Showing posts with label teluk bahang. Show all posts
Showing posts with label teluk bahang. Show all posts

Thursday, January 20, 2022

11th years wedding anniversary

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.1.2022 genap 11 tahun kami bernikah. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Tak de plan apa pun seperti tahun-tahun lepas. Awal-awal husband cakap dah tak nak makan kat hotel. Nak p jalan-jalan pun sekarang cuaca tak dapat jangka dan masih cuti sekolah. Semua tempat pun ramai orang. Pastu saya ada la cakap nak photoshoot. Ikutkan nak buat last year tapi PKP. Husband cakap ok tapi hujung bulan 1. Dia tak nak pergi tempat ramai orang.
Saya pun saja la scroll Agoda dan Traveloka. Nak gak check in. 🤭🤭
Cari hotel yang ada ciri-ciri ni : 

  • belum pernah check in
  • bath tub dalam bilik 
  • masih kosong untuk date 31.12.21 - 1.1.22

Masa ni pasrah je. Kalau ada, ada la rezeki. Kalau takdak, jimat duit. Ada la jumpa few hotel yang menepati ciri-ciri. Cuma di Agoda dengan Traveloka tak tally bilik yang ada bathtub. Di Agoda ada bathtub, di Traveloka tak de tulis. So saya PM hotel di Facebook. Nak tunggu reply admin berjanggut la juga. Lastly saya book Bahang Bay Hotel selepas terima reply confirmation berkenaan bathtub.

Hotel ni tak pernah perasan pun kewujudannya masa lalu lalang di Batu Feringgi. Tapi tengok di Facebook, banyak government event di sini. Tawakkal je la stay nanti. Saya booking through Agoda. Traveloka tak de Cashback di Shopback, pastu kebetulan date tu Agoda punya harga lebih murah.

Bahang Bay Hotel

31.12.2021 - 1.1.2022
Rm404.97
Executive Suite
No breakfast

Check in 3 petang. Husband masih kerja hari Jumaat tu. Tunggu dia balik dari solat Jumaat baru kami gerak ke hotel. 4.10 petang gak baru sampai hotel. Jalan pun jem. Malam tahun baru la plak kan. Memang banyak kenderaan di jalan. Sampai je di lobi, saya je turun untuk check in. Ada 3 kaunter. Menunggu dalam 3 minit. Lepas bagi IC, tulis plat nombor dan sign terus dapat kad akses bilik. Masuk kereta dan parking. Parking sekitar hotel je. Konsep siapa cepat dia dapat. Turun kan barang dan ke lobi hotel. Welcome drink di sediakan. 

Bilik kami di tingkat 10. Naik lif perlukan kad akses. Bilik paling hujung sekali. Masuk bilik terus nampak sofa 2 + 1 seater di hadapan. Then katil dan balkoni. Balkoni seaview. Boleh nampak laut di seberang sana. Dinding di balkoni tinggi dan selamat. Kecil je balkoni. Muat la berdiri situ nak tengok view. Kerusi memang tak muat. Depan katil ada meja, kerusi dan televisyen. Kiblat ada ditunjukkan. Sejadah juga di sediakan.  

Kemudahan asas bilik tersedia seperti lain-lain hotel iaitu hair dryer, iron, iron board, mineral water, kettle, tea, coffee set, safety box, mini fridge dan Side bed lamp. Dalam tandas ada berus gigi, shaver, sikat, sanitary bag, shower cap, shower gel, shampoo, conditioner dan lotion. Semuanya size kecil. Apa yang saya belajar, kalau bilik shotel ada bathtub kena bawa extra shower gel sebab semua suka mandi tub penuh buih. Bagi saya takde masalah dengan shower gel sebab saya bawa extra. 

Sampai je bilik Anas Auni request nak mandi tub. Sementara diorang mandi, saya kemas barang dan husband keluar cari makan area teluk Bahang. Husband belikan nasi goreng dan mi goreng. Banyak je kedai makan area sini. Foodpanda cover kedai chinese je. Keluar memang jalan sesak. Dari atas bilik boleh nampak kereta banyak kawasan sini. Lepas solat Asar, Anas request nak mandi pool lak. Turun la pula pergi pool 6.30 petang. Jakuzi pun ada. Ramai la jugak yang mandi pool. Gym pun ada di hotel ni. 

7 malam naik bilik. Diorang sambung mandi tub lak. Lepas solat Maghrib husband keluar beli McDonald's. Itu je yang mudah dan cepat. Kedai-kedai lain semua penuh pelanggan. Mungkin lambat nak tunggu makanan siap. Jalan jem. Lebih sejam juga baru husband sampai bilik. Anas bising lapar. Nasib la ada beli jajan dan roti. Itu la yang diorang ulang alik makan sementara tunggu makanan sampai.

