cepat dan pantas. Semua gambar di beri dan semua gambar dah edit. Dengan RM99 saya puas hati dengan hasilnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...