Showing posts with label viu. Show all posts
Showing posts with label viu. Show all posts

Monday, May 29, 2023

Review Drama / series : Unlock My Boss


12 episod

Kisah seorang 'boss' yang terperangkap dalam telefon bimbitnya selepas menjadi mangsa khianat rakan perniagaan.

Ending biasa je. Mungkin boleh diperkemaskan lagi ke sebab aku expect ending cam lain tapi jadi lain.

Monday, February 27, 2023

Review Drama : Missing The Other Side


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Drama ke2 yang ditonton tahun 2023. Drama ni keluar 2020. Sekarang ada di netflix 12 episod. Saya tengok lepas nampak suggestion di group FB. Not bad kisahnya. Saya suka genre camni.

Sinopsis

Kim Wook terjatuh dari gaung selepas melarikan diri dari semasa diculik. Selepas sedar dia boleh tengok roh² si mati di perkampungan Duon iaitu penempatan untuk roh² yang belum ditemui jasadnya. Di situ dia bertemu dengan ibunya selepas 27 tahun. Dia juga membantu Encik Jang mencari jasad² roh yang ada di kampung itu. 


Saya suka jalan cerita drama ni walaupun kalau kita fikirkan cam tak logik. Tapi yang tak logik tu la menarik. 

Monday, April 6, 2020

Review Drama Korea : Angel's Last Mission, Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini antara drama korea yang saya marathom laju-laju sebab best. Saya suka cerita magic2 ni. Tak de la banyak sangat magiknya. Hero boleh hilang sekelip mata then ada sayap.

Sinopsis
Lee Yeon Seo seorang ballerina yang cantik dan berbakat serta kaya raya, namun sayangnya malapetaka yang menimpa Yeon Seo saat remaja membuatkan dia menjadi gadis yang panas baran. Kerana sifatnya yang pemarah, orang disekelilingnya pun enggan berurusan dengannya. Then, munculah Kim Dan iaitu malaikat berwajah manusia yang ditugaskan mencari cinta untuk Lee Yeon Seo. Jika misi ini berhasil maka Kim Dan akan kembali ke syurga. Berjayakah Kim Dan mengubah sifat Yeong Soo. 

Cumanya drama ni agak banyak episod. Per episode 30 minit. Saya bagi 3/5 bintang.

Thursday, October 17, 2019

Review Korean Drama - Class of Lie

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tak pernah-pernah buat entri review drama Korea, tetiba buat. Saja la, benda best harusla dikongsi 😂
Kisahnya saya nampak Cik Epal share di Ig Story kata drama ni best. Saya pun cari la kat mana nak nonton. Rupanya boleh tonton di Viu. Apps Viu memang ada dalam hp ni. Free lak tu, tak yah bayar.


Tengok episod 1, eh best la. Tak dak pun kisah watak utama orang kaya, bisnes juta2, naik lambo dan bla bla. Kisah yang tak cliche dan berani. Mana ada drama kat Malaysia nak siasat kes bunuh sampai ke lubang cacing? Mana ada drama nak selongkar kisah hitam orang besarnya.

Sinopsis


Ki Moo-Hyeok, seorang peguam yang dikenali kerana kehebatannya. Dia dilantik untuk mempertahankan Kim Han Su yang dituduh cuba membunuh rakan sekelasnya Jung su Ah. Sekolah tersebut adalah sekolah Elit yang terkenal. Semasa sesi perbicaraam dia berjaya menemui rahsia mangsa dan itu menyebabkan Suspek memgubah keterangannya. Suspek kemudia cuba membunuh diri dan kes ditangguhkan. 
Ekoran dari insiden di Makhamah, Ki Moo Hyeok digantung lesen oleh ketuanya. Untuk membersihkan namanya dia menyamar sebagai guru sementara di Sekolah tersebut untuk membongkar rahsia siapa pembunuh sebenar. menyelinap ke sekolah tersebut. 
Di sekolah tersebut dia kemudian bertemu dan terlibat dengan dengan Guru Ha So-Hyun, guru yang sayang dan percaya pada murid-muridnya. Ki Moo-Hyeok kemudian menemui lebih banyak rahsia di situ. 

Lepas tengok episod demi episod, rasa tak sabar nak tau endingnya. Setiap watak dalam drama ni unik dan ada karakter mereka tersendiri. Drama ni best. Saya suka. Takdak aksi xxx. Kalau korang jenis sukakan drama thriller, fikir2 boleh la spend masa tengok. Ada 12 episod dan tak rasa sangat pun lama menonton setiap episod. Tak dak kisah cinta2, hero heroin pun tak pasti yang mana sebab masing2 ada watak yang kuat. Hero mungkin yang lawyer la, heroin mungkin yang cikgu atau peguam satu lagi. Ok, selamat menonton 😘




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...