Showing posts with label walk walkathon. Show all posts
Showing posts with label walk walkathon. Show all posts
Monday, February 10, 2020
New Year Fun Run 2020
Event : New Year Fun Run 2020
Venue : De Garden Hotel
Date : 9/2/2020
Flag off : 7.30 am
Distance : km
Fee : RM29
Baju collect sehari sebelum event di ofis organiser. Nasib dah pernah pergi collect, so tau la kat mana ofis. Masa masuk dalam ofis, tak de orang pun. Di inform yang baju cutting kecil dan di nasihatkan ambil baju saiz extra. Sampel pun ada nak try nak tau muat ke tak.
Flag off 7.30 pagi. Saya rasa tak sihat badan dari semalam lagi. Pagi ni lepas mandi pun rasa badan masih lemah. Husband sorang je lari. Saya dan Auni tunggu dalam kereta. Tengok orang dah ambil medal baru keluar kereta tunggu kat finishing.
Zumba 30 minit then lucky draw. Masih tak de luck. 10 pagi acara selesai.
Friday, December 6, 2019
Stylelista Fun Run with Mascot
Event : Stylelista Fun Run with Mascot
Date : 1/12/2019
Flag off : 7.30 am
Venue : Dewan Millennium
Fee : RM35
Distance : 5km
Event ni di daftar seawal bulan 8. Semangat nak join run walaupun belum habis belajar. Dapat la harga early bird. Collect baju di buat 2 hari. Jumaat dan Sabtu. Husband kerja area situ, minta dia je collect kan.
Flag off 7.30 pagi. Bawa Anas Auni kali ni. Sorang guna stroller, sorang guna skuter. Gilir2 diorang. Flag off depan pintu masuk Dewan, finishing tak dak lak nak bagi medal kat tempat yang sama. Kena masuk dalam dewan untuk ambil medal.
Serentak lak penganjur buat lucky draw masa tu. Sesak la jadinya. Yang masuk. Lambat tak tau beratur camna. Yang depan berkumpul. Dah dapat medal pun dok situ, nak zumba pun kat situ, nak bergambar pjn kat situ. Sudahnya kami 3 beranak keluar, husband je line up. Ada booth jualan pelbagai barang sama dalam dewan tu.
Bagi je la medal kat finishing. Then announced la untuk lucky draw kat dalam. Orang boleh je masuk. Nak bagi hadiah kan, mesti la orang masuk. Takut sangat tak dak orang. Mai sesak2 camni, lagi ramai balik. Nasib baik medal cun.
Labels:
aktiviti di Penang,
fun run,
fun walk,
marathon,
penang bridge,
Run,
walk walkathon
Subscribe to:
Posts (Atom)