Dah makan kenyang, kami tengok televisyen. 10 malam dah nampak bunga api. Kami tunggu sampai 12 lebih gak tengok bunga api. Lepas tu tidur. Best bilik ni nampak keliling pemandangan sekitar sini walaupun awalnya saya ingat tak nampak view sebab bukan direct dengan laut.

1.1.2022 Sabtu

Tak de breakfast untuk check in kali ni. Kejutkan Anas Auni. Biar diorang berendam dalam bathtub. Saya kemas pakaian dan barang. 11.45 pagi turun check out. Masa check out dapat biskut 2 pack. Anas request nak pergi kids club. Biar diorang main di kids club dan husband simpan barang dalam beg. Kecik je kids clubnya tapi ok la seronok je bebudak ni.

Ada juga khidmat basikal untuk pusing sekitar sini. Free je. Tapi masa nak check out habis dah basikal orang ambil. Kami terus keluar nak cari makan. Saya ajak husband pusing ke escape. Ramai orang kat escape. Ingat nak bergambar. Terus ke Taman Negara Teluk Bahang. Lepak situ makan laksa dengan rojak. Anas Auni makan ais krim sambil tengok air terjun. Lepas makan kami gerak pergi Gurney Paragon. Jalan-jalan situ beli BBW pastu masuk seberang. Kami makan di Bangkok Station. Menu biasa kami order. Siakap stim limau. Tak de apa yang istimewa. Kami bahagia cara kami ☺️


Sunday, January 22, 2012

Dating ^_^

AMARAN : ENTRY INI PANJANG DAN PENUH GAMBAR

Salam dan holla..
Seperti yang diceritakan dalam entry lepas yang saya nak buat
entry sambungan cerita selepas ke wedding classmate hubby.
Kitorang janji dengan kawan hubby nak jumpa balik lepas asar.
Sempat la hubby rest jap.
Hubby keje malam sebelum tu.
So lebih 24 jam dia tak tidur.
Takut gak la sebab dia nak drive nnt.

Kawan hubby ajak ke Bukit Bendera (BB).
Kami pon proceed sbb sejak BB renovate lom g lagi.
Malangnya on the way nak ke sana dapat info yang BB closed.
Tetttttt.. Then saya suggest ke Tropical spice Garden (TPC)
Tempat idaman nak shoot potraiture.
Tapi belum kesampaian hajatnya.
Malangnya kami tak tahu jalan.





Ni la rupanya tempat idaman nk wat potraiture photoshoot
Photo credit to google



Picture bawah ni lak credit kepada Dee LaPena
 


Yang di bawah ni pulak dr NuzulTaufiq

Cantik kan? 



Berpandukan GPS kami sesat.. T_T
Hehehhe... Rupanya GPS tunjuk short cut yang belit-belit jalannya.
Then pusing-pusing rupanya jalan yang sama je kami guna nak ke Batu Feringgi.
TPC atas sikit dari Batu Feringgi.
Bila dah sampai sana sudah jam 7 malam.
Gelap je sekeliling. Fikir yang tempat tu dah closed.
G tanya guard, rupanya buka sampai 11 malam.
Yang bukanya restoran disitu saja. Restoran namanya Tree Monkey.
Tempat yang cantik tu tak buka dah. Huhuhuhu.





Maka kami ber4 yang kelaparan ni order la makan..
Sebelum tu dok snap picture je non stop.
Waitress dok tgu je bila kami nak duduk nak amik order.. ngeeeee
Tengok menunya... Arrrrkkk..
Nama menu pelik ok. Nasib ada gambar.
Dan harganya leh telan air liur berkali-kali.. T_T

Nasi Grg Belacan RM14.80++

Pineapple fried rice RM 16.80++

Phad Thai RM 16.80++

 
Makan-makan, snap sana sini, chatting maka gerak la kami dari Tree Monkey.
Kami singgah di Hard Rock Hotel di Batu Feringi.
Yang girls teringin nak bergambar dengan gitar gedabak..
Hubby je tak heran sbb dia pernah mai dah.
Banyak sangat  spot untuk shoot di sini.
Yang bestnya di swimming pool ada parti buih..
First time tengok parti buih, memang jakun sungguh.
Tambah lak mat dan minah salleh je yang menari.
Memang leka la. Sampai lenguh kaki berdiri.







Setel snap photo di Hard Rock kami ke Padang Kota lak.
Tak lama di sana sebab diorg janji nak jumpa kawan2 lain.
Then ke RnR Bagan Ajam lak.


Kawan2 hubby buat BBQ malam tu.
Dah macam gathering la jadinya.
Majoriti mereka dari sekolah yang sama.
Lepak sana, tgok gelagat org, sembang-sembang, makan-makan
dan mengambil angin laut. RnR ni sebelah laut.
Jam 3 pagi gak baru kami gerak balik.
Itu pun sbb kwn hubby keje pagi nanti dan hubby keletihan.
Dan keesokan harinya kaki saya sakit dan bengkak selama 2 hari.
Huhu...
Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...